KUALA LUMPUR, Malaysia12 Februari 2026 /PRNewswire/ — Dari 6 hingga 8 Februari, SAMURAI Paint berjaya menganjurkan Acara Penyemburan Aerosol Automotif terbesar di Asia, cabaran tiga hari yang merevolusikan pengecatan semburan automotif konvensional. Sepanjang acara ini, 30 buah kereta berjaya dicat sembur sepenuhnya dalam tempoh satu acara sahaja dengan menggunakan tin aerosol, sekaligus mendapat pengiktirafan rasmi dari pihak Asia Records dan ASEAN Records melalui pencapaian sebagai Jumlah Tertinggi Pengecatan Semburan Badan Penuh Kereta Menggunakan Aerosol dalam Acara Tunggal.
Ketua Pegawai Eksekutif SAMURAI Paint, Encik Ian Ong Yoke En menjelaskan bidang cat semburan automotif sebelum ini dikuasai bengkel-bengkel professional yang bergantung kepada sistem pemampat dan pistol semburan. Beliau menyatakan SAMURAI Paint ingin memecahkan tradisi lama ini dengan memperkenalkan solusi alternatif berasaskan semburan berinovasi.
Beliau menegaskan, hasil penyelidikan dan pembangunan bertahun-tahun lamanya berjaya membantu jenama membuktikan cat semburan aerosol bukan sahaja mampu memberikan keputusan setanding dengan kaedah tradisional, ia juga sesuai dan mudah digunakan oleh sesiapa sahaja. Cabaran ini membuktikan pengecatan penuh badan kereta kini tidak terhad kepada persekitaran profesional.

30 Kereta Dicat Sembur Sepenuhnya Dalam Tempoh 3 Hari Sahaja. SAMURAI Paint Cipta Rekod ASEAN, Asia Dalam Acara Penyemburan Aerosol Automotif Terbesar.
Cabaran Khas Buat Komuniti DIY
Antara ciri unik acara ini adalah pemilihan para peserta. SAMURAI Paint telah membuat kelainan dengan menjemput para peminat DIY dan bukan golongan profesional, untuk terlibat dalam cabaran ini. Encik Ong berkata, ini mencerminkan komitmen jenama untuk melibatkan para pengguna secara langsung dalam projek automotif masing-masing.
Beliau menyatakan cabaran ini bukan sekadar mengenai kelajuan dan liputan. Perancangan rapi diperlukan untuk memilih kenderaan dan peserta yang sesuai bagi melengkapkan proses pengecatan penuh dalam tiga hari, mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Kejayaan dalam melengkapkan kesemua 30 buah kenderaan tersebut membuktikan dengan teknik yang betul dan aliran kerja yang tersusun, pengecatan kereta menggunakan aerosol juga boleh dilaksanakan di luar persekitaran profesional.
Impak Percubaan Rekod ASEAN Ini
Pengiktirafan daripada pihak Asia Records dan ASEAN Records lebih dari pencapaian statistik, ia mengubah tanggapan lama komuniti automotif yang cat aerosol tidak sesuai untuk pengecatan seluruh badan kereta.
Dengan kejayaan menggabungkan cat aerosol 2K Samurai, Aero Gun berpaten dan teknologi padanan warna Tintatek, SAMURAI Paint berjaya melonjakkan aspek skala, ketepatan serta prestasi dalam pengecatan automotif berasaskan aerosol. Pencapaian ini mengukuhkan aspirasi SAMURAI Paint untuk menjadi peneraju sistem aerosol inovatif disegani di dunia.
Direka untuk memberikan hasil profesional terus daripada tin, sistem dwi-komponen bina-dalam Samurai 2K membolehkan cat dan pengeras bercampur secara dalaman, menghasilkan kemasan tahan lasak setaraf bengkel badan kereta tanpa memerlukan peralatan khusus. Dengan persediaan asas serta pengudaraan yang baik, peminat automotif kini mampu mencapai hasil berkualiti tinggi dengan sendiri.
Dilaksanakan di mata umum dan berskala besar, percubaan rekod ini telah meningkatkan keyakinan terhadap teknologi aerosol, sekaligus mengukuhkan kedudukan SAMURAI Paint sebagai alternatif berprestasi tinggi yang berwibawa sistem semburan tradisional, dan mengeratkan lagi hubungan dalam komuniti automotif.
Kelestarian Melalui Pelaksanaan
Sempena acara utama ini, SAMURAI Paint turut komited menyokong kelestarian melalui Program Penanaman di Taman Sireh, Iskandar Puteri. Sebanyak 30 pokok telah ditanam, melambangkan kepercayaan jenama dengan kemajuan teknologi dan tanggungjawab terhadap alam sekitar yang seiring.
Membina Legasi yang Berpanjangan
Pendidikan kekal menjadi tonggak utama strategi jenama SAMURAI Paint sepanjang acara. Para peserta memperoleh pengetahuan teknik semburan yang betul, persediaan permukaan, dan prosedur operasi standard. Jenama ini juga berkongsi panduan praktikal melalui platform digital.
Walaupun diadakan secara eksklusif di Malaysia, Encik Ong berkata cabaran ini dijadikan sebagai asas inisiatif jangka panjang, dengan rancangan menjadikannya sebagai acara tahunan. Lebih penting lagi, acara ini membuktikan cat semburan aerosol mampu digunakan untuk pengecatan penuh badan kereta berskala besar. Melalui pengiktirafan daripada Asia Records dan ASEAN Records, SAMURAI Paint telah melonjakkan pengecatan automotif berasaskan aerosol, serta mengubah persepsi dalam seni sentuhan automotif.
https://samurai2kaerosol.com/#30cars3days
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4885726_MS85726_6










