Laporan Keselamatan AI Antarabangsa 2026 Menggariskan Perubahan Pantas dan Risiko Baharu yang Muncul - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

Laporan Keselamatan AI Antarabangsa 2026 Menggariskan Perubahan Pantas dan Risiko Baharu yang Muncul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONTREAL, 4 Februari 2026 /PRNewswire/ — Laporan Keselamatan AI Antarabangsa 2026 telah diterbitkan hari ini, menyediakan penilaian terkini, dikongsi di peringkat antarabangsa dan berasaskan sains mengenai keupayaan AI tujuan umum, risiko yang sedang muncul, serta keadaan semasa pengurusan risiko dan langkah perlindungan.

Dipengerusikan oleh pemenang Anugerah Turing, Yoshua Bengio, edisi kedua Laporan Keselamatan AI Antarabangsa ini menghimpunkan lebih 100 pakar antarabangsa dan disokong oleh Panel Penasihat Pakar dengan calon dari lebih 30 negara dan organisasi antarabangsa, termasuk EU, OECD dan PBB. Dapatan laporan ini akan memaklumkan perbincangan di Sidang Kemuncak Impak AI yang akan dianjurkan oleh India lewat bulan ini.

Sorotan utama Laporan termasuk:

  • Keupayaan AI tujuan umum terus meningkat dengan pantas, khususnya dalam matematik, pengekodan dan operasi autonomi. Pada tahun 2025, sistem AI terkemuka mencapai prestasi setara pingat emas bagi soalan Olimpik Matematik Antarabangsa, mengatasi tahap kepakaran PhD dalam penanda aras sains, dan mampu menyelesaikan secara autonomi beberapa tugasan kejuruteraan perisian yang biasanya mengambil masa berjam-jam untuk disiapkan oleh pengatur cara manusia. Namun, prestasi kekal tidak sekata, dengan sistem masih gagal pada beberapa tugasan yang kelihatan mudah.
  • Penggunaan AI berkembang pesat, namun tidak seimbang di peringkat global. AI diterima pakai lebih pantas berbanding teknologi terdahulu seperti komputer peribadi, dengan sekurang-kurangnya 700 juta orang kini menggunakan sistem AI terkemuka setiap minggu. Di sesetengah negara, lebih separuh populasi menggunakan AI, namun di sebahagian besar Afrika, Asia dan Amerika Latin, kadar penggunaan dianggarkan masih di bawah 10%.
  • Insiden berkaitan deepfake semakin meningkat. Deepfake AI semakin kerap digunakan untuk penipuan dan scam. Imej intim tanpa persetujuan yang dijana AI, memberi kesan tidak seimbang kepada wanita dan kanak-kanak perempuan juga semakin berleluasa. Sebagai contoh, satu kajian mendapati 19 daripada 20 aplikasi "nudify" popular memfokuskan kepada simulasi menanggalkan pakaian wanita.
  • Kebimbangan penyalahgunaan biologi mendorong langkah perlindungan yang lebih ketat bagi beberapa model terkemuka. Pada tahun 2025, beberapa syarikat AI melancarkan model baharu dengan kawalan keselamatan yang dipertingkat selepas ujian pra-pelancaran tidak dapat menolak sepenuhnya kemungkinan sistem membantu individu tanpa kepakaran membangunkan senjata biologi.
  • Pelaku berniat jahat, termasuk penjenayah, aktif menggunakan AI tujuan umum dalam serangan siber. Sistem AI boleh menjana kod berbahaya dan mengenal pasti kelemahan perisian untuk dieksploitasi. Pada tahun 2025, satu ejen AI berada dalam 5% teratas pasukan dalam pertandingan keselamatan siber utama. Pasaran gelap kini menjual alat AI siap pakej yang merendahkan tahap kemahiran yang diperlukan untuk melancarkan serangan.
  • Banyak langkah perlindungan semakin baik, namun teknik pengurusan risiko sedia ada masih terdedah kepada kegagalan. Walaupun kegagalan tertentu seperti "halusinasi" menjadi kurang kerap, sesetengah model kini mampu membezakan konteks penilaian dan pelaksanaan, serta mengubah tingkah laku mengikut keadaan, mewujudkan cabaran baharu dalam penilaian dan ujian keselamatan.

Pengerusi Laporan itu ialah Yoshua Bengio, Profesor Tertinggi di Université de Montréal, Pengarah Saintifik LawZero dan Penasihat Saintifik Institut AI Mila – Quebec, berkata:

"Sejak penerbitan Laporan Keselamatan AI Antarabangsa yang sulung setahun lalu, kita telah menyaksikan lonjakan ketara dalam keupayaan model, namun juga dalam potensi risikonya. Jurang antara kepantasan kemajuan teknologi dan keupayaan kita untuk melaksanakan langkah perlindungan yang berkesan kekal sebagai cabaran kritikal. Laporan ini bertujuan untuk membekalkan pembuat keputusan dengan bukti kukuh yang diperlukan bagi mengemudi AI ke arah masa depan yang selamat, terjamin dan memberi manfaat kepada semua. Melalui edisi keduanya, kami mengemas kini dan memperkukuh pemahaman bersama berasaskan sains mengenai evolusi pesat AI peringkat hadapan di peringkat global."

Menteri AI UK, Kanishka Narayan berkata:

"Kepercayaan dan keyakinan terhadap AI adalah penting untuk membuka potensi penuhnya. Ia merupakan teknologi yang akan menyampaikan perkhidmatan awam yang lebih baik, peluang pekerjaan baharu, serta inovasi yang mengubah kehidupan. Namun, kami juga bertekad untuk melindungi keselamatan orang ramai ketika teknologi ini berkembang. Pembangunan AI yang bertanggungjawab adalah keutamaan bersama, dan kita hanya dapat membentuk masa depannya untuk membawa perubahan positif jika bekerjasama. Laporan ini membantu kami melakukan perkara tersebut, menghimpunkan pakar dari seluruh dunia bagi memastikan kita memiliki asas bukti saintifik yang kukuh untuk membuat keputusan tepat hari ini, yang akan meletakkan asas kepada masa depan yang lebih cerah dan selamat."

Maklumat tentang Laporan Keselamatan AI Antarabangsa

Laporan Keselamatan AI Antarabangsa ialah paduan bukti mengenai keupayaan dan risiko sistem AI lanjutan. Laporan ini direka bentuk bertujuan menyokong pembuatan dasar termaklum pada peringkat global dengan menyediakan asas bukti untuk pembuat keputusan. Dipengerusikan oleh Prof. Yoshua Bengio dan dikarang oleh sekumpulan lebih 100 pakar bebas yang pelbagai, Laporan ini disokong oleh Panel Penasihat Pakar yang terdiri daripada wakil yang dilantik daripada lebih 30 negara dan organisasi antarabangsa termasuk EU, OECD dan PBB. Walaupun mengiktiraf potensi manfaat AI yang besar, namun tumpuan Laporan itu ialah kepada mengenal pasti risiko dan menilai strategi mitigasi bagi memastikan AI dibangunkan dan digunakan dengan selamat untuk manfaat semua. Laporan ini telah ditugaskan oleh Kerajaan UK, dengan pihak Sekretariat beroperasi di Institut Keselamatan AI UK bagi menyediakan sokongan

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4877099_MS77099_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI