Pemandu yang memperbaharui insurans kereta dengan PolicyStreet pada bulan Februari berpeluang memenangi RM8,888 tunai serta menikmati penjimatan tambahan melalui Promosi 10+10 dan tawaran Cukai Jalan Percuma.
KUALA LUMPUR, 9 Februari 2026 /PRNewswire/ — Menjelang musim perayaan serta kepulangan rakyat Malaysia ke kampung halaman, PolicyStreet menggalakkan para pemandu untuk mengambil langkah awal dalam memastikan perlindungan kenderaan mereka dengan memperbaharui insurans tepat pada masanya menerusi kempen cabutan bertuah Renew & Huat RM8,888.
Perbaharui insurans kereta anda bersama PolicyStreet pada bulan Februari ini dan berpeluang memenangi wang tunai RM8,888!
Kempen yang berlangsung dari 6 hingga 28 Februari ini memberi ganjaran kepada pembaharuan insurans kenderaan yang dibuat dalam tempoh promosi dengan penyertaan automatik ke dalam cabutan bertuah. Setiap pembaharuan yang berjaya di platform PolicyStreet memberikan peluang kepada pemegang polisi untuk memenangi wang tunai sebanyak RM8,888, menjadikan tindakan memperbaharui lebih bernilai sempena Tahun Baharu Cina.
"Perlindungan ialah bentuk kemakmuran terbaik. Apabila lebih banyak kenderaan bergerak semasa musim perayaan, memperbaharui insurans lebih awal adalah cara mudah untuk menjaga keselamatan kewangan diri sendiri dan keluarga. Melalui inisiatif Renew & Huat, kami menggalakkan pemandu supaya tidak ambil mudah soal perlindungan, sambil memberi peluang untuk mendapat tuah tambahan memasuki tahun baharu," kata Yen Ming Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, PolicyStreet.
Selain cabutan bertuah Renew & Huat, pemandu yang memperbaharui insurans kenderaan antara 1 hingga 24 Februari boleh menikmati penjimatan tambahan menerusi Promosi 10+10 PolicyStreet. Ditawarkan setiap hari pada 10:00 pagi – 11:00 pagi dan 10:00 malam – 11:00 malam, promosi ini memberikan potongan 10% ke atas premium selepas Diskaun Tiada Tuntutan (NCD) tanpa had, serta potongan RM10 tambahan ke atas jumlah akhir menjadikannya tawaran yang amat menarik dengan jumlah premium lebih tinggi.
Dari 25 hingga 28 Februari, pelanggan yang memperbaharui insurans juga layak mendapatkan Cukai Jalan Percuma (terhad kepada RM90 setiap kenderaan). Tawaran ini memberi nilai tambah kepada pelanggan dengan premium lebih rendah, membantu mengurangkan kos pembaharuan sambil memastikan perlindungan semasa musim perjalanan perayaan.
Bagi polisi dengan premium RM1,000 ke atas, memperbaharui semasa Promosi 10+10 boleh memberikan penjimatan sekurang-kurangnya RM110. Pada masa sama, pelanggan dengan premium lebih rendah mungkin mendapat manfaat lebih besar melalui tawaran Cukai Jalan Percuma sehingga RM90 setiap kenderaan. Kedua-dua kempen ini boleh digabungkan bersama Peraduan Renew & Huat RM8,888 untuk faedah maksimum.
Menyedari perbelanjaan isi rumah yang meningkat sewaktu Tahun Baharu Cina — daripada pembelian perayaan hingga persediaan ang pow — PolicyStreet turut menawarkan pilihan Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) seperti Atome, SPayLater, dan Grab PayLater. Pengguna kad kredit juga boleh memilih pelan ansuran supaya dapat terus dilindungi tanpa menambah tekanan kewangan semasa cuti perayaan.
Dengan simbolisme Tahun Kuda yang membawa maksud kelajuan, ketahanan dan perjalanan selamat, kempen Renew & Huat PolicyStreet menyatukan semangat perayaan dengan peluang penjimatan serta tuah, mengingatkan pemandu bahawa perjalanan paling bijak bermula dengan perlindungan yang tepat.
Untuk maklumat lanjut mengenai cabutan bertuah Renew & Huat RM8,888 atau untuk memperbaharui insurans kenderaan, layari policystreet.com.my/tnc.
###
Mengenai PolicyStreet
PolicyStreet ialah kumpulan syarikat teknologi insurans (InsurTech) tindanan penuh serantau yang menyediakan penyelesaian insurans digital termaju kepada perniagaan dan pengguna di Asia Tenggara dan Australia.
PolicyStreet bekerjasama secara langsung dengan lebih 40 penyedia hayat, am dan takaful di seluruh dunia bagi menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan yang komprehensif, termasuk tetapi tidak terhad kepada insurans terbenam (embedded insurance), faedah pekerja tersuai, nasihat kewangan dan pengagregatan insurans, serta pembangunan penyelesaian digital untuk menjadikan insurans bermatlamat dan mudah untuk perniagaan dan pengguna.
Sebagai Penanggung Insurans Semula, Penanggung Insurans Am dan Pengendali Takaful berlesen oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (LFSA), Penasihat Kewangan dan Penasihat Kewangan Islam yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), dan pemegang Lesen Perkhidmatan Kewangan Australia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia (ASIC), PolicyStreet dapat menaja jamin, menyesuaikan polisi dan memberikan nasihat yang tepat kepada pelanggan dan rakan kongsinya di seluruh dunia.
PolicyStreet disokong oleh dana kekayaan negara Malaysia, Khazanah Nasional Berhad, dan memberi perkhidmatan kepada lebih 10 juta pelanggan dengan jumlah diinsuranskan melebihi AS$ 10 bilion. Pada tahun 2024, PolicyStreet telah diiktiraf sebagai "Fintech of the Year" di Anugerah Digital Triple A The Asset dan memenangi Anugerah Fintech Excellence untuk Inklusi Kewangan di Singapore Fintech Festival yang disahkan oleh Monetary Authority of Singapore (MAS). Syarikat ini juga disenaraikan sebagai syarikat Malaysia kedua tertinggi dalam senarai "Syarikat Berkembang Tinggi di Asia Pasifik 2024" oleh Statista dan The Financial Times.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4883096_MS83096_6










