SHENZHEN, China, 3 Februari 2026 /PRNewswire/ — Tanggal 5 Januari 2026, Huawei mengumumkan satu perkongsian revolusioner sebagai rakan usaha sama teknologi rasmi untuk Pasukan Larian dsm-firmenich yang menjadi pasukan utama ikon maraton Eliud Kipchoge. Kolaborasi ini bertujuan untuk mempromosikan budaya larian di seluruh dunia dan memberi inspirasi kepada lebih ramai orang untuk menyertai sukan ini. Perikatan rentas industri ini telahpun mewujudkan suasana meriah yang ketara dalam dunia teknologi dan juga sukan, selain mencetuskan spekulasi yang meluas berhubung langkah-langkah strategik yang diambil oleh Huawei dalam sektor kesihatan dan kecergasan.
Sepanjang dekad yang lalu, Huawei memantapkan kedudukannya sebagai peneraju dalam industri kesihatan dan kecergasan menerusi beraneka jenis produk. HUAWEI Band dan WATCH FIT Series direka untuk kesejahteraan setiap hari, manakala WATCH D Series menetapkan penanda aras baharu dalam pemantauan kesihatan termaju. WATCH Series, yang menggabungkan ciri-ciri pintar yang canggih dengan pengurusan kesihatan profesional, mengukuhkan reputasi Huawei terhadap inovasi. WATCH GT dan WATCH Ultimate Series direkayasa untuk sukan yang mencabar seperti luncur ski, menyelam, berbasikal dan larian denai. Dalam domain larian sahaja, Huawei bekerjasama dengan lebih 100 pelari bagi menjalankan ujian jangka panjang yang ekstensif untuk mencapai kadar ketepatan lebih daripada 97% dalam meramalkan keputusan perlumbaan. Huawei turut membangunkan model pembelajaran mesin yang canggih untuk penilaian lesu bagi memperkasakan pelari untuk berlatih secara saintifik. Asas inilah yang menjadikan perkongsian bersama legenda maraton Eliud Kipchoge begitu hebat. Dedikasi beliau terhadap latihan saintifik dan pengalaman praktikal yang tiada tandingan melengkapi kekuatan teknologi Huawei dengan sempurna, lalu mencetuskan sinergi sebenar antara sukan elit dan juga inovasi termaju.
Kolaborasi ini melangkaui pendedahan jenama semata-mata. Huawei berkemungkinan besar akan memanfaatkan pandangan profesional Eliud Kipchoge dan Pasukan Larian dsm-firmenich untuk memenuhi keperluan teras para atlet bertaraf dunia dalam latihan yang paling mencabar dan pertandingan yang berisiko paling tinggi. Bagi pasukan yang tekal mencipta rekod dunia, jam tangan pintar merupakan alat yang penting. Ia harus memenuhi standard tertinggi sukan elit, selain menjalani ujian yang ketat dalam keadaan dunia sebenar. Para pelari bertaraf dunia menuntut ketepatan kedudukan tanpa kompromi, untuk data laluan dan rentak yang stabil walaupun dalam persekitaran yang mencabar seperti kanyon bandar dan rupa bumi yang kompleks. Mereka memerlukan alat pemantauan fisiologi berketepatan ultra-tinggi untuk merekodkan metrik kritikal seperti kadar denyutan jantung rehat, kebolehubahan kadar denyutan jantung (HRV), kualiti tidur dan beban latihan, data yang memaklumkan pelarasan yang kritikal kepada strategi latihan serta perlumbaan. Pertimbangan utama yang lain termasuk hayat bateri untuk pertandingan jarak jauh, keselesaan semasa usaha berintensiti tinggi dan algoritma yang mantap secara saintifik. Cerapan yang diperoleh melalui kolaborasi ini akan memainkan peranan penting dalam memperhalusi algoritma Huawei dan dalam meningkatkan fungsian jam tangan pintar yang akhirnya menghasilkan produk yang lebih sesuai untuk senario profesional.
Jam tangan pintar Huawei yang akan datang merupakan sesuatu yang amat dinanti-nantikan kerana ia dijangka akan mengintegrasikan pandangan pelari elit dan berinovasi dalam aspek ketepatan data dan juga kebolehsesuaian dalam dunia nyata. Sama ada memenuhi permintaan yang ketat daripada pelari elit atau memperkasakan penggemar aktiviti kecergasan harian untuk mencapai potensi penuh dalam latihan berasaskan sains, kolaborasi rintis ini bersedia untuk mentakrifkan semula landskap industri ini. Inovasi produk yang terhasil dan impak globalnya pasti akan menarik minat pelari dan pemerhati industri di serata dunia.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4876114_MS76114_6










