Ferrero Group melaporkan Penyata Kewangan yang Disatukan bagi Tahun Kewangan 2024/2025 - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

Ferrero Group melaporkan Penyata Kewangan yang Disatukan bagi Tahun Kewangan 2024/2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
  • Ferrero Group mengekalkan trajektori pertumbuhannya dengan peningkatan perolehan sebanyak 4.6% kepada EUR 19.3 bilion.
  • Strategi inovasi, pengembangan portfolio dan pemerolehan memacu kejayaan berterusan pada tahun 2024/25.
  • Platform untuk pertumbuhan masa depan disokong selanjutnya oleh peningkatan pelaburan modal sebanyak hampir EUR 1.1 bilion pada tahun 2024/25 dan pemerolehan WK Kellogg Co. yang dimuktamadkan pada September 2025[1].

LUXEMBOURG, 6 Februari 2026 /PRNewswire/ — Ferrero Group, melalui syarikat induknya Ferrero International S.A., meluluskan Penyata Kewangan yang Disatukan bagi tahun kewangan 2024/2025, yang berakhir pada 31 Ogos 2025[2]. Kumpulan ini menutup tahun kewangan berkenaan dengan perolehan disatukan sebanyak EUR 19.3 bilion, peningkatan sebanyak 4.6% berbanding tahun sebelumnya, lalu memperlihatkan kejayaan visi strategik jangka panjang yang dipimpin oleh Pengerusi Eksekutif Giovanni Ferrero dan dilaksanakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lapo Civiletti.

Ferrero mengekalkan kehadiran globalnya, dengan 36 kilang pembuatan dan mengakhiri tahun kewangan dengan tenaga kerja global seramai 48,697 orang pekerja setakat 31 Ogos 2025.

Daniel Martinez Carretero, Ketua Pegawai Kewangan di Ferrero Group, berkata: "Sempena menyambut ulang tahun ke-80 kami, Ferrero terus membawa kegembiraan kepada orang ramai di serata dunia dengan produk-produk dan jenama-jenama kami yang sangat digemari hasil daripada komitmen oleh semua rakan sekerja kami. Strategi pertumbuhan inovasi portfolio dan pengembangan kami ke dalam kategori dan pasaran baharu terus membuahkan hasil. Peningkatan pelaburan modal yang dibuat pada tahun 2024/2025 dan pemerolehan kami baru-baru ini menggambarkan kepercayaan kami terhadap masa depan dan keupayaan untuk melabur dalam tempoh jangka panjang. Kami terus membina kapasiti untuk berinovasi dan memenuhi kehendak pasaran tempatan."

Portfolio Kumpulan terus menyaksikan evolusi melalui pengembangan kategori bersasar dan inovasi strategik jenama. Antara perkembangan utama pada tahun 2024/2025 ialah:

  • Pelancaran Nutella Plant-Based untuk memenuhi permintaan pengguna yang sentiasa mengalami evolusi.
  • Pengembangan Nutella kepada kategori-kategori baharu dengan rangkaian roti sejuk beku, termasuk Nutella Crepes dan Nutella Donut.
  • Pengembangan tiga jenama konfeksioneri kegemaran tempatan Amerika Utara ke dalam bar aiskrim: Butterfinger®, BabyRuth® dan 100 Grand®.
  • Pelancaran Tic Tac Two, rangkaian dwiperisa tanpa gula yang baharu.
  • Pengembangan kepada snek berprotein tinggi dengan pemerolehan Power Crunch, jenama bar protein wafer A.S. yang terkemuka.

Bagi menyokong pertumbuhan portfolio dan kehadiran geografi yang diperluas, Kumpulan ini terus memperkukuh keupayaan dalam pasaran-pasaran utama. Contohnya termasuk:

  • Di Amerika Utara, Ferrero mengumumkan peningkatan skala kemudahan di Brantford, Ontario. Ini akan mencipta sebanyak 500 peluang pekerjaan dan akan membawa pengeluaran Nutella Biscuits ke luar Eropah buat julung kalinya. Kumpulan ini turut membuka kemudahan Kinder Bueno baharu di Bloomington, Illinois yang dapat menyokong 200 peluang pekerjaan baharu dan mempunyai kapasiti pengeluaran seluas 169,000 kaki persegi.
  • Di Eropah, Kumpulan ini meningkatkan lagi keupayaan pembuatannya di kilang Villers-Écalles di utara Perancis, iaitu tapak pengeluaran Nutella yang terbesar di dunia, bagi memenuhi permintaan masa depan.

Semasa tahun 2024/25, syarikat ini mengumumkan pemerolehan WK Kellogg Co, termasuk pembuatan, pemasaran dan pengedaran portfolio ikonik bijirin sarapan WK Kellogg Co di seluruh Amerika Syarikat, Kanada dan Caribbean[3]. Sebagai sebahagian daripada pemerolehan berkenaan, Ferrero menyambut 3,000 rakan sekerja, menjadikan jumlah keseluruhan kakitangan Ferrero pada hari ini kepada lebih daripada 50,000 orang pekerja di seluruh dunia.

Latar Belakang Ferrero Group

Ferrero Group ialah peneraju bertaraf global bagi makanan berbungkus manis, terkenal dengan jenama-jenama ikonik seperti Nutella®, Kinder®, Ferrero Rocher® dan Tic Tac®, di samping makanan kegemaran tempatan.

Ditubuhkan pada tahun 1946 di Alba, Itali, Ferrero menyambut ulang tahun ke-80 sebagai sebuah kumpulan milik keluarga dengan lebih daripada 50,000 pekerja dan operasi di lebih daripada 170 negara. Syarikat ini menggabungkan warisan dan komitmen yang kukuh terhadap kualiti dengan inovasi yang berterusan merentas jenama-jenama dan kategori-kategori, termasuk aiskrim, biskut dan roti, bijirin sarapan pagi dan tawaran yang lebih baik untuk anda. Berpandukan visi jangka panjang, Ferrero memfokuskan pada pertumbuhan yang mampan dan bertanggungjawab, memperkukuh kehadirannya dalam segmen-segmen baru muncul sambil berpegang teguh pada nilai-nilai kecemerlangan serta penjagaannya.

[1] Keputusan kewangan yang dikongsi hari ini tidak termasuk sebarang angka daripada WK Kellogg Co. Transaksi dimuktamadkan pada September 2025, dalam tahun kewangan 2025/2026.

[2] Mulai 1 September 2024 hingga 31 Ogos 2025.

[3] Keputusan kewangan yang dikongsi hari ini tidak termasuk sebarang angka daripada WK Kellogg Co. Transaksi dimuktamadkan pada September 2025, dalam tahun kewangan 2025/2026.

 

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4880598_MS80598_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI