MANNAR, Sri Lanka, 11 Februari 2026 /PRNewswire/ — Envision Energy, peneraju bertaraf global bagi teknologi hijau menyokong peralihan tenaga bersih Sri Lanka apabila Projek Kuasa Angin Mannar 50MW memulakan kerja-kerja pembinaannya secara rasmi di wilayah utara Mannar di negara ini. Majlis pecah tanah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Anura Kumara Dissanayake, Presiden Sri Lanka yang menonjolkan kepentingan strategik projek ini dalam mencapai cita-cita tenaga boleh baharu negara ini.
Dibangunkan dan mendapat pelaburan daripada HayWind One Limited, subsidiari konglomerat Sri Lanka yang terkemuka Hayleys PLC, projek ini merupakan tambahan yang penting kepada portfolio tenaga boleh baharu Sri Lanka. Envision Energy membekalkan 10 turbin angin EN-156/5.0MW yang memberikan kapasiti terpasang keseluruhan mencecah 50MW dan menjana kira-kira 207 juta kWj elektrik bersih setiap tahun. Direka untuk memanfaatkan sepenuhnya sumber angin Mannar yang tinggi dan stabil, turbin ini mempunyai ketinggian hab 110 meter, lalu mendayakan hasil tenaga yang lebih tinggi serta ekonomi projek yang lebih baik. Projek ini merupakan pesanan turbin angin berskala utiliti yang pertama oleh Envision Energy di Sri Lanka dan dijadualkan akan ditauliahkan menjelang Mac 2027 yang menyaksikan pencapaian penting dalam pengembangannya yang berterusan di seluruh Asia Selatan.
Bagi menangani isu iklim pantai wilayah ini dengan tahap kemasinan dan kelembapan yang tinggi, Envision menyediakan penyelesaian antikarat tinggi yang tersuai bagi meningkatkan ketahanan turbin serta keandalan dalam tempoh jangka panjang. Syarikat ini akan turut menyediakan perkhidmatan operasi dan penyelenggaraan kitaran hayat penuh demi memastikan prestasi yang selamat dan cekap sepanjang hayat reka bentuk projek selama 20 tahun.
Winston Xu, Pengurus Besar Wilayah Tenggara di Envision Energy, berkata: "Sri Lanka memperoleh kedudukan penting yang strategik dalam peralihan tenaga Asia Selatan, dengan sumber angin yang amat kompetitif. Projek ini menyaksikan pencapaian yang penting bagi pembangunan tenaga boleh baharu negara ini dan juga pengembangan berterusan Envision Energy di rantau ini. Dengan menggabungkan teknologi angin yang terbukti, penyelesaian tersuai untuk persekitaran pantai yang kompleks serta keupayaan penyampaian dan perkhidmatan global, kami bermatlamat untuk memberikan output tenaga yang lebih tinggi, keandalan yang dipertingkat serta nilai jangka panjang kepada grid dan komuniti negara Sri Lanka."
Hasith Prematillake, Pengarah Urusan Hayleys Fentons Limited, syarikat induk HayWind One Limited, menyatakan: "Projek ini bertujuan untuk memperkasakan kehidupan rakyat Sri Lanka dengan tenaga bersih tempatan. Dengan membawakan teknologi bertaraf dunia Envision ke Sri Lanka buat julung kalinya, kami dapat memastikan peralihan kepada tenaga hijau diterjemahkan kepada elektrik yang lebih berpatutan untuk orang ramai di seluruh negara ini. Kami berharap inisiatif ini akan menjadi rangka tindakan untuk projek-projek tenaga boleh baharu pada masa akan datang di Sri Lanka."
En. Roshane Perera, Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif Hayleys Solar, menambah: "Kami menyedari bahawa teknologi bertaraf dunia seperti teknologi daripada Envision memerlukan sebuah pasukan yang sama-sama bertaraf dunia untuk menjayakannya. Ini merupakan usaha yang penting dan kami mempersiapkan jurutera dan pengurus projek kami yang paling berpengalaman untuk mengurus kerumitan di tapak Mannar. Dengan mengaplikasikan kepakaran tempatan kami yang mendalam, kami berhasrat untuk memastikan infrastruktur ini menunjukkan prestasinya pada tahap kemuncaknya selama berdekad-dekad. Kami berbangga dapat menunjukkan bahawa bakat Sri Lanka berupaya sepenuhnya menyampaikan projek-projek tenaga boleh baharu pada skala global."
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4885663_MS85663_6











