![]() |
BARCELONA, Sepanyol, 5 Februari 2026 /PRNewswire/ — Dahua Technology, iaitu penyedia bagi penyelesaian dan perkhidmatan AIoT berpusatkan video yang terkemuka di dunia, akan mempersembahkan penyelesaian paparan dan kawalan pintarnya yang terkini di Integrated Systems Europe (ISE) 2026, Barcelona. Di pameran ini, Dahua menonjolkan barisan komprehensif yang terdiri daripada produk LED inovatif dan penyelesaian paparan profesional yang kesemuanya direka untuk memberikan pengalaman visual yang imersif, fleksibel serta andal dalam persekitaran profesional dan juga komersial.
Skrin MiP
Produk LED dalaman siri-SM daripada Dahua membawakan teknologi MiP (MicroLED dalam Pakej) yang canggih, menawarkan kontras yang lebih tinggi, penampilan yang lebih gelap serta perincian imej yang lebih halus berbanding paparan COB konvensional. Dengan mengintegrasikan cip MicroLED bebas substrat melalui pemindahan besar-besaran dan pakej RDL yang canggih, siri ini menyokong peminiaturan mampan, sudut pandangan yang amat lebar melebihi 170°, nisbah kontras sehingga 100,000:1 dan kestabilan struktur yang dipertingkat.
Skrin Pencantuman Kreatif
Produk LED dalaman siri-SE menggunakan teknologi pakej SMD bagi memberikan kecerahan yang lebih tinggi serta pensaizan fleksibel yang amat sesuai untuk pasar raya serta kedai runcit. Tersedia dalam empat pic piksel dan pelbagai saiz kabinet, siri ini menyokong kabinet saling kunci, pemasangan putaran 90-darjah tanpa perubahan warna, reka bentuk 28mm yang amat nipis, tetingkap paparan kecerahan tinggi pilihan dan bahagian tepi kabinet yang boleh disesuaikan untuk bentuk tak sekata yang ringkas.
LED Sewa Lengkung
Bagi persekitaran sewa dan kreatif, LED Sewa Lengkung membawakan sistem pengunci berbentuk arka untuk pencantuman skrin rata, cembung dan cekung yang lancar dengan sudut boleh laras bermula daripada −10° hingga 10° dengan kenaikan 2.5°. Platform modular dan kotak kuasa boleh tukar panas semua-dalam-satu mengupayakan penyelenggaraan yang pantas dan konfigurasi yang fleksibel. Versi Cube menyokong sudut 90° dan paparan kiub berbilang sisi dengan pemasangan tanpa alat serta pilihan pemasangan bercampur.
Paparan LED Semua-dalam-Satu Boleh Lipat 135-inci
Paparan andalan ini direka untuk aplikasi unggul, bermula daripada mesyuarat eksekutif, dewan pameran, jerayawara dan e-sukan hinggalah vila, kelab serta perkhemahan luar. Ia membawakan skrin 1080p 135-inci dengan teknologi COB terbalik sepenuhnya yang menawarkan tontonan yang selesa pada mata, ketahanan tinggi serta penyelenggaraan yang mudah. Unit ini boleh dilipat, boleh alih dan ketinggiannya boleh dilaraskan sebanyak 65 cm dan tidak memerlukan pemasangan serta sedia digunakan sebaik sahaja dikeluarkan daripada kotak. Dikuasakan oleh Android 14 (Windows pilihan), ia menyokong paparan berbilang skrin, fungsi kamera pintar, ciri-ciri keselamatan yang dipertingkat dan operasi berbantu AI bagi menawarkan pengalaman profesional dan hiburan yang sedia dimanfaatkan.
Penyelesaian Pusat Perintah
Penyelesaian Bilik Kawalan N70 memberikan penyahkodan kamera berbilang saluran yang berkuasa, penangkapan dan paparan isyarat ultra-HD, kawalan fleksibel, keserasian protokol yang luas dan output yang boleh disesuaikan untuk skrin LED dan LCD. Penyelesaian AVoIP mengupayakan kawalan jauh KVM yang cekap, penghantaran video berkualiti tinggi dengan kependaman rendah, pengembangan sistem tanpa had dan kolaborasi rentas rantau bagi menyediakan perkhidmatan pengurusan AV yang lancar untuk pusat perintah serta operasi berskala besar.
Penyelesaian Paparan Komersial
Dahua menawarkan papan tanda digital serba boleh bagi kegunaan dalaman dan luaran. Model-model luaran (43–65 inci) memberikan kecerahan yang tinggi, perlindungan kalis cuaca dan operasi 24/7 yang andal. Barisan model dalaman termasuk paparan plastik berkesan kos dan paparan dinding-lekap logam premium yang amat nipis dan paparan tetingkap dengan kecerahan tinggi sehingga 3000 cd/m² untuk kebolehlihatan cahaya matahari yang kuat. Penyelesaian ini meliputi beraneka jenis keperluan paparan komersial, bermula daripada pemasangan standard hinggalah aplikasi runcit dan menghadap tetingkap premium.
Bagi meneroka produk dan penyelesaian paparan Dahua, kunjungi Gerai Pameran 3S800 atau ketahui lebih lanjut di laman web Dahua Display.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4878446_MS78446_6












