Castrol Satukan Komuniti Superbike Asia-Pasifik dengan Pelancaran Castrol Superbike Fest APAC 2026 - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

Castrol Satukan Komuniti Superbike Asia-Pasifik dengan Pelancaran Castrol Superbike Fest APAC 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam, 2 Februari 2026 /PRNewswire/ — Castrol, peneraju bertaraf global bagi pelincir, melancarkan Castrol Superbike Fest APAC 2026 pada 28 Januari – memulakan pergerakan superbike premium seluruh rantau yang dirancang untuk menghubungkan penunggang superbike yang paling bersemangat di Asia-Pasifik, bengkel pakar dan produk berprestasi tinggi, pada satu platform berpadu.


Lebih daripada sekadar festival, Castrol Superbike Fest APAC 2026 merupakan sebahagian daripada strategi jangka panjang Castrol bagi mentakrifkan semula erti "premium tertinggi" dalam kategori motosikal di seluruh Asia-Pasifik – menggabungkan prestasi, komuniti, gaya hidup dan kecemerlangan kejuruteraan ke dalam satu ekosistem pengalaman tunggal.

Berlangsung di Nha Trang, Vietnam, mulai 29 hingga 31 Mei 2026, festival yang berlangsung selama tiga hari ini bertujuan untuk menghimpunkan lebih 2,000 penunggang motosikal yang terdiri daripada lebih 100 kelab penunggang motosikal rasmi selain dalam pasukan prestasi, pelumba dan penunggang sosial dari lapan pasaran Asia-Pasifik, termasuk Vietnam, Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Laos, Kemboja dan Filipina.

Dilancarkan oleh Castrol AsPAC Marketing, acara ini merupakan pengaktifan andalan Castrol Superbike ASPAC Alliance, iaitu platform seluruh rantau yang menghubungkan komuniti penunggang motosikal premium, rakan perkhidmatan pakar dan portfolio produk berprestasi tinggi Castrol. Direka sebagai pergerakan jangka panjang boleh skala, Perikatan ini mengubah minat penunggang menjadi kepercayaan jenama, kesetiaan dan impak perniagaan.

"Castrol Superbike Fest APAC 2026 bukanlah acara yang diadakan sekali sahaja namun sebaliknya merupakan platform strategik jangka panjang yang menggabungkan prestasi dan orang ramai yang disatukan oleh semangat yang berpanjangan terhadap superbike," kata Victor Cheong, Pengarah Pemasaran, Castrol Asia Pasifik.

"Budaya superbike membawakan kemuncak aspirasi, kejuruteraan dan semangat. Dengan menyatukan komuniti ini merentas sempadan, kami meningkatkan kedudukan premium Castrol dan membina hubungan emosi yang lebih mendalam bersama penunggang dan bengkel di seluruh rantau ini," tambahnya.

Castrol Superbike Fest APAC 2026 akan didahului dengan jelajah menunggang rentas desa antarabangsa, dengan penunggang motosikal dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Kemboja dan Laos menunggang menuju acara di Vietnam dengan menempuh laluan serantau yang melambangkan perpaduan serta hubungan di seluruh ASEAN.

Festival utama akan diadakan di pelbagai lokasi ikonik di Nha Trang yang menghubungkan pusat bandar dan landskap pantai menjadi satu litar acara bersepadu. Berlangsung selama tiga hari dua malam, penunggang dan peminat akan mengalami:

Prestasi & Tunggangan

  • Demonstrasi prestasi dan pertandingan pengendalian superbike
  • Cabaran pengembaraan dan luar jalan yang melibatkan kategori-kategori motosikal lain

Pameran & Industri

  • Superbike yang jarang ditemui, ditempah khas dan ikonik daripada jenama-jenama global yang terkemuka
  • Pameran produk dan teknologi interaktif

Budaya & Gaya Hidup

  • Tunggangan Perarakan Pembukaan dan Penutupan
  • Sesi perangkaian dan perbincangan komuniti
  • Zon gaya hidup dan hiburan yang meraikan budaya penunggang basikal moden, termasuk Gala Sambutan dan Gala Penutupan Luar
  • Perjalanan jelajah pascafestival merentas sejauh lebih 200km yang meliputi Nha Trang, Ninh Thuan, Binh Thuan dan Da Lat untuk meneroka landskap ikonik dan mengalami budaya tempatan

Bahagian utama festival ini ialah Castrol HOMELAND Experience, yang melaluinya penunggang dan pemilik bengkel boleh mengakses percubaan produk, penukaran minyak, pemeriksaan teknikal dan klinik menunggang secara langsung – bagi mengalami sendiri janji prestasi Castrol selain kualiti, keandalan dan ketahanan daripada portfolio produknya yang dipaparkan melalui tindakan sebenar dalam keadaan dunia nyata.

Castrol Superbike Fest APAC dibina berasaskan kepercayaan Castrol bahawa budaya superbike membawakan ekspresi prestasi, ketepatan dan kecemerlangan kejuruteraan yang tertinggi. Dengan menerapkan Castrol ke dalam teras budaya ini, jenama ini dapat memantapkan kedudukannya sebagai rakan kongsi yang dipercayai untuk penunggang yang menuntut lebih banyak lagi daripada mesin mereka — dan daripada diri mereka sendiri.

Platform ini disokong oleh portfolio produk premium Castrol, termasuk Castrol POWER1 Ultimate yang direkayasa untuk memberikan prestasi maksimum dalam keadaan tunggangan yang ekstrem.

"Dalam keadaan tunggangan yang paling mencabar – kelajuan tinggi, rupa bumi berceranggah dan tuntutan teknikal yang berterusan, pelincir Castrol menyejukkan, melindungi dan memberikan prestasi mengikut standard tertinggi, lalu menawarkan hasil yang konsisten dalam setiap cabaran," tambah Victor. "Dalam keadaan seperti inilah nilai premium terbukti, bukan dengan kata-kata, tetapi dengan tindakan."

Selain prestasi, Castrol Superbike Fest APAC turut merangkumkan dimensi gaya hidup aktiviti menunggang motosikal moden — yang mana penunggang merupakan pencipta, penjelajah dan penghubung budaya. Bermula daripada jelajah jarak jauh dan binaan tersuai kepada kandungan sosial dan perhimpunan komuniti, festival ini menggambarkan sejauh mana budaya superbike berkembang menjadi satu pergerakan yang mensintesiskan prestasi, gaya dan identiti.

Latar Belakang Castrol

Castrol, salah satu jenama pelincir yang terkemuka di dunia, mempunyai warisan inovasi yang membanggakan dan mendorong impian perintis. Kesungguhan kami terhadap prestasi, digabungkan dengan falsafah bekerjasama secara perkongsian, membolehkan Castrol membangunkan pelincir dan gris yang menjadi teras kepada pelbagai pencapaian teknologi di darat, udara, laut dan angkasa selama lebih 125 tahun.

Castrol merupakan sebahagian daripada bp group dan menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan dan pengguna dalam sektor automotif, marin, perindustrian dan tenaga. Produk-produk berjenama kami diiktiraf pada peringkat global untuk inovasi dan prestasi tinggi melalui komitmen kami terhadap kualiti premium dan teknologi canggih.

Untuk maklumat lanjut dan untuk mendaftar, sila kunjungi: https://superbikefest.com/
Untuk mendaftar sebagai penonton atau tetamu, sila log masuk ke: https://superbikefest.com/dang-ky-tham-gia/

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4874118_MS74118_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI