Casio Umum Perkongsian Duta bersama Pemain Papan Selaju Profesional Yuto Horigome - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

Casio Umum Perkongsian Duta bersama Pemain Papan Selaju Profesional Yuto Horigome

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Berkongsi Dunia G-SHOCK bersama Khalayak Global

TOKYO, 5 Februari 2026 /PRNewswire/ — Casio Computer Co., Ltd. mengumumkan pada hari ini bahawa ia memeterai perjanjian perkongsian duta bersama pemain papan selaju profesional Yuto Horigome. Melalui perkongsian ini, Casio akan menyokong Horigome dan berusaha untuk meningkatkan kesedaran serta menambah pengguna jam tangan kalis hentakan jenama G-SHOCK di serata dunia.

KeyVisual
KeyVisual

Sejak menceburi bidang sukan papan selaju dalam usia enam tahun, Horigome membina rekod kompetitif yang cemerlang, termasuk meraih pelbagai kemenangan di acara-acara utama. Di samping itu, beliau mengeluarkan begitu banyak kandungan berkaitan papan selaju yang menyampaikan maklumat mengenai kemahiran teknikal serta daya tarikan kreatif sukan ini. Melalui sukan papan selaju sebagai sukan kompetitif dan juga sebagai sebahagian daripada kehidupan jalanan, beliau memainkan peranan penting dalam pembangunan budaya papan selaju.

Yuto Horigome terus mencabar dirinya untuk mencapai matlamat yang belum pernah terjadi sebelumnya, selain turut mengatasi halangan sepanjang perjalanan. Pendekatan ini bertepatan dengan semangat dan keghairahan agar tidak pernah berputus asa yang mendorong jenama G-SHOCK tatkala ia terus menerobos batasan dalam pembuatan jam tangan yang menjurus kepada perjanjian perkongsian duta ini.

Bagi meraikan pelantikan duta ini, satu visual khas dicipta yang menampilkan tipografi oleh VERDY, seorang artis dan rakan usaha sama rapat Horigome. Di samping itu, sebuah filem khas yang diterbitkan oleh THIRTY 3 MAGAZINE, sebuah penerbitan budaya jalanan dengan VERDY yang berperanan sebagai ketua penyunting telahpun dikeluarkan hari ini melalui saluran media sosial rasmi Casio.

Seiring bersama karya-karya ini, Horigome dan G-SHOCK akan terus berkongsi mesej baharu bersama khalayak di Jepun dan di seluruh dunia. Bersama-sama Horigome, yang terkenal dengan sukan papan selaju jalanan yang ekspresif dan juga sebagai ikon fesyen dan budaya, G-SHOCK akan terlibat dalam inisiatif-inisiatif yang menyokong pengiktirafan yang lebih luas serta pembangunan budaya papan selaju yang berterusan.

Yuto Horigome mengulas:
"Saya berasa teruja kerana berpeluang untuk bekerjasama dengan G-SHOCK. Saya ingin terus menyahut cabaran dengan cara saya sendiri dan dalam masa yang sama melakukan apa yang saya mampu untuk menyokong generasi akan datang. Saya tidak sabar untuk menyahut cabaran baharu bersama-sama semua yang terlibat."

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4877354_MS77354_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI