AutoFlight Perkenal Pesawat eVTOL Kelas 5-Tan Pertama di Dunia - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

AutoFlight Perkenal Pesawat eVTOL Kelas 5-Tan Pertama di Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
  • Matrix berjaya mendemonstrasikan keupayaan penerbangan peralihan penuh
  • Pesawat perintis tersedia dalam konfigurasi 10 tempat duduk penumpang dan kargo 1,500kg

SUZHOU, China, 6 Februari 2026 /PRNewswire/ — AutoFlight memperkenalkan Matrix, iaitu pesawat berlepas dan mendarat tegak elektrik (eVTOL) kelas 5-tan pertama di dunia yang berjaya menyempurnakan demonstrasi penerbangan peralihan penuh awam di pusat kemudahan ujian penerbangan altitud rendah syarikat ini.

Matrix, the world's first 5-ton class electric vertical take-off and landing (eVTOL) aircraft by AutoFlight, completes a full transition flight demonstration
Matrix, the world’s first 5-ton class electric vertical take-off and landing (eVTOL) aircraft by AutoFlight, completes a full transition flight demonstration

Semasa demonstrasi, Matrix menyempurnakan turutan penerbangan peralihan mod penuh yang beralih daripada berlepas tegak melalui penerbangan jajap kepada pendaratan menegak. Pencapaian ini mengesahkan teknologi eVTOL daripada AutoFlight dalam sistem aerodinamik yang kompleks, pendorong elektrik berkuasa tinggi dan sistem kawalan penerbangan termaju yang menyaksikan kali pertama eVTOL 5 -tan mencapai penerbangan peralihan penuh.

Matrix mempunyai rentang sayap berukuran 20 meter, panjang 17.1 meter dan tinggi 3.3 meter, dengan berat berlepas maksimum sebanyak 5,700kg.

Pesawat ini akan tersedia dalam varian penumpang dan kargo. Versi penumpang menawarkan konfigurasi tempat duduk fleksibel yang boleh memuatkan sama ada 10 tempat duduk kelas perniagaan atau enam tempat duduk VIP.

Varian kargo pula menggunakan sistem kuasa hibrid yang menyokong muatan maksimum 1,500kg dan mempunyai pintu bukaan depan besar yang mampu memuatkan dua kontena kargo udara standard AKE, seterusnya meningkatkan kecekapan operasi untuk pengangkutan kargo berskala tan.

Penggugat Industri eVTOL 

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas AutoFlight, Tian Yu berkata: "Matrix bukan sahaja merupakan pesawat yang sedang meningkat naik dalam industri penerbangan tetapi juga penggugat industri yang bercita-cita tinggi. Ia akan memecahkan persepsi industri bahawa eVTOL = jarak dekat, beban ringan dan akan membentuk semula peraturan laluan eVTOL. Melalui ekonomi skala, ia mengurangkan dengan ketara kos pengangkutan bagi setiap kilometer tempat duduk dan tan-kilometer, merevolusikan kos serta turut mendorong keberuntungan. Ia merangkumkan kesemua senario bermula daripada perjalanan ulang-alik bandar hinggalah laluan penghubung antara bandar, lalu memacu pengembangan ekosistem altitud rendah keseluruhan."

Ciri-ciri Reka Bentuk dan Keselamatan

Matrix menggunakan konfigurasi Angkat dan Jajap (Lift and Cruise) sayap majmuk daripada AutoFlight dengan susun atur tiga satah dan struktur enam lengan yang tersendiri bagi memastikan kestabilan aerodinamik dalam kesemua fasa penerbangan.

Versi elektrik tulen menawarkan jarak maksimum 250km, manakala varian hibrid-elektrik melanjutkan jarak sehingga 1,500km. Kapasiti platform ini dapat menyesuaikannya untuk pelbagai aplikasi termasuk perjalanan serantau, operasi logistik berat dan misi tindak balas kecemasan berskala besar.

Pembangunan Strategik AutoFlight

Matrix membawakan kesinambungan strategi produk AutoFlight yang mengikuti Great White Shark oleh syarikat ini untuk aplikasi industri, CarryAll untuk logistik autonomi dan Prosperity untuk mobiliti udara bandar. Program pembangunan ini dibina berdasarkan kepakaran terkumpul AutoFlight dalam teknologi penerbangan altitud rendah, keandalan, sistem keselamatan serta pensijilan layak terbang.

 

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4880708_MS80708_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI