AITO Hantar Lebih 420,000 Kenderaan pada 2025, Ungguli Kedudukan Jenama Mewah China - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

AITO Hantar Lebih 420,000 Kenderaan pada 2025, Ungguli Kedudukan Jenama Mewah China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHONGQING, China, 3 Februari 2026 /PRNewswire/ — Pada tahun 2025, jualan NEV SERES melebihi 470,000 unit, lantas mengukuhkan kedudukan syarikat sebagai peneraju industri. Jenama AITO andalan merupakan jenama yang amat menyerlah, dengan lebih 420,000 kenderaan dihantar sepanjang tahun—lalu menjadikannya jenama mewah yang paling laris terjual dalam pasaran Cina. Pencapaian ini menonjolkan kepimpinan AITO dalam pasaran tenaga baharu mewah China dan kebangkitan jenama-jenama Cina dalam segmen automotif premium.

Cumulative Luxury Car Brand Sales in the Chinese Market, 2025
Cumulative Luxury Car Brand Sales in the Chinese Market, 2025

Kejayaan berterusan AITO bukanlah suatu kebetulan. Daya tarikan "blokbuster" berasal daripada kedudukan produk yang tepat, keupayaan yang mantap serta reputasi yang kukuh dalam kalangan pengguna. Kesemua ini menghasilkan barisan produk yang kukuh dalam lingkungan harga CNY 200,000 hingga 600,000. AITO M9 terbukti menjadi fenomena sebenar, dengan penghantaran kumulatif mencecah lebih 270,000 unit dan pencapaian dalam tempoh 21 bulan sebagai model utama dalam segmennya.

Pada masa yang sama, AITO M8 dan M7 turut memantapkan kedudukan yang utama dalam segmen masing-masing: M8 merupakan model paling laris terjual dalam segmen CNY 400,000 selama enam bulan berturut-turut dan penghantaran kumulatif M7 melebihi 400,000 unit, lalu menetapkan penanda aras dalam pasaran. Secara keseluruhannya, ketiga-tiga model andalan ini memacu momentum jenama dan memperkukuh kelebihan daya saing AITO dalam pasaran kenderaan mewah.

AITO Achieves Record Growth
AITO Achieves Record Growth

Selain jualan, reputasi AITO yang cemerlang dan pengekalan nilai kenderaan yang tinggi terus mendorong prestasi pasarannya yang mantap. AITO mengatasi jenama-jenama mewah tradisional seperti BMW dan Audi dalam Indeks Jenama Kenderaan Tenaga Baharu oleh firma penyelidikan pasaran automotif China, LandRoad. Dengan purata harga kenderaan yang mencecah CNY 400,000, ia turut memintas kumpulan BBA (BMW, Benz dan Audi) bagi menjadi jenama automotif mewah yang terkemuka di China. Pencapaian penting ini menyaksikan penguasaan AITO baik dari segi skala mahupun peningkatan yang ketara dalam aspek reputasi jenama, kepercayaan pelanggan dan nilai, lalu menjadikannya pilihan utama untuk pengguna yang arif.

Memandang ke hadapan, tatkala ia berkembang pada peringkat global, memajukan teknologinya dan memperluas portfolionya, AITO akan terus memantapkan kepimpinannya dalam pasaran NEV mewah. Dengan keyakinan yang semakin meningkat, AITO bersedia untuk memacu kemajuan yang lebih besar untuk jenama-jenama automotif Cina di seluruh dunia.

 

 

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4876021_MS76021_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI