AGIBOT Anjur "AGIBOT NIGHT", Pertunjukan Gala Langsung Berpandukan Robot - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

AGIBOT Anjur “AGIBOT NIGHT”, Pertunjukan Gala Langsung Berpandukan Robot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Demonstrasi Robotik Humanoid Beroperasi Secara Besar-besaran dalam Suasana Budaya Secara Langsung

SHANGHAI, 8 Februari 2026 /PRNewswire/ — AGIBOT, sebuah syarikat robotik terkemuka yang mengkhusus dalam kecerdasan terkandung, menganjurkan AGIBOT NIGHT pada hari ini iaitu sebuah pertunjukan gala berpandukan robot yang disiarkan pada 8 Februari. Program berdurasi 60 minit ini menyaksikan sebuah acara secara langsung berskala besar pertama di dunia yang dipimpin sepenuhnya oleh robot humanoid, apabila robot humanoid menjadi tumpuan utama untuk mempersembahkan tarian, silap mata, komedi dan muzik, muncul bukan sebagai alat atau elemen sokongan, tetapi sebagai penghibur utama sepanjang pertunjukan.


"AGIBOT NIGHT membawakan lebih daripada sekadar wadah produk konvensional dan menyaksikan pencapaian yang penting untuk robotik humanoid serta memperlihatkan sejauh mana kecerdasan terkandung beralih daripada percubaan makmal kepada suasana sosial dan budaya dalam dunia nyata," kata Qiu Heng, Ketua Pegawai Pemasaran AGIBOT. "Dengan mengekalkan persembahan yang kompleks dan berintensiti tinggi, acara ini dapat berperanan sebagai ujian kestabilan, konsistensi dan koordinasi peringkat sistem dunia sebenar dalam berbilang robot yang beroperasi secara serentak. Usaha ini turut memperlihatkan langkah awal dalam menuju simbiosis robot humanoid yang kami bayangkan.


Persembahan Pentas Memaparkan Pergerakan dan Koordinasi Termaju
Sepanjang berlangsungnya gala ini, robot humanoid AGIBOT mempersembahkan satu siri persembahan pentas yang menarik secara visual yang menguji batasan pergerakan dan koordinasi yang dinamik. Persembahan ini menampilkan pergerakan dengan tahap kesukaran yang tinggi termasuk lambungan, pusingan pantas, tarian berkumpulan segerak dan persembahan ala pentas peragaan yang kesemuanya dilaksanakan dengan lancar dan seimbang. Kumpulan besar robot mengadakan persembahan dalam formasi yang dikoordinasikan secara rapat-rapat, mengekalkan masa yang tepat dan konsistensi pergerakan sambil beralih dengan lancar antara segmen-segmen persembahan yang berbeza, lalu menonjolkan kawalan gerak alih dan kestabilan termaju dalam operasi yang berterusan.


Selain persembahan oleh robot sahaja, AGIBOT NIGHT turut meneroka senario kolaboratif antara manusia dan robot, serta interaksi berbilang robot. Dalam beberapa segmen, penghibur manusia menari di samping robot humanoid AGIBOT G2 dan robot kuadruped AGIBOT D1 dalam rutin kumpulan terkoordinasi, lantas memperlihatkan penjajaran pada masa nyata antara pergerakan manusia dan gerakan robotik. Pertunjukan-pertunjukan lain termasuk silap mata kad yang dipersembahkan secara bersama oleh robot dan ahli silap mata manusia, persembahan ilusi terapung klasik yang dilaksanakan sepenuhnya oleh robot dan skit komedi yang melibatkan beberapa robot humanoid yang berinteraksi di atas pentas, lantas menggambarkan penentuan masa, koordinasi peranan dan tingkah laku ekspresif yang semakin sejadi.

Gala ini turut menampilkan satu siri segmen wadah jenama bersama, apabila robot humanoid AGIBOT muncul di atas pentas di samping jenama-jenama pengguna dan gaya hidup yang terkenal. Melalui persembahan dan pembentangan secara bersama ini, AGIBOT NIGHT menunjukkan sejauh mana robot humanoid boleh diintegrasikan ke dalam pelbagai konteks komersial dan budaya, meluaskan kehadirannya melangkaui persekitaran industri dan teknikal ke dalam senario berdepan dengan pengguna setiap hari.


Daripada Pengesahan Teknikal kepada Pelaksanaan Komersial Boleh Skala
Robot-robot yang muncul di atas pentas semasa AGIBOT NIGHT mewakili portfolio robotik humanoid spektrum penuh daripada AGIBOT, lalu memperlihatkan keupayaan AGIBOT menggunakan kecerdasan terkandung dalam pelbagai senario dunia nyata. Humanoid A2 Series bersaiz penuh mengendalikan interaksi berbilang mod dan pengemudian autonomi untuk pembentangan dan bilik pameran; X2 Series bersaiz separuh dan kompak menyampaikan perbualan secara semula jadi, berjalan umpama manusia dan pergerakan ekspresif yang ideal untuk hiburan, penyelidikan serta pendidikan; G2 Series perindustrian menggabungkan AI interaktif dengan manipulasi dikawal daya yang tepat untuk penggunaan pantas di kilang serta logistik; sementara robot kuadruped D1 Series pula menunjukkan mobiliti dan pelaksanaan tugas yang andal dalam persekitaran pemeriksaan dan operasi yang rumit.

Daripada menekankan aspek kemajuan teknikal individu, AGIBOT NIGHT mengetengahkan konsistensi dan kestabilan berskala besar merentas pelbagai jenis robot yang beroperasi secara serentak. Setakat akhir tahun 2025, AGIBOT menghantar lebih daripada 5,000 robot humanoid ke seluruh dunia. Tahap koordinasi dan keandalan yang ditunjukkan semasa persembahan secara langsung menggambarkan kematangan komersial AGIBOT yang semakin meningkat dalam pembuatan, integrasi rantaian bekalan dan penggunaan peringkat sistem yang menjadi penunjuk utama bahawa robotik humanoid semakin maju melangkaui percubaan yang terhad menuju penghantaran boleh ulang dan boleh skala.

Lebih penting lagi, acara ini dipentaskan semasa Festival Musim Bunga Cina, satu tempoh yang menumpukan pada keluarga, emosi dan hubungan sosial, dengan menempatkan robot humanoid dalam konteks yang bermakna dari sudut budaya dan dapat dihayati dari segi emosi. Dengan mengintegrasikan robot ke dalam muzik, komedi dan persembahan interaktif, AGIBOT NIGHT meneroka peralihan robot humanoid yang berpotensi daripada alat produktif semata-mata kepada peserta dalam pengalaman sosial yang dikongsi bersama. Pembingkaian budaya ini menawarkan suatu perspektif mengenai kewujudan bersama robot humanoid yang melangkaui automasi industri, menghalakan ke arah masa depan yang melaluinya robot humanoid semakin terhubung dengan kehidupan manusia saban hari.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi AGIBOT melalui AGIBOT.com dan ikuti AGIBOT melalui:
https://www.facebook.com/AGIBOT.zhiyuan
https://x.com/AGIBOT_zhiyuan
https://www.instagram.com/AGIBOT
https://www.youtube.com/@AGIBOT-robot 

Latar Belakang AGIBOT

AGIBOT mengkhusus dalam memacu inovasi melalui integrasi antara Al dan robotik, mencipta produk robot terkandung kegunaan am yang terkemuka di dunia dan juga ekosistem aplikasi. Dibina berasaskan badan robotik dan dikuasakan oleh lakuran antara interaksi, manipulasi dan kecerdasan gerak alih — "1 Badan Robotik + 3 Kecerdasan" — AGIBOT ialah sebuah syarikat robotik terkemuka dalam industri ini yang menyampaikan portfolio produk lengkap dan digunakan dalam kesemua senario aplikasi utama. Menurut penganalisis industri, AGIBOT menduduki kedudukan No.1 pada peringkat global bagi penghantaran robot humanoid pada tahun 2025.

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4880563_MS80563_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI