DAVOS, Switzerland, 22 Januari 2026 /PRNewswire/ — Tatkala para pemimpin politik dan perniagaan berhimpun di Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia 2026 di Davos yang bertemakan "A Spirit of Dialogue" ("Semangat Dialog"), satu persoalan praktikal menimbulkan kegusaran: dalam suasana ketidakpastian geopolitik yang semakin meningkat dan tekanan ke atas perdagangan dan pelaburan global, bagaimanakah pergerakan manusia, perdagangan dan modal dapat kekal cekap dan bingkas?
Menurut Tabung Kewangan Antarabangsa, pertumbuhan ekonomi global dijangka berada pada kadar sederhana bagi tahun 2026. Dengan ekonomi maju yang berdepan dengan hambatan struktur dan pasaran baru muncul pula bergelut dengan kos pembiayaan yang semakin tinggi dan pergeseran dalam transaksi rentas sempadan, keupayaan asas yang mendayakan aktiviti ekonomi antarabangsa—khususnya pembayaran—menjadi sesuatu yang kritikal.
Berlatarbelakangkan penjajaran semula ekonomi global ini, UnionPay, salah satu organisasi pembayaran kad yang terbesar di dunia, memfokuskan pada ketersambungan rangkaian rentas sempadan sebagai titik permulaan yang praktikal. Daripada mencapai kedudukan sebagai penyedia perkhidmatan pembayaran global, UnionPay berinovasi untuk memupuk sebuah ekosistem pembayaran antarabangsa yang bersifat terbuka dan inklusif—dibangunkan berasaskan kolaborasi pelbagai hala, kebolehkendalian dan nilai yang dikongsi bersama. Pada masa yang sama, ia turut meneroka aplikasi teknologi digital yang bertanggungjawab, termasuk kecerdasan buatan dalam pembayaran, selain mencari penyelesaian yang menawarkan kecekapan, keselamatan dan juga rangkuman kewangan.
Setakat ini, kad UnionPay dikeluarkan di 84 negara dan wilayah pada peringkat global. Rangkaian penerimaannya mencakupi 183 negara dan wilayah. Melalui perkongsian bersama lebih 2,600 institusi kewangan dan pihak berkepentingan pembayaran di seluruh dunia, UnionPay memperkenalkan produk dan perkhidmatan pembayaran digital yang disesuaikan dengan pasaran tempatan, seterusnya menyokong perdagangan dan penggunaan merentas konteks.
Dong Junfeng, Pengerusi China UnionPay dan UnionPay International, menyampaikan ucapan semasa perbincangan meja bulat Forum Ekonomi Dunia. Pembangunan UnionPay selama lebih dua dekad menggambarkan trajektori kebingkasan ekonomi dan keterbukaan berterusan China yang lebih luas. Biarpun dalam suasana persekitaran global yang lebih kompleks, UnionPay tetap komited kepada strategi antarabangsanya—menggalakkan pembangunan yang berkualiti tinggi dalam sektor pembayaran serta memajukan kerangka kerjasama berdasarkan kesaksamaan, faedah bersama dan juga pertumbuhan yang dikongsi bersama.
Ketersambungan Dipraktikkan: Memajukan Model Empat-Pihak Baharu dalam Pasaran Baru Muncul
Meningkatkan skala pembayaran rentas sempadan memerlukan lebih daripada sekadar integrasi teknikal, bergantung pada model kerjasama yang mampan dan boleh direplikasi. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, UnionPay membangunkan "Model Empat-Pihak Baharu" untuk era pembayaran digital melalui kerjasama rangkaian-ke-rangkaian (N2N) dan kerajaan-ke-kerajaan (G2G).
Berdasarkan kerangka pembayaran empat pihak tradisional, model ini memperluas penyertaan kedua-dua pihak dalam ekosistem ini. Dari segi akaun, ia memperkenalkan dompet digital dan pengilang peranti mudah alih; dari segi penerimaan, ia menggabungkan penyedia perkhidmatan pembayaran, penggabung pembayaran dan platform SaaS. Melalui kolaborasi dua hala dan pelbagai hala, model ini bermatlamat untuk mengintegrasikan sumber yang berkualiti tinggi, mengurangkan kos kerjasama rentas sempadan dan mempercepat pengembangan rangkaian.
Secara praktiknya, UnionPay mengaplikasikan pendekatan ini di Asia Tenggara, Asia Tengah, Timur Tengah, Afrika dan Amerika Latin—pasaran baru muncul utama—yang melaluinya ia membantu memajukan kebolehkendalian antara rangkaian pembayaran kod QR rentas sempadan. Apa yang penting, model ini tidak direka untuk menggantikan sistem pembayaran tempatan. Sebaliknya, ia beroperasi dalam kerangka kawal selia sedia ada, menggalakkan pengiktirafan standard bersama dan pembangunan rangkaian yang terkoordinasi, sekali gus menyokong usaha tempatan bagi meningkatkan infrastruktur pembayaran.
Hasilnya, berpuluh-puluh juta peniaga perniagaan bersaiz mikro, kecil dan sederhana di seluruh dunia dihubungkan dengan rangkaian global UnionPay yang inklusif, seterusnya mendapat akses yang lebih baik kepada pengguna antarabangsa dan juga peluang komersial rentas sempadan.
AI Bertanggungjawab dalam Pembayaran: Mengubah Inovasi menjadi Amalan
Kecerdasan buatan menjadi tumpuan utama dalam perbincangan Davos, melihatkan potensinya dalam membentuk semula struktur ekonomi dan model pertumbuhan. Namun begitu, dalam aspek pembayaran—sektor yang mempunyai keperluan keselamatan dan pematuhan yang tinggi—cabarannya terletak pada memanfaatkan inovasi dan dalam masa yang sama mengurus risiko dengan berkesan.
UnionPay memantapkan kedudukannya sebagai pengamal AI pacuan aplikasi yang utama dalam sektor kewangan, menganggap AI sebagai pemacu produktiviti yang baharu bagi menyokong penaiktarafan pembayaran yang pintar. Daripada sekadar meneruskan senarai tindakan terpencil, ia menerima pakai pendekatan kolaboratif, bekerjasama dengan syarikat teknologi, institusi penyelidikan dan universiti untuk membina sebuah ekosistem aplikasi AI bersama yang menyokong pasang atur yang berkualiti tinggi dan mampan dalam senario kewangan.
Demi keselamatan pembayaran, UnionPay membina sistem kawalan risiko pintar yang meningkatkan kekinian dan keberkesanan perlindungan transaksi dengan ketara. Peraturan risiko pakar janaan AI kini mencapai kadar ketepatan sebanyak 85%.
Berhubung penyelesaian pembayaran berasaskan ejen, UnionPay merupakan antara penggerak pertama dalam industri ini. MCP Agent Payment Service membolehkan pengguna menyempurnakan seluruh perjalanan bermula daripada permintaan kepada pembayaran melalui interaksi perbualan.
Tatkala China terus memperluas dasar perjalanan bebas visa, UnionPay turut memperkenalkan perkhidmatan berdaya AI untuk pengunjung dalam negara. Melalui platform digital sehentinya—aplikasi "Nihao China" yang dilancarkan pada Disember 2025—AI diaplikasikan untuk panduan pembayaran, terjemahan berbilang bahasa, perancangan jadual perjalanan dan pengesyoran kehidupan seharian bagi menawarkan pengalaman yang lebih lancar kepada pengembara antarabangsa.
Daripada Dialog hingga Kerjasama: Merealisasikan Nilai Jangka Panjang dalam Pembayaran Rentas Sempadan
Sebagai terasnya, amalan UnionPay menggambarkan semangat dialog yang diperjuangkan oleh Davos. Dengan beroperasi bersama sistem pembayaran tempatan merentas pasaran, UnionPay tidak bertujuan mengenakan satu model atau standard sahaja, tetapi untuk mencari titik persamaan di tengah-tengah kepelbagaian—membina secara kreatif ekosistem pembayaran global yang lebih terbuka dan inklusif.
Dengan meningkatkan kecekapan pembayaran rentas sempadan dan menurunkan kos transaksi, UnionPay menyokong peredaran ekonomi serantau dan mengupayakan penyertaan yang lebih luas daripada penggiat kecil dan sederhana, terutamanya dalam pasaran baru muncul. Pendekatan yang mengutamakan kerjasama dan saling menguntungkan ini benar-benar sejajar dengan nilai-nilai yang berulang kali ditekankan oleh Forum Ekonomi Dunia dalam era ketidakpastian.
Memandang ke hadapan, UnionPay akan terus memanfaatkan ketersambungan sebagai penggalak untuk mempererat kerjasama pelbagai hala dan menyumbang kepada ekosistem pembayaran antarabangsa yang lebih terbuka, inklusif dan mampan—berpegang teguh kepada visinya iaitu "Hubungan Dipercayai, Kejayaan Dikongsi Bersama."
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4867931_MS67931_6











