SHAREit Group Naik Taraf kepada Platform Iklan Mudah Alih Dikuasakan-AI Pacu Pertumbuhan dalam Pasaran Baru Muncul - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

SHAREit Group Naik Taraf kepada Platform Iklan Mudah Alih Dikuasakan-AI Pacu Pertumbuhan dalam Pasaran Baru Muncul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA, 13 Januari 2026 /PRNewswire/ — SHAREit Group ("SHAREit" atau "Syarikat"), iaitu syarikat teknologi internet generasi akan datang menaik taraf platform pengiklanan mudah alihnya dan mengukuhkan semula kedudukannya sebagai enjin pertumbuhan komersial dipacu AI. Dikuasakan oleh AI-Powered Core proprietari daripada Syarikat ini, platform ini berkembang melangkaui asal-usulnya yang berfokuskan pembangun bagi menyokong pengkomersialan pintar secara meluas. Platform ini kini menjangkau kira-kira 2.4 bilion pengguna di seluruh dunia, dengan lebih 150 juta impresi iklan harian dan memproses sehingga 180 bilion permintaan iklan setiap hari melalui seni bina AI keserentakan tinggi, seterusnya mengukuhkan lagi peranannya sebagai enjin pertumbuhan dalam pasaran baru muncul.


Penaiktarafan strategik ini dicapai pada saat yang penting untuk ekonomi digital global. Menurut ramalan 2025 oleh eMarketer, perbelanjaan pengiklanan mudah alih di kawasan-kawasan yang mencapai pertumbuhan tinggi seperti Asia Tenggara dan Amerika Latin diunjurkan akan terus mengatasi purata global yang didorong oleh kumpulan pengguna yang semakin mengutamakan ciri mudah alih. SHAREit Ad Platform direkayasa untuk merebut peluang ini, seterusnya merapatkan jurang antara pengiklan global dan pengguna "Generasi Akan Datang" bernilai tinggi ini.

Dibina berdasarkan pengumpulan data selama lebih 10 tahun, SHAREit Group mengaplikasikan model pembelajaran mendalam berskala besar untuk menukar data tingkah laku kepada kecerdasan komersial masa nyata. Algoritma berkecekapan tingginya menaksir nilai dan hasrat pengguna dalam beberapa milisaat, seterusnya memadankan iklan secara dinamik dengan audiens yang berkaitan. Bagi memastikan ketepatan ini diterjemahkan kepada nilai yang tulen, keselamatan dan kualiti trafik kekal menjadi keutamaan teras. Sistem antipenipuan dipacu AI terus-menerus memantau corak trafik, mengenal pasti dan memintas aktiviti yang tidak normal atau tidak sah pada masa nyata bagi memastikan perbelanjaan pengiklanan menjangkau pengguna sebenar serta menyokong nilai jenama dalam tempoh jangka panjang.

Transformasi platform ini memperlihatkan strategi untuk mengubah keterlibatan pengguna besar-besaran menjadi hasil perniagaan boleh skala. Dengan mengintegrasikan inventori pihak pertama daripada suit aplikasi SHAREit Group sendiri dengan perkongsian OEM premium dan SSP pihak ketiga, platform ini menawarkan liputan hujung-ke-hujung merentas kitaran hayat pengguna penuh—bermula daripada pemerolehan kepada pengekalan dan pengewangan.

SHAREit Ad Platform menawarkan pengiklan global dengan empat penyelesaian pengiklanan teras, termasuk penyasaran semula, format interaktif berasaskan matriks dan penyelesaian HotApp proprietari. Penyelesaian-penyelesaian ini disokong oleh ekosistem produk yang terdiri daripada lebih 50 aplikasi utiliti milik sendiri yang mencakupi pemain muzik, dinding tawaran berasaskan insentif dan perkhidmatan e-dagang. Matriks terpelbagai ini mendayakan kempen-kempen bagi mendekati pengguna dalam persekitaran frekuensi tinggi dan berhasrat tinggi merentas pasaran baru muncul. Di banyak kawasan, platform ini tersenarai sebagai antara saluran pemasaran mudah alih terbesar yang setanding dengan peneraju global. Kelebihan skala dan trafiknya bersama-sama membolehkan pengiklan menjangkau, menarik dan menukar pengguna berkualiti tinggi dengan cekap melalui model dipacu prestasi yang telus.

Bagi memastikan kecemerlangan pelaksanaan sokongan, syarikat ini menubuhkan lebih daripada 10 pasukan serantau di hab strategik seperti Singapura, Indonesia, Afrika Selatan dan banyak lagi. Pasukan-pasukan ini menyediakan perkhidmatan setempat kitaran hayat penuh bermula daripada penyesuaian kreatif hinggalah analisis pascakempen, lantas merapatkan jurang antara skala global dan penjajaran budaya tempatan.

Jason Wang, Rakan Kongsi SHAREit Group, berkongsi: "Falsafah teras kami sentiasa bermula dengan pembangun, namun ia tidak terhenti di situ sahaja. AI penting untuk maju melangkaui persaingan yang didorong oleh trafik dan kembali kepada asas-asas pengiklanan. SHAREit Group bukan sekadar penerbit media tetapi juga infrastruktur digital pintar untuk pasaran baru muncul. Dengan menerapkan pandangan dipacu AI, keupayaan antipenipuan yang mantap dan pola fikir ekosistem kolaboratif, kami dapat membantu pengiklan memahami dinamik pasaran sebenar, mengelakkan perbelanjaan membuta tuli serta membina persekitaran media yang lebih telus dan mampan."

SHAREit Group memfokuskan untuk membina ekosistem pengiklanan dipacu AI, telus dan cekap yang menyokong pertumbuhan jangka panjang. Dengan menggabungkan teknologi proprietari, kecerdasan data dan perkongsian trafik global, platform ini menyediakan asas kukuh untuk pembangun dan pengiklan berkembang dalam seluruh pasaran baru muncul yang mengalami pertumbuhan tinggi.

Latar Belakang SHAREit Group 

SHAREit Group ialah sebuah syarikat teknologi internet global yang mengkhusus untuk membina ekosistem digital yang berkualiti tinggi buat pengguna dan perniagaan di serata dunia. Dengan mengintegrasikan teknologi proprietari dengan pandangan tempatan yang mendalam, SHAREit Group berperanan sebagai enjin pertumbuhan yang utama untuk pengiklan dalam pasaran baru muncul. Ia beroperasi merentas lebih 10 hab global, memperkasakan rakan kongsi dalam bidang permainan, e-dagang dan teknologi kewangan (fintech) demi mencapai pertumbuhan perniagaan yang mampan.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: [www.ushareit.com]

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4860844_MS60844_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI