![]() |
DUBAI, UAE, 30 Januari 2026 /PRNewswire/ — SANY Group memulakan secara rasmi operasi di pusat bekalan serantaunya ("Pusat") di Dubai, UAE, susulan kejayaan ketibaan penghantaran pertama peralatan terasnya pada 11 Januari. Pusat ini akan menyediakan liputan logistik bersepadu untuk 82 negara dan wilayah di seluruh Timur Tengah dan Afrika yang menyaksikan suatu pencapaian penting dalam strategi rantaian bekalan global SANY serta langkah yang penting dalam penyusunan semula rangkaian logistik luar negaranya.
Pusat ini, yang kerja-kerja pembinaannya bermula pada September 2025, berperanan sebagai hab strategik dalam infrastruktur rantaian bekalan global SANY. Melalui model perniagaan terikat yang berstruktur secara inovatif, penyelidikan di lapangan yang meluas dan pengoptimuman sistematik dalam proses penenderan, projek ini meraih pencapaian terasnya—melancarkan penggudangan dan penghantaran alat ganti pada bulan Disember—hanya dalam tempoh empat bulan, seterusnya memastikan penghantaran yang berkualiti tinggi dan tepat pada masanya oleh pusat ini.
Pusat bekalan ini memasang atur sistem pengurusan gudang digital dan mengoptimumkan penyelesaian pengangkutan serantau untuk peralatan bagi mengupayakan penambahbaikan yang berterusan dari segi kecekapan penghantaran, kos logistik keseluruhan dan pewujudan keupayaan rantaian bekalan serantau boleh skala.
Pusat ini akan memfokuskan pada dua keutamaan teras bagi memperkukuh operasi logistik, perkhidmatan dan sokongan daripada SANY.
- Ia direka bagi tujuan tindak balas tangkas serta keandalan perkhidmatan yang dipertingkat dan, dengan memanfaatkan kedudukan strategik Dubai sebagai hab logistik global dan melaksanakan model pengedaran serantau yang berhampiran pelanggan, Pusat ini dijangka dapat mengurangkan kitaran penghantaran alat ganti keseluruhan sebanyak 35%, lalu menyokong prestasi perkhidmatan yang lebih baik.
- Sementara itu, ia juga berfungsi sebagai hab koordinasi penghantaran dan logistik berpusat untuk peralatan utama. Pusat ini mengukuhkan perancangan permintaan serantau dan mempererat kolaborasi dengan rakan kongsi logistik global bagi mengoptimumkan lagi proses pengangkutan dan penghantaran. Model ini telahpun terbukti berkesan dalam operasi awal, memberikan manfaat yang boleh diukur dari segi kawalan kos, konsistensi masa transit dan keandalan pengangkutan.
"Memandang ke hadapan, Pusat Bekalan Serantau Dubai akan berfungsi sebagai platform utama yang menyokong pengembangan antarabangsa SANY dan peningkatan berterusan keupayaan rantaian bekalan luar negaranya. Berdasarkan asas ini, SANY akan terus memperteguh keupayaan penghantaran dan perkhidmatan globalnya, menyokong pelanggan di seluruh dunia dengan lebih baik dan mendayakan pertumbuhan antarabangsa yang mampan," kata En. Li Guofeng, Pengerusi SANY Logistics.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4874991_MS74991_6












