ORLANDO, Florida, 22 Januari 2026 /PRNewswire/ — NAVEE, jenama mobiliti pintar bertaraf global mempamerkan inovasinya yang terkini iaitu kereta sorong golf Eagle F1X dan Birdie 5X di PGA Show 2026. Produk-produk ini mempersembahkan penerokaan NAVEE yang melangkaui mobiliti jarak dekat, selain turut membawakan teknologi pintar dan reka bentuk dipacu senario dalam ruang golf dan riadah luar.
PGA Merchandise Show ialah acara industri golf ulung di dunia yang menghimpunkan jenama terkemuka, pengamal media serta ahli profesional bagi mempamerkan inovasi, menetapkan arah aliran dan juga membentuk masa depan sukan golf.
Eagle F1X menggabungkan reka bentuk yang diilhamkan oleh kereta lumba F1 dengan ciri-ciri pintar yang canggih. Ia menawarkan visi AI dan ciri auto-ikut pintar didayakan UWB, selain pengelakan halangan pintar AI + GPS. Menerusi lebih 40,000 peta arah pandu global, skrin sentuh warna penuh 5.5-inci dan panggil balik satu butang dalam jarak 150 meter, Eagle F1X memberikan pandangan jarak pada masa nyata dan kawalan mudah kepada pemain golf. Dengan berat hanya 15 kg dan boleh dilipat dalam 3 saat, ia memberikan prestasi dan ciri kemudahalihan dalam satu pakej yang rapi.
Eagle F1X sudahpun menggamit perhatian industri. Ia membuat kemunculan sulung di CES 2026 dan mendapat pengiktirafan daripada The Gadgeteer dan Yanko Design sebagai Terbaik CES (Best of CES), lantas menggambarkan komitmen NAVEE terhadap reka bentuk dan juga mobiliti pintar.
Birdie 5X pula menekankan operasi bebas tangan dan kemudahan yang kompak. Dibangunkan berdasarkan kereta sorong golf elektrik yang pertama daripada jenama ini, siri Birdie 3 yang dilancarkan pada September 2025, mod Follow-Me kini menjadi lebih responsif. Auto-ikut dikuasakan UWB mengekalkan jarak 2–8 meter, selain membuat pelarasan secara automatik mengikut rentak pemain golf. Dengan bateri 220Wj, Birdie 5X boleh menyelesaikan 36 lubang dengan sekali cas, manakala sistem roda 4+1 dan dwimotor 130W (puncak 250W) memastikan kestabilan merentas lintasan, pasir, lumpur dan cerun sehingga 25°.
"Matlamat NAVEE adalah untuk mengintegrasikan teknologi pintar ke dalam sukan golf dan aktiviti-aktiviti luar yang lain, seterusnya memberi kebebasan kepada pengguna untuk menumpukan perhatian pada pengalaman sekali gus meningkatkan kemudahan dan juga prestasi," kata Jian Lu, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat ini.
Berdasarkan kepakaran selama bertahun-tahun dalam mobiliti pintar dan sistem ampaian yang terkemuka di dunia, NAVEE mempunyai kelebihan semula jadi dalam menembusi sektor-sektor baharu. Syarikat ini kini memanfaatkan kekuatan teras ini untuk berkembang melangkaui pengangkutan, memberikan kecerdasan dan keandalan kepada golf dan aplikasi rekreasi yang lain.
Latar Belakang NAVEE
NAVEE ialah jenama mobiliti pintar bertaraf global yang memfokuskan pada kejuruteraan peringkat sistem dan integrasi teknologi pintar. Dengan memanfaatkan reka bentuk gred automotif, sistem ampaian canggih dan teknologi kawalan didayakan AI, NAVEE membangunkan produk-produk berprestasi tinggi untuk menyokong mobiliti yang lebih lestari dan boleh disesuaikan dalam senario bandar, rekreasi dan luar di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut di https://naveetech.com/.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4864250_MS64250_6











