Laporan Kelestarian 2025 Rockwell Automation Menunjukkan Komitmen Berterusan Demi membina Masa Depan Lebih Pantas, Cepat dan Lestari - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

Laporan Kelestarian 2025 Rockwell Automation Menunjukkan Komitmen Berterusan Demi membina Masa Depan Lebih Pantas, Cepat dan Lestari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA, 20 Januari 2026 /PRNewswire/ — Rockwell Automation, Inc. (NYSE: ROK) menerbitkan Laporan Kelestarian 2025 yang memaparkan sejauh mana syarikat ini menggabungkan teknologi dan pembuatan demi masa depan yang lebih lestari.

Rockwell Automation 2025 Sustainability Report Reflects Continued Commitment to Build a More Resilient, Agile, and Sustainable Future
Rockwell Automation 2025 Sustainability Report Reflects Continued Commitment to Build a More Resilient, Agile, and Sustainable Future

"Sebagai pengeluar  dan juga rakan kongsi yang dipercayai oleh syarikat-syarikat perindustrian di serata dunia, Rockwell berada pada kedudukan yang strategik k untuk mendahului transformasi operasi melalui inovasi dan kelestarian," kata Blake Moret, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, Rockwell Automation. "Teknologi kami dapat membantu pelanggan optimumkan  penggunaan tenaga, meminimumkan sisa serta mengurangkan emisi dan dalam masa yang sama meningkatkan produktiviti dan juga kualiti. Bermula dengan "Smart Machine" dan "Digital Twins" hinggalah kawalan gerakan lanjutan dan keselamatan siber, penyelesaian kami membolehkan pengilang mencapai tahap kelestarian mereka tanpa menjejaskan prestasi."

Laporan ini menggambarkan sejauh mana strategi kelestarian Rockwell diterapkan dalam seluruh perniagaan, dari segi cara syarikat mereka bentuk dan berinovasi, hinggalah bagaimana syarikat mendapatkan sumber, menghasilkan dan menyampaikan penyelesaian kepada pelanggan. Ia dibina berdasarkan tiga aspek tumpuan utama: Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus.

  • Alam Sekitar: Memajukan pengurusan tenaga dan emisi, mereka bentuk produk demi kelestarian dan membina rantaian bekalan yang bermanfaat.
  • Sosial: Mewujudkan budaya dan memperkasakan kakitangan kami, mengutamakan aspek keselamatan dan melabur dalam tenaga kerja masa depan.
  • Tadbir Urus: Memperlihatkan integriti dalam segala-gala yang dilakukan oleh Rockwell—bermula dengan keselamatan siber dan keselamatan produk hinggalah risiko perusahaan dan kepimpinan beretika.

Syarikat ini memacu hasil yang merangkum pihak-pihak berkepentingan:

  • Pelanggan Lestari: Membolehkan pelanggan mencapai matlamat kelestarian mereka sendiri melalui penyelesaian pintar dan berskala ubah.
  • Syarikat Lestari: Berusaha tanpa henti untuk menjadikan operasi dan budaya Rockwell lebih selamat, cekap dan bertanggungjawab.
  • Komuniti Lestari: Menambah baik di tempat-tempat pekerja menetap dan bekerja, mewujudkan impak berpanjangan melalui pendidikan, pembangunan tenaga kerja serta pengawasan alam sekitar.

Tindakan kami dilaksanakan berasaskan kemajuan yang boleh diukur:

  • Menetapkan sasaran berasaskan sains untuk membantu mencapai pengurangan emisi.
  • Melabur dalam penyesuaiankan dan ketahanan rantaian bekalan terhadap perubahan iklim.
  • Meningkatkan skala penyelesaian digital dan AI demi  merealisasikan kecekapan dan meningkatkan kebolehlihatan risiko.

"Segala usaha ini bukan sekadar bagi memenuhi keperluan. Ia dilaksanakan bagi membina perniagaan yang lebih pantas  dan mencipta nilai dalam tempoh jangka panjang," kata Emmanuel Guilhamon, Naib Presiden, Kelestarian, Rockwell Automation. "Kelestarian ialah satu strategi pertumbuhan dan laporan ini merupakan cara kami memperlihatkan sejauh mana strategi berkenaan dijayakan."

Baca Laporan Kelestarian 2025 Rockwell

Latar Belakang Rockwell Automation

Rockwell Automation, Inc. (NYSE: ROK) ialah peneraju bertaraf global bagi automasi industri dan transformasi digital. Kami menghubungkan imaginasi insan dengan potensi teknologi bagi memperluas kemungkinan yang boleh dicapai mengikut keupayaan manusia, seterusnya menjadikan dunia ini lebih produktif dan lebih lestari. Berpangkalan pejabat di Milwaukee, Wisconsin, Rockwell Automation mempunyai kira-kira 26,000 penyelesai masalah yang dikhususkan untuk pelanggan kami di lebih 100 negara setakat tahun fiskal akhir 2025. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara kami merealisasikan Connected Enterprise® dalam seluruh perusahaan industri, kunjungi www.rockwellautomation.com.

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4861987_MS61987_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI