Knoll Teroka Reka Bentuk Menyeluruh dengan Komuniti Reka Bentuk Thailand di Bangkok - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

Knoll Teroka Reka Bentuk Menyeluruh dengan Komuniti Reka Bentuk Thailand di Bangkok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK, 30 Januari 2026 /PRNewswire/ — Knoll membawakan falsafah reka bentuk sepanjang zamannya ke Bangkok menerusi malam perbualan dan pertukaran yang mesra dan menghimpunkan para pemimpin daripada komuniti seni bina dan reka bentuk Thailand untuk meneroka kerelevanan konsep Reka Bentuk Menyeluruh (Total Design) Florence Knoll yang berkekalan.


Dianjurkan di Bangkok dan dipersembahkan melalui perkongsian bersama Pergo, sebahagian daripada CHANINTR Group, acara ini meneliti sejauh mana pendekatan berbilang disiplin Florence Knoll yang mengintegrasikan perabot, seni bina, tekstil dan perancangan ruang, terus mempengaruhi amalan kontemporari di tempat kerja, hospitaliti dan persekitaran awam.

Panel pemimpin reka bentuk yang terkemuka berkongsi perspektif mereka mengenai legasi reka bentuk Knoll dan kerelevananya dalam konteks global dan serantau pada hari ini:

– Cik Sarinrath Kamolratanapiboon, Ketua Pegawai Eksekutif, DWP

– Cik Theeranuj Karnasuta Wongwaisayawan, Pengarah Urusan, IA49

– En. Chanintr Sirisant, Ketua Pegawai Eksekutif, CHANINTR

– Alexandra Ramundi, Ahli Strategi Tempat Kerja, MillerKnoll

Dimoderatorkan oleh Jeremy Smart, ketua sidang pengarang Design Anthology dan pengulas reka bentuk yang disegani pada peringkat antarabangsa, perbincangan meneroka sejauh mana falsafah Reka Bentuk Menyeluruh Florence Knoll kekal menjadi kerangka yang hebat dalam mewujudkan persekitaran padu yang berpusatkan manusia. Bermula daripada asas modernis Knoll hinggalah realiti amalan kontemporari di Asia Tenggara, perbualan berkenaan mengetengahkan reka bentuk sebagai kuasa budaya dan juga strategik.

Meneliti tentang perkongsian dan kerelevanan tempatan acara ini, Chanintr Sirisant, Ketua Pegawai Eksekutif, CHANINTR, berkata: "Pendekatan Knoll terhadap reka bentuk sentiasa berpaksikan kejelasan, tujuan dan integriti, iaitu nilai-nilai yang benar-benar dititikberatkan dalam komuniti reka bentuk Thailand. Penganjuran perbualan ini di Bangkok membolehkan kami menghubungkan pemikiran reka bentuk global dengan amalan tempatan dan meneroka sejauh mana Reka Bentuk Menyeluruh terus memaklumkan mengenai persekitaran yang bermakna dan berkekalan pada hari ini."

Panel turut menyatakan pandangan mengenai kelestarian, jangka hayat panjang dan kepentingan menetapkan reka bentuk yang berkekalan, tema yang benar-benar dititikberatkan dalam pasaran Thailand, apabila mutu ketukangan, kematerialan dan penggunaan semula yang difikirkan teliti semakin menjadi tumpuan dalam wacana seni bina.

Praveen Muppidi, Pengarah Kanan Serantau, Asia Selatan & Asia Tenggara, MillerKnoll, menambah: "Asia Tenggara merupakan rantau yang menjadi semakin penting bagi kolektif MillerKnoll dan Thailand pula memainkan peranan penting dalam pertumbuhan berkenaan. Membawakan falsafah Reka Bentuk Menyeluruh Knoll ke dalam perbualan bersama pereka tempatan bukanlah tentang memperkenalkan sesuatu yang baharu, tetapi menghubungkan semula prinsip-prinsip yang terus membentuk reka bentuk yang difikirkan dengan teliti dan berpusatkan manusia dalam pasaran."

Acara ini menghimpunkan para arkitek, pereka dalaman dan pemimpin industri untuk satu malam yang padat dengan pandangan, dialog serta hubungan yang diadakan berlatarbelakangkan pembentangan terkurasi hasil ciptaan modernis dan kontemporari yang ikonik daripada Knoll.

Tatkala Knoll terus memperluas kehadirannya di seluruh Asia Tenggara, acara-acara seperti ini menonjolkan komitmen jenama ini untuk melibatkan komuniti reka bentuk tempatan dan memperkukuh peranannya sebagai peneraju bagi reka bentuk seni bina moden.

Muat Turun Imej DI SINI.

Latar Belakang Knoll

Knoll membawakan keteraturan dan keindahan ke tempat kerja, hospitaliti dan persekitaran kediaman. Ditubuhkan di Bandar Raya New York pada tahun 1938, jenama perabot dan hiasan dalaman ini terkenal dengan kolaborasi reka bentuk bersama arkitek, artis dan pereka yang membentuk pandangan hidup budaya kita. Portfolio Knoll membawakan hasil ciptaan daripada tokoh-tokoh modernis hebat termasuk Eero Saarinen, Marcel Breuer dan Ludwig Mies van der Rohe, di samping perabot baharu yang direka oleh provokator kontemporari seperti Willo Perron, Jonathan Muecke dan firma seni bina Johnston Marklee. Menerusi pendekatan hubungan yang mempertimbangkan warna, bahan, kemasan dan bentuk, Knoll membolehkan arkitek dan pereka memberikan pengalaman ruang yang lengkap. Ketahui lebih lanjut di Knoll.com.

 

 

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4873106_MS73106_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI