SHANGHAI, 31 Januari 2026 /PRNewswire/ — BanmeGo, iaitu jenama penghantaran tanpa pemandu Cina, membuat penampilan sulungnya di Shanghai menerusi pelancaran robot penghantaran pintar pertamanya, BanmeGo T6 yang direka untuk era kecerdasan terkandung. Berpandukan falsafah "ekosistem terbuka, penggunaan cekap, pemanfaatan bersama yang cekap dan kolaboratif," BanmeGo komited untuk menyediakan rakan kongsi global dengan rangkaian komprehensif penyelesaian produk dan teknologi modular ("umpama-LEGO") adaptif-senario, seterusnya saling bekerjasama untuk mengurangkan halangan kepada transformasi pintar merentas industri-industri.
Direkayasa untuk senario penghantaran bandar yang kompleks, T6 mempunyai ruang kargo berkeluasan 6m³ dengan reka letak teroptimum yang dapat meningkatkan kecekapan beban satu perjalanan dengan ketara. Casisnya dapat memenuhi standard gred automotif bagi memastikan operasi yang selamat dan andal merentas pelbagai keadaan jalan raya. Dengan menggunakan protokol antara muka terpiawai, T6 boleh mencapai penyesuaian secara fleksibel dengan pelbagai persekitaran operasi seperti taman logistik, jalan awam dan lantai kilang. Dari segi kecerdasan, robot ini dilengkapi dengan perisian perantara "Smartware 2.0" yang dibangunkan sendiri dan platform pengkomputeran 550 TOPS. Sistem ini turut dilengkapi dengan penderia lewah untuk memastikan ketepatan data dan persepsi yang andal, sekali gus menyokong kemas kini OTA untuk evolusi keupayaan.
Berpandukan pendekatan reka bentuk yang pragmatik dan terbuka, pasukan BanmeGo memfokuskan untuk mencipta robot penghantaran dengan tahap kebolehsesuaian yang tinggi. Ini bererti memastikan kebolehgunaan serta-merta dan standard terbuka, digandingkan dengan algoritma kecerdasan terkandung canggih yang menyokong evolusi keupayaan lelaran melalui kemas kini perisian.
Di samping pelancaran produk, syarikat ini turut memperkenalkan hala tuju ekosistem teknologi yang strategik. Rancangan secara berperingkat ini bermula dengan membina asas kejuruteraan teras bagi robot dan infrastruktur awan. Ia kemudiannya mempercepat kecerdasan algoritma melalui kerangka "model besar hujung-ke-hujung berasaskan kenderaan + ejen berasaskan awan" bersepadu yang mengupayakan operasi yang sofistikated dalam senario yang kompleks. Fasa terakhir memfokuskan pada pengembangan berbilang dimensi—merentas bentuk fizikal kecerdasan terkandung, senario dan pasaran—bagi memangkinkan penciptaan nilai industri eksponen.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4875064_MS75064_6











