SHENZHEN, China, 30 Januari 2026 /PRNewswire/ — ISLE 2026—pameran yang terbesar di Asia untuk paparan pintar dan sistem bersepadu akan menjadi tumpuan utama di Shenzhen World Exhibition & Convention Centre (Shenzhen World) mulai 5-7 Mac. Acara berteknologi tinggi ini menjanjikan edisi yang paling dinamik dan menarik setakat ini dengan memperkenalkan beribu-ribu produk dan penyelesaian baharu untuk beraneka jenis senario aplikasi paparan dan integrasi AV.
Sebagai sebuah acara yang padat selama tiga hari, ISLE 2026 menghimpunkan lebih 1,000 peserta pameran dalam talian dan di lapangan, termasuk syarikat-syarikat gergasi industri seperti Leyard, Absen, Unilumin, LEDMAN, AOTO, LianTronics, BOE, Skyworth, Novastar, Hikvision, DaHua dan Uniview, dengan anggaran kawasan pameran seluas 90,000 meter persegi dan pelawat profesional pula dari lebih 100 negara.
Hab Penyumberan Sehenti untuk Sistem Paparan & Bersepadu
Teknologi teras yang dipamerkan akan merangkumkan mikro-LED dan mini-LED termaju, penyelesaian mesra alam, sistem interaktif berteraskan AI, di samping peralatan pentas profesional, paparan komersial, 3D mata kasar, VR/AR/MR, papan tanda digital, teknologi persidangan dan penstriman, integrasi dan aplikasi audiovisual.
Terletak bersebelahan dengan Lapangan Terbang Shenzhen dan dalam jarak 30 minit pemanduan ke kebanyakan syarikat pembuatan LED yang terkemuka di China, ISLE 2026 akan membawakan pembeli global dengan produk yang tidak terkira banyaknya dan juga penyelidikan kilang yang mudah pada platform sehenti ini.
Mengubah Masa Depan dengan Teknologi
Produk-produk cekap tenaga seperti skrin besar rendah karbon dan sistem AV storan fotovolta akan ditonjolkan oleh pihak penganjur.
Teknologi canggih pula akan dipamerkan dari segi aplikasi untuk bandar pintar, hiburan imersif, perdagangan digital, penyiaran, pelancongan, pendidikan, keselamatan dan banyak lagi.
Pertunjukan secara langsung "ISLE Gloshine" oleh syarikat sewaan gergasi Gloshine akan menjangkau kawasan seluas 2500 meter persegi di ISLE 2026. Produksi hebat ini yang mengintegrasikan skrin LED, pencahayaan pentas dan bunyi keliling akan mempersembahkan lakuran antara cahaya, seni dan teknologi yang imersif serta dinamik.
Bersatu dengan Penginovasi Global
Sekitar 20 forum peringkat tinggi akan dianjurkan secara bersama dengan persatuan-persatuan industri yang utama bagi memberi peluang untuk berhubung dengan rakan-rakan setara global. Perbincangan akan mencakupi topik-topik sohor kini seperti kemajuan teknologi Mini/Mikro LED, kecerdasan digital yang ditingkatkan oleh AI, bandar pintar, pejabat pintar serta aplikasi paparan dalam kenderaan pintar.
Kekal Terhubung untuk Perkembangan Terkini
- Facebook: https://www.facebook.com/isleshenzhen
- YouTube: https://www.youtube.com/@ISLEOfficialAcc
Jangan Lepaskan Peluang Anda untuk Melihat Apa Yang Seterusnya
ISLE membawakan industri AV dan integrasi sistem global di bawah satu bumbung. Sama ada anda merupakan penyedia teknologi, pengintegrasi sistem atau pengguna akhir daripada pelbagai sektor, ISLE 2026 akan menawarkan peluang yang tiada tandingan bagi menemui inovasi yang membentuk masa depan teknologi audio-visual.
Untuk pendaftaran ISLE 2026, sila klik https://www.isle.org.cn/audience/register?lang=en
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4874086_MS74086_6











