Huawei Cloud Perkenal Dasar Rakan Kongsi Jualan Global bagi 2026 Sasar Kejayaan Bersama dalam Era AI - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

Huawei Cloud Perkenal Dasar Rakan Kongsi Jualan Global bagi 2026 Sasar Kejayaan Bersama dalam Era AI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA, 24 Januari 2026 /PRNewswire/ — Acara Pelancaran Dasar Rakan Kongsi Jualan Global Huawei Cloud telahpun berlangsung pada 22 Januari di Singapura menerusi tema "Kecerdasan Bersama, Kejayaan Bersama." Charles Yang, Naib Presiden Kanan Huawei dan Presiden Pemasaran dan Perkhidmatan Jualan Global Huawei Cloud memperkenalkan dasar rakan kongsi jualan global Huawei Cloud bagi tahun 2026. Dasar ini menekankan pemupukan kepercayaan yang lebih tinggi, meningkatkan keberuntungan, mempermudah kerjasama dan menggalakkan pertumbuhan untuk rakan kongsi. Matlamatnya adalah untuk memupuk ekosistem rakan kongsi yang sihat, berkembang maju dan mampu diri.

Charles Yang, Senior Vice President of Huawei and President of Huawei Cloud Global Marketing and Sales Service
Charles Yang, Senior Vice President of Huawei and President of Huawei Cloud Global Marketing and Sales Service

Dasar Rakan Kongsi: Lebih Banyak Kepercayaan, Lebih Banyak Keberuntungan, Lebih Banyak Kesederhanaan, Lebih Banyak Pertumbuhan

Charles Yang menekankan bahawa era pintar membawakan peluang dan cabaran yang sangat besar untuk Huawei Cloud serta rakan kongsinya. Huawei Cloud mengkhusus terhadap inovasi sistemik, memberikan pengkomputeran AI yang tiada tandingan melalui supernod CloudMatrix yang paling berkuasa dalam industri ini. Selain mempelopori model-model Pangu untuk senario industri yang utama, platform MaaS Huawei Cloud menyokong beraneka jenis model dan aplikasi. Digabungkan dengan tadbir urus data yang komprehensif dan keselamatan yang menyeluruh, inisiatif ini memupuk ekosistem yang berkembang maju, seterusnya memacu pertumbuhan rakan kongsi yang pesat. Beliau menghuraikan selanjutnya mengenai dasar rakan kongsi Huawei Cloud bagi tahun 2026.

Huawei Cloud memperteguh kepercayaan rakan kongsi dengan mentakrifkan sempadan perniagaan dan strategi pasaran dengan jelas bagi memastikan tiada persaingan demi meraih keuntungan. Dasar ini akan kekal tidak berubah sepanjang tiga tahun akan datang.

Bagi meningkatkan keberuntungan rakan kongsi, Huawei Cloud memperkenalkan lima penambahbaikan dasar, menawarkan diskaun dan insentif yang kompetitif, memperkukuh kolaborasi projek bagi memenangi lebih banyak projek dan memanfaatkan jenamanya untuk menarik pelanggan baharu selain memperluas kehadiran pasaran untuk rakan kongsi.

Bagi memperkemas perkongsian, Huawei Cloud mematuhi garis panduan kolaborasi khusus dan memerangi rasuah. Pusat Rakan Kongsi akan dinaik taraf kepada meja kerja sehenti yang lancar, seterusnya meningkatkan kecekapan serta kemudahan kerjasama.

Bagi pertumbuhan rakan kongsi pula, Huawei Cloud memberikan sokongan yang komprehensif, termasuk pengupayaan berperingkat serta insentif praktikal.

"Awan dan AI merupakan maraton selama 30 tahun yang baru sahaja bermula," kata Yang. Beliau menambah: "Rakan kongsi yang anda pilih sama pentingnya dengan destinasi anda. Perkongsian sejati bukanlah mengenai faedah jangka pendek, sebaliknya merupakan pendamping untuk tempoh jangka panjang. Huawei Cloud komited untuk berdiri teguh di samping rakan kongsi demi masa depan yang saling mampan dan bermanfaat."

Memupuk Ekosistem Rakan Kongsi yang Sihat, Berkembang Maju dan Mampu Diri

Li Shi, President of Huawei Cloud Computing Global Sales
Li Shi, President of Huawei Cloud Computing Global Sales

Li Shi, Presiden Jualan Global Huawei Cloud Computing, mengimbau kembali sepanjang tahun yang lalu, menunjukkan sejauh mana Huawei Cloud dan rakan kongsi berkembang maju bersama-sama. Pada tahun 2025, perniagaan rakan kongsi Huawei Cloud berkembang sebanyak lebih daripada 50%. Bilangan rakan kongsi terus bertambah dan kolaborasi rakan kongsi pula terus diperdalam. Setakat ini, Huawei Cloud sudahpun mempunyai lebih daripada 40 pengedar global dan 50 penyedia penyelesaian awan teras/utama sebagai rakan kongsi di luar China. Ekosistem ini memiliki lebih 4,000 rakan kongsi global serta beratus-ratus ribu pelanggan yang membayar.

Sebagai ekosistem rakan kongsi yang komited untuk terus-menerus meningkatkan kepercayaan, keberuntungan, kesederhanaan dan pertumbuhan, Huawei Cloud mentakrifkan semula pengelasan akaun pelanggannya dan menjelaskan tanggungjawab Huawei serta rakan kongsinya. Huawei Cloud mengekalkan kestabilan ekosistem ini dan sokongan untuk kejayaan rakan kongsi melalui pendekatan tiga serampang iaitu insentif, faedah dan peraturan. Huawei Cloud memperlihatkan sokongan ini untuk memberi ganjaran kepada rakan kongsi dengan menaik taraf sepenuhnya kerangka insentif rakan kongsinya pada tahun ini.

Penaiktarafan ini terdiri daripada empat tonggak sokongan yang akan disediakan oleh Huawei Cloud kepada rakan kongsi bagi memupuk pertumbuhan holistik mereka. Empat tonggak ini ialah: melantangkan suara rakan kongsi dalam matriks media global Huawei Cloud, membantu rakan kongsi menambah baik imej jenama mereka menggunakan lebih 50 penanda aras global untuk komunikasi yang utama, menaik taraf faedah rakan kongsi seperti Dana Pembangunan Pasaran yang lebih besar dan sokongan penuh terhadap promosi mereka dan akhirnya mengundang rakan kongsi untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pemasaran global Huawei Cloud sendiri.

Huawei Cloud akan memperkukuh pengupayaan rakan kongsi dengan sistem tersuai, bermula daripada pandangan strategik hinggalah amalan jualan yang dirangka untuk pelbagai peranan. Bagi pemimpin peringkat ketua pegawai pengalaman (CXO), Huawei Cloud akan mempermudah pertukaran eksekutif berhubung arah aliran industri, transformasi digital dan strategi AI untuk menjajarkan visi. Pasukan teras akan mendapat manfaat daripada kursus-kursus mengenai operasi perniagaan, pandangan industri serta strategi pertumbuhan. BD, SA dan CSM akan menerima latihan amali, termasuk latihan jualan dan bengkel teknikal bagi meningkatkan kepakaran mereka.

Dale Chen, Director of Huawei Cloud Asia Pacific Sales Partner Development
Dale Chen, Director of Huawei Cloud Asia Pacific Sales Partner Development

Dale Chen, Pengarah Pembangunan Rakan Kongsi Jualan Huawei Cloud Asia Pasifik, menjelaskan bagaimana Huawei Cloud menjadi penyedia awan awam arus perdana yang berkembang paling pesat di rantau ini dan rakan kongsi pilihan untuk transformasi digital perusahaan. Sepanjang lima tahun yang lalu, kadar pertumbuhan tahunan kompaun Huawei Cloud di rantau Asia Pasifik telahpun melebihi 40%, dengan lebih separuh daripada hasil ini diperoleh daripada rakan kongsi. Di APAC, Huawei Cloud mempunyai lebih 50 pelanggan kewangan, 200 pelanggan kerajaan dan perusahaan, serta 500 pelanggan Internet dan natif awan. Pasukan tempatan menawarkan perkhidmatan kepada lebih 10 negara. Di APAC, fokus untuk Huawei Cloud dan rakan kongsi adalah untuk memindahkan sistem kewangan teras ke awan bagi membantu pembawa mencapai transformasi AI dan transformasi XtoB, serta memanfaatkan kecekapan operasi berkuasa AI dan perkhidmatan awam untuk pelanggan kerajaan dan juga Internet. AI Token Service kini aktif di Hong Kong, dengan pelbagai model sumber terbuka yang sedia digunakan serta-merta. Sejajar dengan strategi Platform + Ekosistemnya, Huawei bekerjasama dengan rakan kongsi di Asia Pasifik bagi mencipta nilai baharu untuk industri-industri.

Bertempat di persidangan ini, rakan kongsi dari Thailand (Vonosis), Singapura (Wormwood), Argentina (Movistar) dan Türkiye (Logosoft) berkongsi testimoni dalam hal meninjau pasaran global dan berkembang bersama-sama.

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4869710_MS69710_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI