MELAKA, Malaysia, 30 Januari 2026 /PRNewswire/ — Birkin International Hotel, Melaka telah melantik Kevin Lee Kuan Hsien sebagai Pengurus Besar berkuat kuasa Januari 2026, menandakan fasa pertumbuhan baharu bagi hartanah mewah ini ketika memasuki tahun operasi penuh pertamanya serta menyasarkan penembusan pasaran yang lebih mendalam di seluruh Malaysia dan rantau ASEAN.
Dengan lebih 20 tahun pengalaman kepimpinan merentasi jenama hotel antarabangsa, Kevin Lee membawa visi yang kukuh berteraskan kecemerlangan operasi, pembangunan bakat, serta penambahbaikan kepada pengalaman tetamu Birkin International Hotel.
Kevin membawa lebih 20 tahun pengalaman kepimpinan dalam industri hospitaliti, merangkumi jenama antarabangsa termasuk IHG serta hartanah mewah bebas di Wilayah Taiwan dan Malaysia. Rekod pencapaiannya merangkumi pengurusan pra-pembukaan, operasi, pemulihan kewangan dan penyelarasan pelbagai hartanah, dengan penekanan terhadap kecemerlangan operasi dan pembangunan pasukan. Dikenali dengan gaya kepimpinan berteraskan penglibatan langsung serta keupayaan perniagaan yang kukuh, Kevin pakar dalam integrasi sistem dan pengoptimuman kewangan.
Birkin International Hotel merupakan hotel mewah pertama di Malaysia yang dibangunkan oleh syarikat berpangkalan di Wilayah Taiwan, YeaShin International Development Co Ltd, sebuah projek mercu tanda 526 bilik bernilai RM500 juta. Reka bentuk hotel dan pengalaman tetamu berakar umbi dalam warisan Melaka, menampilkan seni bina berinspirasikan Peranakan, elemen budaya tempatan dalam bilik tetamu, serta cita rasa serantau autentik di kesemua restoran di dalam hotel ini.
Sejak pembukaan rasminya pada Julai 2025, Birkin International Hotel telah menerima pengiktirafan industri yang signifikan. Hartanah ini dianugerahkan Best Luxury New Hotel in Melaka, Malaysia oleh Luxury Lifestyle Awards pada 2025 dan menerima Pensijilan Penarafan 5 Bintang daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia pada November 2025.
Pelantikan Kevin mencerminkan komitmen hotel terhadap penciptaan nilai jangka panjang, pengurusan profesional, integrasi sistem dan pembangunan pasukan. "Visi saya adalah untuk menjadikan Birkin International Hotel sebagai hotel mewah terunggul di Melaka, disokong oleh pasukan yang seiring, berdaya saing dan berorientasikan prestasi," kata Kevin.
Dalam memposisikan Birkin International Hotel dalam landskap hotel mewah Melaka yang kompetitif, Kevin menekankan kejelasan, konsistensi dan kredibiliti. "Matlamat kami adalah untuk meletakkan Birkin sebagai jenama hotel terbaik di Melaka yang dibina atas konsistensi operasi dan pelaksanaan asas yang mantap setiap hari," tambahnya.
Kevin turut menegaskan komitmennya untuk menghormati identiti pelbagai budaya Melaka, yang disifatkannya sebagai aset terbesar bandar ini. Beliau menekankan reka bentuk berinspirasikan Peranakan dan masakan serantau berasaskan bahan tempatan, sambil menegaskan bahawa penghormatan budaya bermakna mencipta pengalaman autentik untuk tetamu tempatan dan antarabangsa.
Profil tetamu Birkin International Hotel mencerminkan tarikan domestik dan serantau yang kukuh, dengan pelancong Malaysia sebagai majoriti, diikuti pengunjung dari Singapura, Tanah Besar China dan Wilayah Taiwan. Hotel ini turut menarik tetamu dari Indonesia, India dan pasaran Barat, mengukuhkan reputasinya sebagai destinasi pelancongan santai dan perniagaan di rantau ini.
Kelestarian kekal sebagai teras utama hala tuju operasi Birkin International Hotel. "Kelestarian mesti bersifat praktikal dan boleh diukur. Kami memberi tumpuan kepada operasi harian yang menekankan rasa tanggungjawab kepada kecekapan tenaga hingga pengurangan sisa, sambil mengekalkan kualiti perkhidmatan yang terbaik," kata Kevin.
Memandang ke hadapan, Kevin menyatakan keyakinannya terhadap momentum pelancongan Melaka, dengan merujuk kepada status Tapak Warisan Dunia UNESCO, inisiatif Tahun Melawat Melaka 2.0 dan pelaburan berterusan kerajaan. Beliau menyatakan komitmen Birkin International Hotel untuk terus menyokong acara utama, menjadi tuan rumah kepada delegasi MICE, serta menyampaikan hospitaliti bertaraf dunia yang meraikan identiti pelbagai budaya Melaka, termasuk identiti Peranakan.
Apabila ditanya mengenai masa depan hotel, Kevin menjelaskan, "Dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang, Birkin International Hotel akan dikenali kerana prestasi yang konsisten, kestabilan jenama dan pembangunan bakat. Kejayaan kami akan diukur melalui kedatangan tetamu yang datang semula menginap Bersama kami, pasukan yang kukuh dan pertumbuhan mampan jenama ke seluruh Malaysia," katanya.
Dengan Kevin Lee menerajui kepimpinan, Birkin International Hotel bersedia untuk meningkatkan piawaian hospitaliti Melaka sambil menyumbang kepada visi bandar ini sebagai destinasi pelancongan utama.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4874090_MS74090_6










