Hasil HCLTech Q3 TK26 meningkat 4.2% suku tahun ke suku tahun (QoQ) mengikut kadar pertukaran mata wang tetap (CC) apabila hasil tahunan melepasi $15B; tempahan luar biasa tinggi sebanyak $3B - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

Hasil HCLTech Q3 TK26 meningkat 4.2% suku tahun ke suku tahun (QoQ) mengikut kadar pertukaran mata wang tetap (CC) apabila hasil tahunan melepasi $15B; tempahan luar biasa tinggi sebanyak $3B

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Panduan hasil meningkat kepada 4.0% – 4.5% YoY CC, panduan hasil perkhidmatan kepada 4.75%-5.25% YoY CC

NEW YORK dan NOIDA, India, 13 Januari 2026 /PRNewswire/ — HCLTech (NSE: HCLTECH.NS) (BSE: HCLTECH.BO), syarikat teknologi global terkemuka, menyampaikan prestasi yang kukuh bagi suku tahun yang berakhir pada 31 Disember 2025, dengan hasil dalam USD sebanyak $3.8 bilion. Hasil mengikut kadar pertukaran mata wang tetap (CC) meningkat 4.2% suku tahun ke suku tahun (QoQ) dan 4.8% tahun ke tahun (YoY).

"(Kami telah merasai) satu lagi pengalaman suku tahun yang cemerlang dalam semua aspek… dengan pemulihan margin operasi yang kukuh kepada 18.6%. Momentum hasil yang kukuh pada suku tahun ini telah membolehkan kami melepasi hasil tahunan sebanyak $15 bilion. Tempahan baharu kami luar biasa tinggi iaitu sebanyak $3 bilion. Kami berada pada kedudukan yang baik untuk menangani permintaan AI yang semakin berkembang daripada pelanggan kami merentasi industri dan barisan perkhidmatan," kata C Vijayakumar, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Urusan, HCLTech.

Hasil perkhidmatan (CC) meningkat 1.8% QoQ dan 5% YoY. Hasil HCL Software (CC) meningkat dengan mendadak sebanyak 28.1% QoQ dan 3.1% YoY, dipacu oleh kemusiman dan portfolio Risikan data. Hasil berulang tahunan (ARR) HCL Software berjumlah $1.07 bilion. Hasil AI termaju untuk suku tahun ini, yang mula dilaporkan oleh syarikat pada suku tahun yang lepas, meningkat 19.9% peratus kepada $146 juta.

Hasil Perkhidmatan Kejuruteraan dan R&D (CC) meningkat 3.1% QoQ dan 5% YoY. Hasil Perkhidmatan IT dan Perniagaan (CC), yang menyumbang 72.3% daripada jumlah hasil, berkembang 1.5% QoQ dan 3.8% YoY.

HCLTech menaikkan panduan pertumbuhan hasil (CC) kepada 4.0%-4.5% YoY dan panduan pertumbuhan hasil perkhidmatan (CC) kepada 4.75% -5.25% YoY. Panduan margin EBIT kekal tidak berubah pada 17%-18%, tidak termasuk impak sekali sebanyak ₹956 crore ($109 juta) daripada Kod Buruh Baharu India terhadap EBIT.

Pertumbuhan menegak industri (CC) diterajui oleh Teknologi dan Perkhidmatan pada pertumbuhan 14.4% tahun ke tahun, diikuti oleh Perkhidmatan Kewangan pada 8.1% YoY. Perkhidmatan Awam (yang merangkumi Tenaga & Utiliti, Perjalanan, Pengangkutan, Logistik dan Kerajaan) berkembang 8% YoY. Dari segi geografi, India mencatatkan pertumbuhan yang kukuh sebanyak 15.8% YoY (CC), Eropah berkembang sebanyak 4.6% YoY (CC) dan Amerika Syarikat berkembang sebanyak 1.5% YoY (CC). Seluruh Dunia berkembang paling pesat pada 22.1% YoY (CC).

"Margin EBIT Q3, tidak termasuk impak sekali Kod Buruh Baharu, mencecah 18.6% (meningkat 111 mata asas QoQ). Usaha khusus kami untuk menambah baik penukaran tunai telah membuahkan hasil dalam FCF/NI (asas LTM) kekal sihat pada 120% dan kami mengakhiri suku tahun ini dengan baki tunai tertinggi kami sebanyak ₹34,306 crore," tambah Shiv Walia, Ketua Pegawai Kewangan, HCLTech.

Syarikat itu mengumumkan dividen sebanyak ₹12 sesaham bagi suku tahun tersebut, menandakan pembayaran dividen suku tahun ke-92 berturut-turut.

HCLTech menambah 2,852 mahasiswa sepanjang suku tahun tersebut, menjadikan bilangan mahasiswa dalam tempoh sembilan bulan yang lalu kepada 10,032. Pengurangan tenaga kerja LTM agak sederhana kepada 12.4%, satu daripada kadar terendah dalam industri.

Kemenangan urus niaga utama:

  • HCLTech memenangi keterlibatan strategik mega selama lima tahun dengan peruncit pakaian global terkemuka (TCV: $473 juta) untuk memberikan perkhidmatan sebagai rakan kongsi teknologi yang diterajui AI jangka panjang. HCLTech akan memodenkan aplikasi dan landskap data pelanggan, memanfaatkan platform Agentic AI Force 2.0.
  • Syarikat insurans terkemuka yang berpangkalan di Amerika Syarikat memilih HCLTech sebagai rakan kongsi teknologi strategik. Dikuasakan oleh platform GenAI HCLTech, AI Force, kerjasama ini akan membantu mengubah penyampaian perkhidmatan IT, meningkatkan hasil kejuruteraan, mempercepat masa ke pasaran dan memacu kecekapan operasi melalui automasi merentasi pembangunan aplikasi, sokongan, pengujian dan infrastruktur.
  • Syarikat makanan global utama yang berpangkalan di Eropah telah memilih HCLTech untuk mereka bentuk dan melaksanakan persediaan IT greenfield (membina infrastruktur teknologi baharu atau perisian dari awal) sebagai sebahagian daripada pengasingan rekod pelanggan, iaitu membina tempat utama digital dikuasakan AI.
  • Syarikat teknologi global utama telah memilih HCLTech untuk menguruskan pusat data AI generasi akan datang yang menampilkan tindanan GPU canggih dioptimumkan untuk beban kerja AI.

Kemenangan urus niaga utama AI eksklusif:

  • Syarikat perlombongan global utama yang berpangkalan di UK memilih HCLTech untuk menempatkan penyelesaian AI Fizikal (VisionX) di platform pemeriksaan perindustrian.
  • Syarikat perkhidmatan kewangan global yang berpangkalan di Asia akan menempatkan AI Force.Software HCLTech untuk kitaran hayat pembangunan kejuruteraan perisian dan AI Force.Ops untuk mengubah operasi IT syarikat berkenaan yang berpecah-pecah kepada aliran kerja yang proaktif dan dipacu oleh keandalan.
  • Syarikat media dan hiburan global yang berpangkalan di Amerika Syarikat memilih HCLTech untuk menyampaikan transformasi audit dan pematuhan dikuasakan GenAI untuk perniagaan pelesenan IP yang bernilai berbilion dolar. Penyelesaian ini memanfaatkan Faundri AI HCLTech untuk mengautomasikan audit pemegang lesen dan aliran kerja kelulusan produk secara menyeluruh.
  • Syarikat teknologi global utama memilih penyelesaian AI Fizikal (AI Kinetik) HCLTech untuk mengembangkan operasi makmal syarikat itu dan mempercepat eksperimen AI.

Sepanjang suku tahun tersebut, HCLTech menerima Sijil Emas daripada EcoVadis dan diletakkan antara 4% syarikat IT terbaik yang dinilai. HCLTech dinobatkan sebagai jenama perkhidmatan teknologi paling pesat berkembang dalam kalangan 10 jenama paling bernilai di India oleh Kantar BrandZ 2025. HCLTech juga dipaparkan dalam senarai Forbes World’s Best Employers (Majikan Terbaik Forbes World) untuk tahun keenam berturut-turut.

Maklumat Tentang HCLTech

HCLTech ialah syarikat teknologi global dengan lebih daripada 226,300 tenaga kerja merentasi 60 negara, menyediakan keupayaan terkemuka industri yang tertumpu kepada AI, digital, kejuruteraan, awan dan perisian, dikuasakan oleh portfolio perkhidmatan dan produk teknologi yang luas. Kami bekerjasama dengan pelanggan merentasi semua industri utama, menyediakan penyelesaian industri untuk Perkhidmatan Kewangan, Pembuatan, Sains Hayat dan Penjagaan Kesihatan, Teknologi Tinggi, Semikonduktor, Telekomunikasi dan Media, Peruncitan dan CPG, Mobiliti dan Perkhidmatan Awam. Jumlah hasil terkumpul bagi tempoh 12 bulan yang berakhir pada Disember 2025 ialah sebanyak $14.5 bilion. Untuk mengetahui cara kami boleh mempercepat kemajuan anda, sila kunjungi hcltech.com.

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/2648325/HCLTech_Logo.jpg

Untuk butiran lanjut, sila hubungi:

Meredith Bucaro, Amerika
[email protected]

Elka Ghudial, EMEA
[email protected]

James Galvin, APAC
[email protected]

Nitin Shukla, India
[email protected]

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4861322_MS61322_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI