BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam, 30 Januari 2026 /PRNewswire/ — Envision Energy, peneraju bertaraf global bagi teknologi hijau telahpun menandatangani kontrak bekalan turbin bersama REE Group Vietnam untuk seluruh projek angin dekat pesisir 128MW di Wilayah Vinh Long yang melibatkan V1-3 Fasa II 48 MW dan V1-5&6 Fasa II 80MW. Kedua-dua projek ini akan memasang atur enam belas (16) unit turbin angin luar pesisir EN-226/8.XMW dan akan menjadi projek angin dekat pesisir dengan kapasiti turbin tunggal terbesar di Vietnam serta Asia Tenggara yang seterusnya menyokong cita-cita sifar bersih negara ini.
Kedua-dua projek ini akan memulakan kerja-kerja pembinaan secara serentak, dengan purata kelajuan angin melebihi 7 meter sesaat. Ia merupakan antara projek kumpulan pertama yang diluluskan di bawah Pelan Pembangunan Kuasa VIII (PDP VIII) Vietnam dan melakar pencapaian penting sebagai yang pertama menerima pakai turbin luar pesisir berkapasiti tinggi dengan rotor besar di negara ini. Sambungan grid penuh dijangkakan menjelang Oktober 2026.
Envision Energy mengaplikasikan standard angin luar pesisir sebenar bagi memenuhi keadaan kelembapan tinggi dan semburan garam tinggi Vietnam, selain memastikan prestasi turbin, keandalan, pematuhan EHS dan keperluan penyetempatan, sekali gus melindungi kualiti projek dan nilai operasi REE sebagai pelabur selama lebih 20 tahun. Envision turut berkolaborasi dengan pembekal menara tempatan dan pemilik projek bagi tujuan mengatasi cabaran dalam pembuatan menara turbin luar pesisir yang besar dan kapasiti pengeluaran tempatan. Sejak pelancarannya pada tahun 2022, turbin EN-226/8.XMW memperoleh lebih 2.5GW pesanan, lalu menjadi model yang paling berjaya dalam tender awam untuk kawasan luar pesisir berkelajuan angin rendah. Ia dipasang atur secara meluas dan dikendalikan dengan mantap selama lebih tiga tahun dalam projek-projek luar pesisir Cina.
Edward Hou, Naib Presiden Kanan & Presiden Asia-Pasifik di Envision Energy berkata: "Kolaborasi ini merupakan kluster projek angin dekat pesisir luar pesisir pertama yang dilaksanakan di bawah Pelan Pembangunan Kuasa VIII Vietnam dan membuka babak baharu untuk pembangunan projek angin luar pesisir di Asia Tenggara. Envision komited untuk melaksanakan projek ini sebagai penanda aras serantau, memberikan sokongan strategik untuk peralihan tenaga REE Group dan dalam masa yang sama menawarkan rujukan teknikal dan pembinaan yang boleh direplikasi untuk projek-projek angin dekat pesisir dan jauh dari luar pesisir di seluruh rantau ini, seterusnya memacu sistem tenaga menuju masa depan sifar bersih."
"Kami memilih Envision Energy sebagai pembekal turbin kami berdasarkan kepimpinan teknologi mereka dalam tenaga boleh baharu, kematangan dan keandalan platform EN-226/8.XMW dan pengalaman yang luas dalam operasi disambungkan ke grid berskala gigawatt. Kami yakin projek ini akan menetapkan penanda aras untuk tenaga angin luar pesisir di Vietnam dan menyediakan rujukan teknikal dan pembinaan yang boleh direplikasi untuk pembangunan projek angin dekat pesisir dan luar pesisir di seluruh Asia Tenggara," tambah En. Ashok, Pengurus Besar Tenaga Boleh Baharu REE.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4874962_MS74962_6











