ABU DHABI, UAE, 21 Januari 2026 /PRNewswire/ — Envision Energy, peneraju bertaraf global bagi teknologi hijau, mengumumkan Perjanjian Pembangunan Bersama dengan Samruk-Kazyna Invest (SKI), iaitu cabang pelaburan dana kekayaan negara Kazakhstan, bagi pengeluaran setempat BESS pada Hari Teknologi Global Envision 2026 semasa berlangsungnya Minggu Kelestarian Abu Dhabi (ADSW). Majlis penandatanganan perjanjian disaksikan oleh Edward Hou, Naib Presiden Kanan dan Presiden Rantau Asia-Pasifik di Envision Energy dan Saken Muratuly, Wakil Pengerusi Samruk-Kazyna JSC yang bermatlamat untuk memajukan penyetempatan storan tenaga, pemindahan teknologi, pelaksanaan projek dan pengembangan pasaran serantau di Kazakhstan.
Kazakhstan, penggiat tenaga yang terkemuka di Asia Tengah, berada pada peringkat yang kritikal dalam proses peralihan tenaganya. Projek-projek angin dan solar yang kian berkembang pesat memacu tuntutan yang semakin meningkat terhadap fleksibiliti grid dan juga storan tenaga. Envision dan SKI akan berkolaborasi untuk mewujudkan keupayaan pemasangan dan pembuatan BESS tempatan, menyokong rantaian bekalan yang stabil, mengurangkan pergantungan pada peralatan import dan meningkatkan kecekapan penghantaran serta daya saing kos.
"Kazakhstan muncul sebagai sebuah hab tenaga hijau di Asia Tengah yang mendahului rantau ini dari segi kapasiti terpasang dan skala projek tenaga boleh baharu. Projek-projek angin dan solarnya berulang kali mencipta rekod serantau yang baharu, lantas memberi kedudukan kepada negara ini sebagai penanda aras untuk peralihan tenaga di seluruh Asia Tengah," kata Saken Muratuly. "Storan tenaga merupakan infrastruktur yang kritikal untuk integrasi tenaga boleh baharu berskala besar. Penyetempatan BESS akan dapat meningkatkan integrasi tenaga boleh baharu Kazakhstan, kebingkasan grid, selain memastikan kestabilan grid dan keselamatan tenaga. Perkongsian ini menyaksikan titik permulaan yang penting untuk kolaborasi yang lebih mendalam antara SKI dan Envision, merangsang industri-industri tempatan, mencipta peluang pekerjaan yang berkualiti tinggi serta mempercepat penaiktarafan industri. Kami berharap dapat memajukan projek-projek merentas pelbagai senario tenaga dan mewujudkan inisiatif demonstrasi yang diiktiraf pada peringkat kebangsaan."
"Perkongsian ini menjadi pencapaian institusi dan perindustrian yang penting dalam kolaborasi tenaga bersih yang memperkukuh kepercayaan dan sinergi jangka panjang merentas rantaian nilai tenaga hijau," tambah Edward Hou, "Envision akan memperdalam lagi kepercayaan dan koordinasi bersama dalam rantaian nilai tenaga hijau, selain memanfaatkan kekuatan kami dalam penyerahan projek BESS berskala besar, pengurusan tenaga digital dan juga keselamatan sistem demi mempercepat peralihan tenaga dan matlamat kemampanan negara ini. Berdasarkan asas ini, kami akan menyokong transformasi struktur tenaga Kazakhstan dan pencapaian sasaran pengurangan emisi dalam tempoh jangka sederhana hingga panjangnya, seterusnya menyokong peralihan tenaga hijau dan pembangunan lestari di seluruh Asia Tengah."
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4866679_MS66679_6










