LAS VEGAS, 7 Januari 2026 /PRNewswire/ — ECOVACS ROBOTICS, peneraju bertaraf global bagi robotik perkhidmatan rumah, mempamerkan penyelesaian robotik berbilang senario generasi akan datang yang terkini di CES 2026, Las Vegas, termasuk DEEBOT T90 PRO OMNI serba baharu, DEEBOT X12 Family, berserta pembersih tingkap robotik baharu WINBOT, mesin rumput robotik GOAT dan banyak lagi. ECOVACS ROBOTICS turut memperkenalkan pembersih kolam robotik pertamanya, ULTRAMARINE, di samping inovasi kecerdasan terkandungnya yang terkini.

David Cheng Qian, Vice Chairman of ECOVACS Group and CEO of ECOVACS ROBOTICS, Delivering Speech at CES 2026
Pameran yang komprehensif ini menonjolkan peranan ECOVACS dalam memajukan kategori pembersih vakum robotik daripada pertumbuhan yang pesat menuju ke arah peringkat yang lebih matang, berpaksikan kepakaran teknologinya dalam tempoh jangka panjang serta pemahaman yang mendalam tentang keperluan pengguna global. Lebih penting lagi, ia memperlihatkan kejayaan syarikat dalam mempercepat aplikasi teknologi teras bagi memacu kemunculan ekosistem robotik perkhidmatan terpelbagai dan senario penuh, suatu pendekatan yang telahpun mendapat pengiktirafan yang meluas daripada pengguna dan juga industri. Ia turut membuka babak baharu kecerdasan terkandung untuk robotik perkhidmatan.
ECOVACS turut memperkenalkan idea jenama baharunya, "ECOVACS, Dicipta untuk Kemudahan" di CES 2026. David Cheng Qian, Naib Pengerusi ECOVACS Group dan Ketua Pegawai Eksekutif ECOVACS ROBOTICS, berkata idea ini memperlihatkan komitmen ECOVACS untuk memanfaatkan robotik perkhidmatan bagi meringankan beban pengguna daripada tugas-tugas rumah rutin, seterusnya mewujudkan dunia yang penuh kemudahan. Lebih daripada sekadar idea jenama, "Dicipta untuk Kemudahan" merangkum selanjutnya tanggungjawab ECOVACS sebagai peneraju industri. Dipacu oleh semangat inovasi tanpa gentar, ECOVACS mengatasi cabaran kompleks secara sistematik untuk terus-menerus memajukan teknologi dan juga pengalaman pengguna, lalu memperkasakan orang ramai untuk menikmati gaya hidup moden yang lebih mudah.
"Dicipta untuk pembersihan pintar yang lebih mudah, ECOVACS merupakan antara yang pertama memperkenalkan robot dengan kecerdasan terkandung dan dengan kecerdasan terkandung ini, kita memasuki era evolusi yang seterusnya," kata David Cheng Qian. "Berlandaskan pemahaman yang mendalam mengenai keperluan pengguna, kami terus memantapkan kepimpinan kami dalam bidang robotik perkhidmatan dengan melancarkan kategori-kategori baharu dan turut memperkenalkan teknologi-teknologi rintis. Berpandukan idea jenama baharu kami iaitu ‘Dicipta untuk Kemudahan’, kami mengkhusus untuk menjadikan misi ‘Robotik buat Semua’ kami sebagai suatu kenyataan, seterusnya membentuk masa depan yang lebih baik apabila robot memenuhi keperluan setiap rumah, di mana-mana sahaja dengan lancar."
ECOVACS Unveiled the New Brand Idea "ECOVACS, Created for Ease"
DEEBOT T90 PRO OMNI dan DEEBOT X12 Family: Memajukan Evolusi Teknologi OZMO ROLLER Seterusnya
Bertempat di CES pada tahun ini, ECOVACS mempamerkan evolusi terkini iaitu Teknologi Mop Swacuci Segera OZMO ROLLER perintisnya dan turut memperkenalkan barisan produk DEEBOT baharu yang membawakan pelbagai inovasi canggih yang baharu.
Teknologi Mop Swacuci Segera OZMO ROLLER 3.0 dinaik taraf sepenuhnya yang dilengkapi pada DEEBOT T90 PRO OMNI dan DEEBOT X12 Family memberikan penambahbaikan yang ketara dari segi prestasi dan kecekapan mengemop melalui reka bentuk penggelek yang diperhalusi. Penggelek 26cm baharu ini berukuran 50% lebih panjang berbanding generasi sebelumnya, lalu mengupayakannya melitupi lebih banyak kawasan lantai pada setiap laluan demi kecekapan pembersihan berganda[1]. Swacuci Bertekanan baharu memberikan semburan berkuasa ke atas penggelek melalui 16 muncung yang dapat membantu membersihkan kotoran yang terbenam untuk hasil yang benar-benar bersih dan mencapai pencegahan kontaminasi sekunder yang berkesan. Sejak dilancarkan buat julung kalinya pada DEEBOT X8, teknologi OZMO ROLLER ECOVACS mentakrifkan semula standard pembersihan mendalam dan mendapat pengiktirafan yang meluas hasil daripada inovasinya. Setakat ini, produk OZMO ROLLER ECOVACS mencapai jualan global kumulatif sebanyak lebih 1.6 juta unit yang menyumbang lebih 91% daripada jumlah jualan bagi kategori pembersih vakum robotik mop penggelek swacuci di seluruh dunia.
Selain penaiktarafan kepada teknologi sedia ada, ECOVACS turut memperkenalkan penyelesaian pembersihan mendalam yang lebih berkuasa pada DEEBOT X12 PRO OMNI dan DEEBOT X12 OmniCyclone yang membantu menangani kesan degil dengan cekap. Dikuasakan oleh pengesan noda inframerah dan dwimuncung bertekanan tinggi, DEEBOT X12 PRO OMNI dan DEEBOT X12 OmniCyclone dapat mengenal pasti kawasan yang mempunyai kesan degil dan melepaskan pancutan air bersilang pada tekanan tinggi, lalu menembusi sisa kering untuk menguraikannya sebelum mengemop. Di samping itu, DEEBOT X12 Family membawakan PowerBoost Charging Plus dinaik taraf yang meningkatkan kuasa cas lampau secara luar biasa dan mengoptimumkan prestasi algoritma. Ini membolehkan DEEBOT membersihkan kawasan berkeluasan sehingga 1,000 m² dalam satu operasi yang stabil, lantas memberikan pengalaman pembersihan tanpa gangguan yang amat cekap.
Menerusi pelbagai inovasi rintis pada barisan DEEBOT, ECOVACS dijangka akan meneruskan kepimpinannya dalam kategori pembersih vakum robotik yang melaluinya jenama ini telahpun menduduki tempat pertama mengikut bahagian pasaran di China selama 10 tahun berturut-turut dari tahun 2015 hingga 2024, menurut data daripada AVC.
Daripada Pembersihan Tingkap, Pemotongan Rumput dan Penyelenggaraan Kolam hinggalah Haiwan Peliharaan Robotik, ECOVACS Menyambut Era Baharu Robotik Perkhidmatan
Sejak penubuhannya, inovasi daripada ECOVACS telahpun menunjangi keperluan pengguna sebenar, terus-menerus memacu aplikasi robotik perkhidmatan dalam pelbagai senario. Bermula dengan memperkenalkan pembersih tingkap robotik yang pertama di dunia WINBOT, hinggalah mengukuhkan kehadiran dalam kategori mesin rumput robotik dan kini memperkenalkan pembersih kolam robotiknya, ECOVACS terus memperluas teknologi robotiknya daripada peranti fungsi tunggal kepada ekosistem berbilang senario terpelbagai.
Di CES 2026, ECOVACS memperkenalkan pembersih kolam robotik serba baharu ULTRAMARINE, di samping beberapa produk yang dinaik taraf bagi penjagaan laman rumput dan pembersihan tingkap yang memantapkan lagi kedudukannya sebagai peneraju bagi robotik berbilang kategori yang dapat memenuhi keperluan beraneka jenis senario rumah.
ULTRAMARINE membawakan teknologi robotik matang ECOVACS — dipercayai oleh berjuta-juta pengguna di seluruh dunia — ke dalam kategori pembersihan kolam. Direkayasa untuk mempermudah penyelenggaraan kolam, ia membebaskan pengguna daripada proses pembersihan lazim yang memakan masa dan intensif pekerja, lalu membolehkan mereka benar-benar menikmati air yang jernih dan santaian kolam mereka yang mudah — "ruang tamu biru" yang sejati. Pelancaran ULTRAMARINE bukan sahaja menyaksikan pengembangan kategori tetapi turut memperlihatkan satu lagi langkah strategik dalam peralihan ECOVACS daripada robotik dalaman kepada luaran yang memajukan usahanya untuk membentuk semula kehidupan pintar melalui teknologi.
Dengan memanfaatkan kepakaran mendalam ECOVACS dalam persepsi, pengemudian dan pembersihan, ULTRAMARINE memberikan keupayaan pengecaman persekitaran dan perancangan laluan yang canggih, selain mencapai penyesuaian yang mudah dengan persekitaran kolam yang kompleks dan sentiasa berubah-ubah. Sistem penapisan dan ketahanannya yang berkecekapan tinggi membolehkannya menangani segala-galanya bermula daripada serpihan halus hinggalah kesan degil, sekali gus mengekalkan operasi yang andal dan tahan lama di luar rumah. Dengan ULTRAMARINE, penyelenggaraan kolam bukan lagi tugas yang membosankan, sebaliknya merupakan lanjutan alamiah kehidupan pintar ke dalam ruang akuatik luar.
Bagi penjagaan laman rumput, ECOVACS meningkatkan lagi penyelenggaraan bebas tangan dengan mesin rumput robot siri GOAT A dan GOAT O yang dinaik taraf. Membawakan Pemangkas TruEdge bersepadu sepenuhnya yang pertama dalam industri ini dengan ciri peningkatan AI, barisan baharu ini menggabungkan pemotongan rumput dan pemangkasan tepi ke dalam satu proses autonomi sepenuhnya, lantas menghapuskan keperluan proses susulan manual. Dikuasakan oleh Sistem Pengemudian Dwi-LiDAR HoloScope 360, siri GOAT ini mengurangkan masa persediaan kepada kurang daripada satu minit dan menawarkan ketepatan kemudi sehingga dalam lingkungan dua sentimeter, walaupun dalam cahaya malap atau pada waktu malam.
ECOVACS juga terus berinovasi sekitar kemudahan pengguna bagi pembersihan tingkap. Dipamerkan di CES, WINBOT W3 OMNI memperkenalkan stesen berbilang fungsi baharu yang revolusioner dengan fungsi Vortex Wash rintis yang membolehkan pad pengelap dibersihkan secara automatik, menghapuskan sentuhan langsung dengan air kotor dan pengendalian kain secara manual untuk menjadikan pembersihan tingkap lebih menghampiri pengalaman automatik sepenuhnya. Menurut AVC, syarikat ini menduduki tempat pertama bagi bahagian pasaran dalam pasaran pembersih tingkap robotik China selama lima tahun berturut-turut, lalu menonjolkan kejayaan berterusan ECOVACS dalam memperoleh kepercayaan pengguna dengan penawaran produknya yang unggul.
ECOVACS turut memperkenalkan teman haiwan peliharaan robotik pertamanya, LilMilo di CES yang menyaksikan satu lagi langkah strategik menuju kecerdasan terkandung. Menggabungkan persepsi pelbagai deria dengan tingkah laku ekspresif seakan-akan haiwan peliharaan, LilMilo memperkenalkan suatu bentuk persahabatan digital baharu yang berlandaskan kemesraan serta kecerdasan interaktif.
Semua inovasi daripada ECOVACS disokong oleh rantaian bekalan bersepadu secara vertikal yang mantap dan teknologi yang dibangunkan secara bebas yang mencakupi bateri, AI, motor, komponen penghantaran dan banyak lagi. Tahun lalu, ECOVACS mempercepat aplikasi kecerdasan terkandung melalui pelaburan dalam syarikat-syarikat yang mengkhusus dalam teknologi-teknologi utama. Pada tahun 2024, jumlah pelaburan penyelidikan dan pembangunan (R&D) ECOVACS mencecah USD 126 juta — peningkatan tahun ke tahun sebanyak 7.3% — manakala pelaburan R&D kumulatifnya sejak tahun 2018 melebihi USD 638 juta.
Hari ini, ECOVACS ROBOTICS menawarkan perkhidmatan kepada lebih 38 juta isi rumah dalam hampir 180 pasaran global. Dengan mendukung misi "Robotik buat Semua," ECOVACS komited untuk menerobos sempadan inovasi robotik demi mewujudkan kehidupan yang lebih pintar dengan mudah untuk orang ramai di serata dunia.
ECOVACS mempamerkan DEEBOT T90 PRO OMNI, DEEBOT X12 Family dan produk DEEBOT, ULTRAMARINE, GOAT dan WINBOT terkini di CES 2026, Las Vegas mulai 6 hingga 9 Januari. Kunjungi ECOVACS di Venetian Expo, Aras 2, Bellini 2103, 2104.
Latar Belakang ECOVACS ROBOTICS:
Ditubuhkan pada tahun 2006, ECOVACS ROBOTICS ialah peneraju bertaraf global bagi robotik perkhidmatan rumah dengan portfolio produk pelbagai yang merangkum pembersih vakum robotik dan pembersih tingkap robotik. Menerusi pengembangannya kepada mesin rumput robotik, robot pembersih komersial, pembersih kolam robotik dan teman haiwan peliharaan robotik, ECOVACS memantapkan kedudukannya sebagai peneraju pelbagai kategori dalam robotik perkhidmatan rumah.
Berpandukan misi "Robotik buat Semua," ECOVACS terus memajukan teknologi dan meningkatkan pengalaman pengguna bagi menjadikan kehidupan lebih pintar dan lebih bergaya untuk pengguna di seluruh dunia. Menerusi subsidiari-subsidiari jualan di Jerman, Amerika Syarikat, Jepun dan Singapura, produk-produk ECOVACS dapat menjangkau hampir 180 pasaran utama dan menawarkan perkhidmatan kepada lebih 38 juta isi rumah di peringkat global.
Sebagai bukti kepimpinan pasaran ini, ECOVACS ROBOTICS menduduki tempat pertama dalam pasaran pembersih vakum robotik China mengikut bahagian selama sepuluh tahun berturut-turut (2015-2024).
Maklumat lanjut
Laman Web: https://www.ecovacs.com/global
Facebook: https://www.facebook.com/ecovacs.global
X: https://x.com/ecovacsrobotics
Instagram: https://www.instagram.com/ecovacs_global/
YouTube: https://www.youtube.com/c/ecovacsrobotics
TikTok: https://www.tiktok.com/@ecovacs_global
[1] Kecekapan pembersihan berganda dengan mod mop sahaja
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4857077_MS57077_6











