SINGAPURA, 24 Januari 2026 /PRNewswire/ — CGTN melancarkan China Crafted, musim yang terkini CGTN Art Series, di samping paparan terkurasi tiga musim yang sebelumnya dalam siri ini di ART SG 2026, Singapura pada hari Jumaat.
Tokoh-tokoh terkenal serta sebilangan besar penggemar seni mengunjungi reruai CGTN yang bertemakan "Apabila Karya Klasik Memberi Inspirasi" di pameran ini dan menunjukkan penghargaan kepada seni serta warisan Cina kuno.
China Crafted merupakan sebuah pameran maya yang mengundang pengunjung untuk menyelami keindahan artifak purba Cina daripada empat dinasti China yang utama: Shang, Han, Tang dan Song.
Produk multimedia ini memaparkan lebih 100 artifak wakilan daripada lebih 30 muzium rakan kongsi di seluruh dunia.
Melalui empat laman web interaktif dan empat penerbitan video asli yang menampilkan animasi serta wawancara pakar, pameran ini meneroka teknik-teknik yang rumit di sebalik artifak selain nilai-nilai kerohanian dan budaya yang terpahat di dalamnya.
China Crafted menggabungkan secara unik penceritaan sejarah dengan teknologi digital yang canggih, lalu mencipta pengalaman yang bersifat mendidik dan juga menawan dari segi visual.
CGTN Art Series – China Crafted. /CGTN
Pameran ini dipersembahkan dalam empat bahagian:
"Sacred Shang" menjejaki simbolisme ritual jed Dinasti Shang yang membawa kepada kisah legenda Fu Hao, iaitu salah seorang jeneral wanita terawal yang pernah direkodkan di China.
"Heavenly Han" diilhamkan daripada makam Mawangdui Han bagi menonjolkan gaya hidup Dinasti Han yang elegan dan usaha mencapai lanjut usia berfalsafah yang terangkum dalam perkakas lakuer dan sutera.
"Treasured Tang" pula mengabadikan kemegahan Dinasti Tang melalui barangan emas dan perak yang indah yang dahulunya pernah digunakan dalam jamuan imperial.
"Serene Song" memfokuskan pada bentuk dan tekstur seramik Dinasti Song, mentafsirkan daya kepekaan yang puitis dan etos Neo-Konfusius yang disampaikan olehnya.
Menerusi pelancaran jelajah seni digital global, China Crafted bermatlamat untuk mewujudkan ekosistem budaya dinamik yang menghubungkan pengalaman dalam talian dan luar talian, selain menghubungkan masa lalu dengan masa depan melalui inovasi, keanggunan serta ekspresi berpandukan naratif.

Cai Shandi, the cultural counsellor of the Chinese Embassy in Singapore, speaks at CGTN’s exhibition at ART SG, Singapore, January 23, 2026. /CGTN
Berucap semasa acara pembukaan pameran ini, Cai Shandi, kaunselor budaya bagi Kedutaan Besar China di Singapura, berkata bahawa persembahan yang dibuat oleh CGTN menyaksikan satu peristiwa penting untuk jangkauan antarabangsa CGTN Art Series.
Menurutnya, pameran ini bukan sahaja berperanan sebagai platform global untuk mempamerkan budaya tradisional Cina yang luar biasa, tetapi juga sebagai peluang baharu untuk mengadakan pertukaran budaya antara China dan juga Singapura.

Seng Yu Jin, director for curatorial, research and exhibitions at the National Gallery Singapore, speaks at CGTN’s exhibition at ART SG, Singapore, January 23, 2026. /CGTN
Dalam ucapannya, Seng Yu Jin, pengarah kuratorial, penyelidikan dan pameran di National Gallery Singapore, memuji CGTN Art Series sebagai contoh yang menarik dari segi bagaimana media dalam era digital boleh mengambil bahagian secara aktif dalam pemeliharaan serta penyebaran warisan budaya.
Kini memasuki edisi keempatnya, ART SG pada tahun ini menghimpunkan 106 galeri dan institusi seni dari lebih 30 negara dan wilayah, selain menarik minat pengumpul, artis, kurator, wakil jenama global, ahli profesional muzium dan juga komuniti akademik.
Sebagai rakan media rasmi ART SG, CGTN turut mempersembahkan tiga musim CGTN Art Series sebelumnya: The Song, Painted – People, The Song Painted – Nature dan Tang Architecture: Building Timeless Glory. Pameran digital ini telahpun menjelajah bandar-bandar termasuk Paris, Madrid, Malaga, Hong Kong dan Osaka.

Art enthusiasts explore digital exhibitions of the CGTN Art Series at ART SG in Singapore, January 23, 2026. /CGTN
Di reruai CGTN, pencinta seni boleh meneroka keempat-empat musim dalam siri ini, selain mengalami sendiri pemasangan digital yang interaktif dan menemui pelbagai khazanah budaya.
LATAR BELAKANG CGTN
China Global Television Network (CGTN) ialah sebuah organisasi media antarabangsa yang komited dalam menyediakan liputan berita yang jitu dan tepat pada masanya serta perkhidmatan audiovisual yang beraneka kepada penonton global. Beribu pejabat di Beijing, CGTN mengendalikan tiga pusat penerbitan di Nairobi, Washington, D.C. dan London, dengan saluran-saluran televisyennya tersedia di lebih 160 negara dan wilayah di seluruh dunia.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4869752_MS69752_6













