CGI melantik Gopal Chhetri untuk menerajui perniagaan Pusat Keupayaan Global Syarikat - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

CGI melantik Gopal Chhetri untuk menerajui perniagaan Pusat Keupayaan Global Syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGALORE, India, 31 Januari 2026 /PRNewswire/ — CGI (TSX: GIB.A) (NYSE: GIB), satu daripada firma perkhidmatan perundingan IT dan perniagaan bebas terbesar di dunia, telah melantik Gopal Chhetri, Naib Presiden Kanan, Pusat Kecemerlangan Penyampaian Global Asia Pasifik, untuk menerajui perniagaan Pusat Keupayaan Global (GCC) CGI. Gopal akan menerajui strategi GCC Mengutamakan AI CGI, membantu meningkatkan keupayaan penyampaian dan transformasi untuk pelanggan dan mengukuhkan peranan India dalam ekosistem penyampaian global CGI.

Memandangkan GCC bergerak melangkaui skala untuk menjadi enjin strategik bagi inovasi, pemodenan dan daya tahan, CGI sedang mengukuhkan keupayaan syarikat bertujuan membantu pelanggan menyematkan GCC sebagai teras agenda perusahaan masing-masing, sejajar dengan keutamaan strategik dan bertanggungjawab untuk hasil perniagaan yang boleh diukur.

"CGI menyokong ratusan perusahaan global yang terkemuka dari Pusat Kecemerlangan Penyampaian Global Asia Pasifik. Dengan lebih 25 tahun pengalaman industri, pelantikan Gopal mengukuhkan keupayaan kami untuk membantu pelanggan beralih daripada kecekapan proses kepada hasil perniagaan yang boleh diukur, termasuk pengalaman pelanggan dan prestasi perniagaan menjadi lebih baik," kata Rakesh Aerath, Presiden, Pusat Kecemerlangan Penyampaian Global CGI Asia Pasifik.

Pelantikan Gopal memperkukuh tumpuan CGI terhadap kedekatan pelanggan dan komitmen syarikat untuk membolehkan pelanggan menubuhkan, menskala dan mengubah GCC masing-masing, memanfaatkan model penyampaian global dan pengalaman syarikat yang berdekad-dekad lamanya berupaya mencipta nilai mampan daripada pelaburan syarikat.

"Saya cukup berbesar hati untuk memikul peranan ini pada masa GCC sedang mentakrifkan semula tujuan dan nilai syarikat berkenaan untuk perusahaan. Pada hari ini, pelanggan sedang berkembang daripada pelaksanaan kepada perancangan dan mahu GCC yang boleh memodenkan platform, menggunakan AI dengan bertanggungjawab dan mencipta nilai perusahaan yang berkekalan. Kami berharap dapat membantu pelanggan mengembangkan GCC masing-masing menjadi hab strategik yang menyokong operasi global," kata Gopal Chhetri.

Sebagai peneraju GCC, Gopal akan memberikan tumpuan kepada mengembangkan perniagaan GCC CGI dan meningkatkan keupayaan merentasi kejuruteraan digital, awan dan AI, serta pembangunan bakat, perancangan kepimpinan, kerjasama dan rangka tindakan penyampaian yang sedia pasaran.

Maklumat Tentang CGI

Ditubuhkan pada tahun 1976, CGI ialah antara firma perkhidmatan perundingan IT dan perniagaan bebas terbesar di dunia. Bersama 94,000 perunding dan ahli profesional di seluruh dunia, CGI menyampaikan portfolio keupayaan secara menyeluruh, daripada IT strategik dan perundingan perniagaan kepada penyepaduan sistem, perkhidmatan IT terurus dan proses perniagaan serta penyelesaian harta intelek. CGI bekerjasama dengan pelanggan melalui model hubungan tempatan dilengkapi dengan rangkaian penyampaian global yang membantu pelanggan melakukan transformasi digital dalam organisasi masing-masing dan mempercepatkan hasil. Hasil CGI Fiskal 2025 yang dilaporkan ialah sebanyak CA$15.91 bilion dan saham CGI disenaraikan di TSX (GIB.A) dan NYSE (GIB). Ketahui lebih lanjut di cgi.com.

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/2771653/CGI_Logo.jpg

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4874177_MS74177_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI