AI, inovasi dan budaya bantu industri permainan China capai daya tarikan global: lidah pengarang China Daily - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

AI, inovasi dan budaya bantu industri permainan China capai daya tarikan global: lidah pengarang China Daily

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING, 29 Januari 2026 /PRNewswire/ — Industri permainan China muncul sebagai kuasa yang utama di persada global sejak beberapa tahun kebelakangan ini yang dibangunkan berasaskan pasaran domestik yang kukuh dan berteraskan inovasi teknologi, integrasi budaya serta globalisasi.

China sudahpun menjadi pasaran permainan yang terbesar di dunia, dengan jualan domestik melangkaui 325 bilion yuan ($46.8 bilion) pada tahun 2024. Menjelang pertengahan tahun 2025, bilangan pengguna permainan Cina domestik mencecah sekitar 679 juta dan jualan luar negara bagi permainan yang dibangunkan sendiri mencapai lebih $9.5 bilion, meningkat 11.07 peratus tahun-ke-tahun.

Satu laporan oleh AppsFlyer, iaitu platform atribusi mudah alih dan analisis pemasaran menekankan bahawa syarikat-syarikat permainan Cina menyumbang sebanyak 35 peratus daripada perbelanjaan global untuk menarik pengguna baharu, peningkatan 22 peratus berbanding tahun sebelumnya. Output kreatif turut berkembang pesat, dengan pengiklan-pengiklan utama menghasilkan 2,400 hingga 2,600 variasi kreatif setiap suku tahun, meningkat 25 hingga 30 peratus tahun-ke-tahun.

Selain pengiklanan, syarikat-syarikat Cina meningkatkan pelaburan yang ketara dalam penyelidikan dan pembangunan, seterusnya mengukuhkan kedudukan mereka di barisan hadapan inovasi teknologi global. Penerimagunaan kecerdasan buatan yang pesat dalam permainan, e-dagang, media sosial dan pemasaran menggambarkan kemajuan China yang lebih luas dalam teknologi canggih yang membolehkan pembangun mencipta pengalaman permainan unik yang digemari pada peringkat global.

Faktor utama yang menjurus kepada kejayaan industri ini ialah integrasi budaya Cina ke dalam permainan. Judul-judul seperti Honor of Kings dan Black Myth: Wukong memanfaatkan mitologi dan unsur budaya Cina, lalu mewujudkan pengalaman yang menarik minat audiens yang pelbagai sekali gus menggalakkan pemahaman silang budaya. Permainan Cina kini tersedia di lebih 100 negara dan wilayah yang memperlihatkan daya tarikan global bagi hiburan digital yang kaya budaya. AI turut memainkan peranan dalam memanfaatkan sumber dan bakat budaya China, seterusnya meningkatkan output kreatif dan penceritaan.

Pertumbuhan industri permainan menyokong matlamat ekonomi China yang lebih luas dengan menyumbang kepada perdagangan digital dan mencipta peluang pekerjaan. Pembangunan rantaian industri yang komprehensif, disokong oleh dasar-dasar menggalakkan yang menekankan kepentingan industri budaya dan keperluan untuk membina sistem perkhidmatan budaya awam yang kukuh, menggalakkan pertumbuhan sektor yang mampan.

Permainan menjadi bahasa global baharu yang mempermudah pertukaran dan pemahaman budaya. Kemajuan industri permainan China meningkatkan dengan ketara kuasa lunak negara ini. Sebagai pembawa budaya digital, permainan Cina menawarkan pengalaman interaktif yang melibatkan pemain sebagai pentafsir bagi budaya-budaya yang berbeza. Dengan menjangkau audiens yang lebih luas, permainan ini dapat menyumbang kepada penghargaan yang lebih besar terhadap warisan dan nilai budaya Cina.

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4873282_MS73282_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI