TIANJIN, China dan GUANGZHOU, China, 1 Januari 2026 /PRNewswire/ — Tanggal 24 Disember, GAC menerima pengiktirafan autoritatif yang diperbaharui bagi keselamatan data kenderaan dengan memperoleh Pensijilan Sistem Pengurusan Keselamatan Data Kenderaan yang pertama dalam industri (No. Sijil: 03225DS00001). Pencapaian penting ini menunjukkan bahawa GAC berada di barisan hadapan dalam pembangunan keselamatan data yang sistematik dalam industri ini, lalu mewujudkan penanda aras baharu untuk tadbir urus data automotif dalam era ketersambungan pintar.
Pensijilan ini, yang dijalankan selaras dengan standard kebangsaan GB/T 44464-2024 Keperluan Am untuk Data Automotif, mewakili penilaian yang komprehensif dan sistematik terhadap keupayaan pengurusan keselamatan data sesebuah perusahaan. Melalui pelaksanaan yang kukuh dalam struktur organisasi, proses institusi, perlindungan teknikal dan kolaborasi rantaian industri, GAC berjaya lulus penilaian ini, seterusnya menjadi perusahaan automotif pertama di China yang menerima pensijilan ini.
Jelas sekali bahawa GAC HYPTEC HL dan All-New S7 telahpun lulus ujian pematuhan keselamatan data peringkat kebangsaan baru-baru ini dengan prestasi yang cemerlang dalam lima keperluan pematuhan utama: Penganoniman maklumat wajah di luar kenderaan, pemprosesan data dalam-kabin, ketiadaan pengumpulan data kokpit lalai, pemberitahuan eksplisit untuk pemprosesan maklumat peribadi dan aplikasi skop ketepatan yang sesuai. Amalan teknikal yang mantap ini mengesahkan keberkesanan sistem pengurusan.
Sistem pengurusan keselamatan data GAC bukan sahaja memfokuskan pada perlindungan teknikal kenderaan tetapi juga mencakupi seluruh kitaran hayat data—termasuk pengumpulan, penghantaran, penyimpanan, penggunaan dan pemusnahan—lantas mencapai kawalan gelung tertutup bermula daripada penyelidikan dan pembangunan (R&D) hinggalah perkhidmatan pascajualan. Melalui mekanisme pengurusan yang sistematik dan terpiawai, GAC komited untuk menukar keselamatan data menjadi kelebihan daya saing teras dan dalam masa yang sama memberikan pengalaman mobiliti pintar, seterusnya membolehkan pengguna menikmati kemudahan teknologi dengan minda yang tenang.
Pada masa akan datang, GAC akan terus memperkukuh keupayaan keselamatan datanya, memacu pembangunan melalui dwienjin teknologi dan tadbir urus, serta berkolaborasi dengan rakan kongsi rantaian industri bagi membina ekosistem kenderaan terhubung pintar yang lebih dipercayai dan andal. Ia akan menyuntik "daya pemacu keselamatan" ke dalam pembangunan industri yang berkualiti tinggi dan mewujudkan kehidupan mobiliti pintar yang lebih baik untuk pengguna.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4854994_MS54994_6











