- Litar ikonik Yas Marina yang ditampilkan dalam Gran Turismo 7 untuk PlayStation 4 dan PlayStation 5 memberi peluang kepada pemain di seluruh dunia untuk meneroka serta berlumba di litar utama kebanggaan emirat tersebut
- Pengumuman dibuat semasa Gran Turismo World Series 2025 World Finals yang berlangsung di Fukuoka, Jepun
ABU DHABI, UAE, 21 Disember 2025 /PRNewswire/ — Buat julung kalinya di Timur Tengah, Abu Dhabi akan menjadi tuan rumah acara pembukaan Gran Turismo World Series 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 28Mac 2026 di Arena Space42. Acara bersejarah ini akan menghimpunkan pemandu Gran Turismo terbaik dunia untuk bersaing dalam kejohanan langsung bertaraf elit, melibatkan peminat di seluruh emirat serta menonjolkan keupayaan e-sukan Abu Dhabi kepada jutaan penonton di seluruh dunia.
For the first time in the Middle East, Abu Dhabi will host the Gran Turismo World Series 2026 opening event, scheduled for the 28th of March 2026 at the Space42 Arena.
Pengumuman itu dibuat semasa Gran Turismo World Series 2025 World Finals di Pusat Kongres Antarabangsa Fukuoka, Jepun, YBhg. Saeed Al Fazari, Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Strategik di Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan – Abu Dhabi (DCT Abu Dhabi), naik ke pentas untuk berkongsi berita.
Acara pembukaan Gran Turismo World Series 2026 dianjurkan oleh Polyphony Digital Inc, anak syarikat Sony Interactive Entertainment, pembangun dan penerbit siri Gran Turismo, serta Abu Dhabi Gaming, inisiatif yang diterajui oleh DCT Abu Dhabi yang menyelaraskan usaha untuk menjadikan emirat ini sebagai hab permainan global.
At the Gran Turismo World Series 2025 World Finals, held at the Fukuoka International Congress Centre in Japan, H.E. Saeed Al Fazari, Executive Director of Strategic Affairs at the Department of Culture and Tourism – Abu Dhabi, and Kazunori Yamauchi, Gran Turismo series producer, announce that Abu Dhabi will host the Gran Turismo World Series 2026 opening event, for the first time in the Middle East.
YBhg. Al Fazari berkata: "Menjadi hos pembuka Gran Turismo World Series adalah detik yang membanggakan bagi Abu Dhabi dan rantau mena yang lebih luas, mencerminkan cita-cita kami untuk menjadi destinasi di mana kemungkinan tidak terbatas. Ia menandakan pencapaian penting bagi sektor e-sukan dan sukan permotoran kami, membawa pertandingan elit bertaraf global ke emirat ini serta menonjolkan keupayaan terbukti Abu Dhabi dalam menyampaikan pengalaman e-sukan dan sukan permotoran bertaraf dunia. Abu Dhabi terus menyediakan persekitaranyang selamat dan bersedia untuk masa depan bagi perniagaan, pelabur dan bakat, menyokong visi kami untuk menjadi hab global bagi inovasi, hiburan, permainan dan sukan permotoran."
Gran Turismo World Series ialah pertandingan tahunan untuk menentukan pemain Gran Turismo terbaik di dunia, yang merangkumi kelayakan dalam talian terbuka kepada semua pemain dan acara World Series secara langsung di mana pelumba teratas berkunjung ke destinasi ikonik di seluruh dunia untuk bersaing.
Kazunori Yamauchi, penerbit siri Gran Turismo, berkata: "Kami teruja melihat Abu Dhabi menjadi tuan rumah pembukaan Gran Turismo World Series 2026 pada Mac 2026, menandakan kali pertama acara ini diadakan di Timur Tengah. Ini merupakan pencapaian bersejarah bagi kejohanan kami dan menjadi bukti kehadiran serantau yang semakin berkembang dalam sukan permotoran dan e-sukan di peringkat global. Selain itu, kami gembira kerana Litar Yas Marina, salah satu venue sukan permotoran paling ikonik di dunia, kini boleh dimainkan dalam Gran Turismo 7. Matlamat kami sentiasa untuk menghubungkan pemain dengan keterujaan dan warisan perlumbaan, dan Yas Marina menawarkan pengalaman unik yang pasti akan menarik minat peminat sukan permotoran serta komuniti pemain di seluruh dunia."
Penampilan Litar Yas Marina dalam Gran Turismo 7 lebih jauh mengukuhkan legasi sukan permotoran Abu Dhabi ke arena digital, membuka peluang baharu bagi penonton global untuk mengenali budaya kecemerlangan kompetitif emirat ini.
"Pengumuman ini menandakan detik yang menggembirakan bagi peminat sukan permotoran dan e-sukan di rantau ini serta di seluruh dunia, dan meletakkan Abu Dhabi Gaming di barisan hadapan perbincangan perlumbaan simulasi global, mencerminkan peranan kami sebagai penghubung bagi rakan kongsi dan peluang bertaraf dunia," kata Marcos Muller‑Habig, Pengarah Pemerkasaan Sektor di Abu Dhabi Gaming."Semasa kami terus memacu visi emirat untuk menjadi destinasi global terunggul dan hab utama bagi industri permainan serta e-sukan, acara seperti Gran Turismo World Series 2026 menjadi pemangkin pertumbuhan dan pencapaian penting dalam perjalanan kami membina ekosistem yang memperkasakan bakat, menarik kerjasama, dan mempercepatkan pembangunan perniagaan."
Gran Turismo, dibangunkan oleh Polyphony Digital Inc., anak syarikat Sony Interactive Entertainment, dianggap sebagai salah satu simulator pemanduan yang paling tepat dari segi visual dan dinamik, dan baru-baru ini telah melepasi jualan sebanyak 100 juta unit bagi siri ini.
Untuk maklumat lanjut tentang Gran Turismo World Series 2026 Opener di Abu Dhabi dan tiket, sila layari www.ticketmaster.ae/event/1588346815.
Untuk maklumat lanjut tentang Abu Dhabi Gaming, ikuti Abu Dhabi Gaming di Instagram, YouTube dan Twitch.
Gambar – https://mma.prnasia.com/media2/2850031/Abu_Dhabi_Gaming_1.jpg?p=medium600
Gambar – https://mma.prnasia.com/media2/2850032/Abu_Dhabi_Gaming_2.jpg?p=medium600
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4851971_MS51971_6










