Malaysia perkukuh keselamatan siber penerbangan dengan Iinisiatif baharu TDA

Malaysia perkukuh keselamatan siber penerbangan dengan Iinisiatif baharu TDA

TIMBALAN Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah di majlis peluncuran Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM) Cybersecurity Framework and Policy sempena Transport Expo Asia 2025 (TXA 2025).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TDA mengetuai pelaksanaan ICP untuk meningkatkan daya ketahanan strategik dan digital Malaysia

PETALING JAYA: Malaysia memperkukuh langkah untuk melindungi ruang udaranya dengan pelancaran Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM) Cybersecurity Framework and Policy, satu pencapaian hasil pelaksanaan Industrial Collaboration Program (ICP), yang diterjui oleh Technology Depository Agency (TDA).

TDA, sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan, mengawasi dan mengurus pelaksanaan ICP dalam perolehan kerajaan.

Rangka kerja baharu ini bertujuan untuk memperkukuhkan tadbir urus keselamatan siber negara terhadap ancaman siber, sambil menunjukkan keberkesanan dasar ICP dalam menterjemahkan perolehan kerajaan kepada nilai strategik negara. Ia juga menyokong pemindahan teknologi, pembangunan kepakaran tempatan dan peningkatan keupayaan keselamatan siber negara.

Majlis pelancaran yang diadakan bersempena Transport Expo Asia 2025 (TXA 2025) telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan YB Datuk Hasbi Habibollah, bersama Ketua Setiausaha MOT Datuk Seri Jana Santhiran, Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Datuk Kapten Norazman Mahmud, Pengerusi TDA Sim Tze Tzin dan Menanggung Tugas Ketua Pegawai Eksekutif TDA Mohamad Rafidi Mat Dahan.

Turut hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Keselamatan Siber Negara Ir. Dr. Megat Zuhairy Megat Tajuddin dan Pengerusi Advanced Air Traffic Systems (M) Sdn Bhd Datuk Zolkipli Abdul, yang turut memainkan peranan penting dalam pembangunan dasar ini.

Hasbi berkata  ICP dan dasar keselamatan siber ini membuktikan bahawa apabila inisiatif kerajaan dilaksanakan dengan berkesan dan secara bersepadu, hasilnya memberi impak besar kepada pembangunan negara.

“Kementerian akan terus memantau pelaksanaan dasar-dasar ini dengan teliti bagi memastikan setiap komitmen diterjemahkan kepada tindakan nyata,” tambah beliau.

Sementara itu, Mohamad Rafidi dalam ucapannya berkata TDA sentiasa memastikan setiap perolehan strategik memberi pulangan nilai kepada negara. “Projek ini membuktikan bagaimana ICP mampu menterjemah perolehan kerajaan kepada hasil nyata yang menyumbang kepada keselamatan digital, pembangunan kemahiran tempatan dan kedaulatan teknologi negara,” tambah beliau, sambil menegaskan TDA akan terus memacu agenda ICP merentasi semua sektor strategik.

Selaras dengan Akta Keselamatan Siber 2024, inisiatif ini menempatkan Malaysia sebagai salah satu negara yang proaktif dalam memperkukuhkan ketahanan dan kesiapsiagaan siber sektor penerbangan.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelancaran Rangka Kerja & Dasar Keselamatan Siber CAAM serta inisiatif berterusan TDA, sila layari https://www.tda.my atau hubungi wakil media yang dinyatakan di bawah. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN