Mesyuarat Majlis Komuniti Sosio-Budaya Asean (ASCC) Ke-34 dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan

Mesyuarat Majlis Komuniti Sosio-Budaya Asean (ASCC) Ke-34 dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan

TIONG King Sing (tujuh dari kiri) menyempurnakan Majlis Perasmian ASEAN Socio-Cultural Community (ASCC) High-Level Forum 2025 dengan kehadiran para menteri dan wakil yang bertanggungjawab kepada Komuniti Sosio-Budaya negara anggota ASEAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELANGOR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)Tiong King Sing (tujuh dari kiri) menyempurnakan Majlis Perasmian ASEAN Socio-Cultural Community (ASCC) High-Level Forum 2025 dengan kehadiran para menteri dan wakil yang bertanggungjawab kepada Komuniti Sosio-Budaya negara anggota ASEAN. menegaskan komitmen teguhnya untuk memperkasa Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (ASCC) ke arah pembentukan serantau yang berdaya tahan, inovatif, dinamik dan berteraskan rakyat, sejajar dengan Visi Komuniti ASEAN 2045 (ACV 2045).

Komitmen tersebut dizahirkan menerusi penganjuran tiga mesyuarat utama minggu ini, iaitu Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Kepada ASCC (SOCA) Ke-39, ASCC High-Level Forum, dan Mesyuarat ASCC ke-34 yang diadakan di Sunway Pyramid Convention Centre.

Mesyuarat SOCA ke-39 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), YBhg. Dato’ Shaharuddin Abu Sohot, merupakan platform penting dalam merangka syor dasar dan menyelaras pelaksanaan pelan tindakan strategik ASCC bagi memperkukuh kesejahteraan rakyat ASEAN.

Mesyuarat tersebut memberi tumpuan kepada usaha memantapkan daya tahan masyarakat, memupuk keamanan dan meningkatkan semangat saling menghormati antara negara anggota. Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk lima bidang keutamaan Kepengerusian ASCC oleh Malaysia pada tahun ini, iaitu pemerkasaan budaya dan warisan, pembangunan kecerdasan buatan (AI) dan sektor hijau, peningkatan kesihatan awam, penglibatan belia dan sukan, serta tindakan terhadap perubahan iklim.

SOCA turut meneliti pelaksanaan Pelan Induk ASCC 2025 yang telah mencapai usia satu dekad, di samping merangka hala tuju baharu menuju Visi Komuniti ASEAN 2045. Mesyuarat itu turut menekankan kepentingan kerjasama serantau dalam menghadapi cabaran digital, iklim dan kesihatan awam secara kolektif.

ASCC High-Level Forum 2025 yang julung kali diadakan di peringkat ASEAN bertujuan untuk memperkukuh engagement dan komunikasi mengenai hala tuju sosio-budaya rantau ini. Forum berkenaan telah menghimpunkan Menteri-menteri ASCC, pegawai kanan, pakar serantau, pihak swasta, badan-badan pemikir, akademik, NGO serta wakil masyarakat sivil bagi membincangkan pelbagai inisiatif untuk memperkasa Komuniti Sosio-Budaya ASEAN.

Dalam ucapan perasmiannya, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing, menegaskan bahawa Malaysia sebagai Pengerusi ASCC 2025 komited memastikan keutamaan serantau berpaksikan aspirasi jangka panjang ACV 2045 yang berteraskan rakyat.

“Forum ini menandakan permulaan baharu dalam perjalanan kolektif dan inklusif kita untuk merealisasikan matlamat jangka pendek dan sederhana ASCC. Kita sedang menuju ke arah pembentukan ASEAN yang berdaya tahan, inovatif dan berpusatkan rakyat,” katanya.

Beliau menambah, penglibatan wakil negara ASEAN dalam forum berkenaan mencerminkan semangat keterangkuman ASEAN serta memastikan setiap dasar dan pelan tindakan benar-benar dihayati dan memberi manfaat kepada rakyat.

Seterusnya, Mesyuarat ASCC Council ke-34 yang telah dipengerusikan oleh Dato Sri Tiong King Sing, menjadi platform utama untuk menilai semula pencapaian pelaksanaan dasar serta merumuskan langkah-langkah memperkukuh kerjasama serantau menuju ACV 2045.

Mesyuarat ini menegaskan kepentingan memperkukuh identiti dan kesatuan ASEAN dalam menghadapi cabaran global, selain memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan membawa manfaat langsung kepada rakyat di rantau ini.

Tiong berkata, Malaysia komited untuk memastikan semua inisiatif bawah tonggak ASCC diselaraskan dengan Wawasan Komuniti ASEAN 2045, dengan tumpuan kepada kesejahteraan sosial, keadilan ekonomi dan pembangunan mampan.

Sebagai pelengkap kepada siri mesyuarat berprestij ini, ASEAN Arts and Craft Bazaar 2025 yang pertama telah diadakan sebagai simbol perpaduan budaya dan warisan serantau. Bazar yang berlangsung di Sunway Pyramid Convention Centre dari 6 hingga 8 Oktober menampilkan pelbagai hasil seni dan kraf tangan dari negara anggota ASEAN.

Malaysia kekal komited memainkan peranan sebagai peneraju dalam memperkasa Komuniti Sosio-Budaya ASEAN, seiring aspirasi membentuk rantau yang makmur, bersatu dan berdaya saing menjelang tahun 2045. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN