Dalam keadaan syarikat korporat semakin berhati-hati membelanjakan bajet teknologi maklumat (IT), peranti yang boleh digunakan lebih lama daripada kitaran biasa kini dianggap sebagai satu aset strategik.
Di Malaysia, ASUS melancarkan komputer riba ExpertBook PM3 dan komputer meja ExpertCenter P500SV, dengan menekankan ketahanan sebagai kelebihan utama – menawarkan jangka hayat lebih panjang, risiko penyelenggaraan lebih rendah dan penjimatan kos jangka panjang untuk profesional, syarikat serta agensi kerajaan.
Daripada sekadar menonjolkan ciri rupa luaran, ASUS melalui pelancaran ini menunjukkan ujian ketahanan sebenar melalui demonstrasi secara langsung bagi ujian dalaman “Superior Durability Test” yang melibatkan 157 ujian ketahanan ekstrem dan mensimulasikan penggunaan secara profesional.
Antara demonstrasi ialah papan kekunci antara ujian termasuk papan kekunci kalis air, port yang diuji berulang kali serta panel atau port yang tahan tekanan tinggi — semua ini menunjukkan peranti ini mampu bertahan dalam menampung tuntutan kepenggunaan harian serta bersedia menghadapi cabaran tempat kerja pada masa akan datang.
Reputasi Ketahanan Sedia Ada
Fokus pada ketahanan bukan perkara baharu. ASUS telah membina jenama dengan komputer riba ASUS ExpertBook B dan P Series serta komputer meja iaitu ExpertCenter yang dikenali dengan binaan kukuh, ringan tetapi tahan lasak, malah lulus piawaian ketenteraan Amerika Syarikat.
Kedua-dua siri ini menggabungkan ciri mudah alih yang teguh, menggunakan aloi magnesium–aluminium yang ringan serta mematuhi standard piawaian ketenteraan U.S. MIL-STD-810H.
Peranti ini terbukti dapat mengurangkan risiko kerosakan, memanjangkan tempoh penggunaan dan membantu organisasi menjimatkan kos IT dalam masa panjang. Ini memberi kelebihan kepada pelanggan yang boleh bekerja dengan lancar tanpa gangguan akibat kerosakan komputer.
Bagi komputer meja, model ExpertCenter direka untuk beroperasi 24 jam tanpa henti dipadukan dengan kapasitor kukuh dan sistem penyejukan termal canggih serta rekaan casis tanpa alat bagi memudahkan servis.
Selain itu, komputer ini telah diuji ketahanan kuasa, suhu, dan getaran bagi memastikan dalat mengurangkan kerosakan kecemasan sekali gus membantu pengguna lebih fokus pada projek penting sambil mengurangkan kos tersembunyi akibat ‘downtime’ dan penyelenggaraan.
Generasi Baharu untuk Tempat Kerja Moden
ASUS kini memperkenalkan ExpertBook PM3 – komputer riba berkuasa kecerdasan buatan (AI) yang ringan, tahan lama dan sesuai untuk kerja fleksibel sama ada di pejabat atau ketika bergerak.
Sementara itu, untuk komputer meja iaitu ExpertCenter P500SV dengan ketahanan setaraf dengan standard mematuhi piawaian ketenteraan ketenteraan AS MIL-STD-810H yang dilengkapi sistem penyejukan luas iaitu 3,402 cm² untuk prestasi stabil walaupun melakukan tugasan berat.
eranti ini sesuai untuk organisasi yang sering bertukar pengoperasian atau mempunyai banyak cawangan kerana ia senyap, mempunyai ciri keselamatan yang kukuh, dan mudah untuk diselenggara.

Ketahanan Sebagai Strategi Pertumbuhan
Bagi ASUS, ketahanan produk bukan sekadar soal reka bentuk, tetapi strategi untuk berkembang bersama pelanggan. Bagi syarikat, komputer dianggap pelaburan jangka panjang.
Jadi, dengan menghasilkan komputer riba dan komputer meja yang boleh tahan lebih lama daripada kitaran biasa iaitu tiga tahun, ASUS membantu pelanggan menjimatkan kos.
Syarikat tidak perlu kerap mengganti peralatan, kurang sisa elektronik dan boleh berjimat dengan menyalurkan bajet kepada perkara lain seperti migrasi awan dan pembangunan pekerja.
Pendekatan ini turut mengukuhkan kedudukan ASUS sebagai rakan teknologi jangka panjang. Setiap produk tahan lama membuka peluang kepada hubungan perniagaan berterusan melalui servis, pembelian ulangan dan pelan teknologi yang berkembang seiring dengan pelanggan.
Naib Presiden Korporat ASUS, Rex Lee berkata: “Bagi ASUS, ketahanan dan inovasi tidak boleh dipisahkan. Misi kami ialah menghasilkan teknologi yang memberi nilai berpanjangan untuk profesional, syarikat dan agensi kerajaan.
Katanya, dengan gabungan kejuruteraan kukuh, prestasi berasaskan AI dan keselamatan peringkat perusahaan, ASUS mahu memastikan pelaburan mereka lebih tahan lama, sambil membuka ruang untuk pertumbuhan masa depan.
Harga & Ketersediaan
Siri ASUS ExpertBook PM3 dan ExpertCenter P500SV kini sudah berada di pasaran Malaysia dengan harga bermula RM5,199 dan RM3,449.