SP Setia lancar Elysian, Koleksi terhad Rumah Banglo, Berkembar Mewah di Kajang

SP Setia lancar Elysian, Koleksi terhad Rumah Banglo, Berkembar Mewah di Kajang

Unit Jenis D berkeluasan lot 53 kaki x 110 kaki, dengan kawasan binaan bermula daripada 3,222 kaki persegi, harga bermula daripada RM2.18 juta sebelum rebat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELANGOR: SP Setia sekali lagi menjadi tumpuan dengan pelancaran Elysian, projek kediaman mewah pegangan bebas yang terhad kepada hanya 40 unit sahaja, terletak di perbandaran Setia Alamsari, Kajang.

Kediaman eksklusif ini kini dibuka untuk jualan dengan harga bermula daripada RM1.63 juta.

Terletak di kawasan perbandaran bersepadu seluas 775 ekar yang meraih pelbagai anugerah dan dibangunkan oleh S P Setia, Elysian menawarkan kediaman premier berkepadatan rendah untuk pemilik rumah yang mengutamakan keselesaan, privasi, eksklusiviti dan gaya hidup tenang yang menggabungkan kedamaian alam semula jadi dengan kemudahan moden.

Pembangunan baru ini menawarkan pemandangan serba menghijau yang subur serta menerapkan konsep e-Green Living yang mengandungi elemen-elemen seperti panel solar, sistem kunci pintar, pengecasan EV, sistem penuaian air hujan, dan sistem rumah pintar.

Ia dihubungkan dengan tiga lebuh raya utama iaitu Lebuhraya KL-Seremban, Lebuhraya Kajang-Seremban dan Lebuhraya Kajang-SILK, serta akses ke plaza tol Bangi dan Putra Mahkota.  

Elysian turut dikelilingi pelbagai kemudahan seperti Danau Golf Club, Bangi Golf Club, Taman Tasik Cempaka, Bangi Wonderland Themepark and Resort, Stadium Kompleks Sukan Seksyen 15, Stadium Kajang, institusi pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), German Malaysian Institute, SMK Bandar Baru Bangi, Rafflesia International School, Greenview Islamic School dan lain-lain.

                                                 Pemandangan udara Elysian

Di kawasan perbandaran Setia Alamsari sendiri, terdapat Hab Komersial Emporia yang baru disiapkan dan Masjid Baiturrahman Alam Sari yang bakal dibuka tidak lama lagi.

Pengurus Besar Bahagian Setia Alamsari, Koh Sooi Meng, Elysian menyerlah di pasaran hartanah Kajang sebagai salah satu cadangan hartanah (landed) yang paling menarik, sesuai untuk pembeli yang bersedia membuat keputusan pintar mereka seterusnya.

“Di S P Setia, kami bukan sekadar membina rumah, kami membentuk komuniti untuk keluarga berkembang dan berjaya. Elysian mencerminkan visi teras kami untuk menyediakan kediaman yang berkualiti tinggi dan mampan di perbandaran yang mempunyai jaringan hubungan yang baik. 

“Dengan pelancaran yang kini dibuka untuk jualan, kami mengalu-alukan pembeli yang tahu menilai dan membuat keputusan bijak untuk memiliki sebuah kediaman yang benar-benar memberi ketenangan dan nilai jangka panjang,” katanya.

                                                                   Rumah Berkembar Jenis E

Pelancaran Elysian erdiri daripada 18-unit banglo dan 22 unit rumah berkembar, setiap satu direka dengan teliti dari segi keluasan, fungsi dan rekaan estetika. Ia menggabungkan elemen Nusantara tradisional dengan sentuhan moden kontemporari.

Rekaannya memaksimumkan tarikan semula jadi di kawasan tersebut dan pada masa yang sama menggabungkan ciri-ciri dalaman untuk unit yang lain, dengan dua pendekatan berbeza  mengukuhkan hubungan dengan alam semula jadi melalui taman tepi air dan taman hadapan, serta mewujudkan ruang teduh yang tenang dengan taman dalaman.

Pembangunan ini mempunyai dua jenis rekaan.  Unit Jenis D berkeluasan lot 53 kaki x 110 kaki, dengan kawasan binaan bermula daripada 3,222 kaki persegi, harga bermula daripada RM2.18 juta sebelum rebat.

Banglo Jenis E berkeluasan lebih besar dengan lot 60 kaki x 100 kaki dan kawasan binaan bermula daripada 3,295 kaki persegi, dengan harga bermula RM2.26 juta.

Untuk rumah berkembar, unit Jenis C dan D berukuran 40 kaki x 80 kaki, dengan binaan bermula daripada 2,946 kaki persegi dan harga bermula RM1.63 juta.  Terdapat juga unit berkembar Jenis E yang menawarkan kawasan yang lebih luas iaitu 52 kaki x 80 kaki dan kawasan binaan bermula daripada 3,159 kaki persegi, berharga RM2.02 juta.

Keistimewaan Elysian bukan sekadar rekaan seni binanya, tetapi pada gaya hidup yang ditawarkan. Bayangkan penghuninya bangun pagi menghadap pemandangan tasik yang indah seluas 7.7 ekar, dengan akses ke taman-taman landskap, laluan joging tiga jalur dan kawasan hijau yang luas direka untuk memberi ketenangan dan mencetus inspirasi.

Di tengahnya pula, terletak The Lawn, sebuah taman peribadi santai eksklusif yang mendamaikan untuk penghuni, sesuai untuk berjalan di waktu pagi, piknik di hujung minggu atau meluangkan saat indah bersama keluarga tersayang.

Untuk maklumat lanjut mengenai Elysian, hubungi kakitangan jualan di talian 0111 2894651 Joanna atau kunjungi Setia Alamsari Welcome Centre di Kajang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN