Johan Speaking Academy cipta rekod ASEAN

Johan Speaking Academy cipta rekod ASEAN

Datuk Rosly @ Rahmat Ahmat Lana (Tengah, bersama Johan Ooi (Dua dari kiri) dan Cherry Ho (Dua dari kanan) ketika penganugerahan ASEAN Book of Records.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Dengan mengadakan 6,869 sesi pertuturan awam luar kelas oleh kanak-kanak

KUALA LUMPUR: Johan Speaking Academy mencipta sejarah apabila secara rasmi disenaraikan dalam ASEAN Book of Records bagi kategori Jumlah Tertinggi Sesi Pertuturan Awam Luar Kelas oleh Kanak-Kanak Berumur 5 hingga 17 Tahun.

Kanak-kanak terlibat yang dilatih sejak tahun 2015, keseluruhannya terlibat dalam sebanyak 6,869 sesi pertuturan awam di luar kelas.

Pencapaian ini menandakan komitmen selama 10 tahun akademi ini dalam menyediakan platform pertuturan sebenar kepada kanak-kanak di luar bilik darjah – termasuk di pusat beli-belah, taman tema, acara kerajaan, pentas korporat dan juga zoo.

Rekod ini bukan sahaja mengiktiraf jumlah sesi yang dijalankan, tetapi juga kesan dan impaknya. Setiap sesi adalah sebahagian daripada aktiviti rasmi akademi, disampaikan kepada khalayak secara langsung dan didokumentasikan dengan gambar serta kehadiran penonton.

Sepanjang 10 tahun lalu, Johan Speaking Academy konsisten menganjurkan peluang ini dengan kepercayaan bahawa kemahiran bertutur paling berkesan dibina melalui pengalaman sebenar.

Majlis meraikan pengiktirafan ini menjadi lebih bermakna apabila Datuk Rosly @ Rahmat Ahmat Lana, Timbalan Presiden Zoo Negara, turut hadir menyaksikan detik istimewa ini bersama para pelajar, keluarga dan jurulatih akademi.

Ditubuhkan pada tahun 2014, Johan Speaking Academy berpegang pada prinsip bahawa kanak-kanak membina keyakinan bukan hanya dengan belajar di dalam kelas, tetapi dengan berdiri dan berucap di hadapan khalayak sebenar. 

Sehingga kini, akademi ini telah menganjurkan sebanyak 6,869 sesi pertuturan awam di pelbagai lokasi terbuka di seluruh Malaysia.

Pengasas akademi itu, Johan Ooi berkata, anugerah itu bukan sekadar pencapaian untuk dipamerkan, tetapi lambang usaha bertahun-tahun dan perkembangan setiap pelajar.

“Ia mewakili keberanian setiap anak yang melangkah ke atas pentas dan dedikasi setiap jurulatih yang membimbing mereka. Ia adalah satu penghargaan terhadap semangat, keyakinan dan komuniti yang menyokong,” katanya.

Kini, akademi ini beroperasi di 11 lokasi di seluruh Malaysia, termasuk:

  • Lembah Klang: TTDI, Cheras, Bandar Puteri Puchong, Kota Damansara, Setia
    Alam, Kajang, Bukit Jalil, dan Rawang
  • Perak: Ipoh Garden South
  • Johor: Taman Molek dan Eco Botanic

Pada tahun 2023, Johan Speaking Academy meluaskan capaiannya melalui model francais, menawarkan sistem sedia operasi kepada individu yang bersemangat membimbing kanak-kanak. Ini termasuk latihan lengkap, sokongan pemasaran, dan modul terstruktur di bawah jenama Speaker Warrior, menjadikannya peluang ideal untuk suri rumah, pendidik atau usahawan yang ingin memberi impak positif.

Pengalaman Pelajar:

Gisele, 7: “Saya suka berucap di zoo dan atas pentas besar. Ia buat saya rasa berani.”

Maryam, 6: “Saya suka cara jurulatih galakkan saya. Sekarang saya sangat yakin!”

Vimridh, 10: “Ini tahun kedua saya bersama Johan. Saya seronok berucap depan orang ramai!”

Program Akademi:

  • Kiddos – Untuk kanak-kanak prasekolah
  • Kids Untuk pelajar sekolah rendah
  • Teens – Untuk pelajar sekolah menengah

Peserta paling muda yang pernah menyertai program ini berumur 4 tahun.

Perancangan Akan Datang:

Johan Speaking Academy kini bersedia mengembangkan capaian ke peringkat serantau melalui:

  • Francais dan kerjasama francais induk di negara-negara ASE
  • Kerjasama dengan sekolah dan tadika
  • Pensijilan pendidik melalui program Train-The-Educator (Kids Public Speaking)

Rekod & Pencapaian

6 July 2025 – Majlis Perayaan Rekod ASEAN di Zoo Negara, termasuk pelancaran Duta Pelajar.

14 Septeber 2024 – Pelajar berucap semasa sambutan 100 tahun MAHA di hadapan Perdana Menteri dan delegasi ASEAN.

Januari 2024 – Pelajar Johan menerangkan konsep MADANI kepada lebih 3,000 hadirin dalam satu program nasional di Kuala Selangor, turut dihadiri Perdana Menteri.

Disember 2019 – Pelajar menjadi pengacara bersama semasa Pelancaran APEC di Cyberjaya, disaksikan oleh pemimpin ASEAN dan Perdana Menteri.

Pengiktirafan ASEAN ini hanyalah permulaan. Johan Speaking Academy akan terus komited untuk membina generasi muda yang yakin dan berani, satu pentas pada satu masa.

Untuk maklumat lanjut atau peluang francais:
Emel: [email protected]
Laman web: www.johanspeaking.com

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN