UMT tawar program baharu, tarik pelajar antarabangsa

UMT tawar program baharu, tarik pelajar antarabangsa

PROGRAM STEM Antarabangsa melonjakkan lagi pencapaian universiti di peringkat global.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bakal memperkenalkan program baharu yang lebih terbuka dalam usaha menarik lebih ramai pelajar asing ke kampus itu.

Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr. Mazlan Abd. Ghaffar berkata, penawaran program Asasi Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Antarabangsa melonjakkan lagi pencapaian universiti itu di peringkat global.

“Dengan penawaran program baharu ini, ia membuktikan keupayaan UMT berada pada kedudukan terbaik setakat ini.

“Pengiktirafan ini bakal membuka peluang kepada pelajar luar negara, pelajar asing yang berada dalam negara, pelajar Malaysia yang berada di luar negara serta pelajar tempatan untuk mengikuti pengajian bertaraf antarabangsa di UMT,” katanya.

Beliau berkata, program baharu yang dijangka mula ditawarkan pada kemasukan Ogos 2023 itu memberi kelebihan kepada UMT untuk membuat pengambilan pelajar antarabangsa secara terus bagi mengikuti program persediaan.

“Pengambilan pelajar bagi program Asasi STEM Antarabangsa ini bukan berhenti di situ, malah pelajar-pelajar tersebut ditawarkan untuk mengikuti pengajian sarjana muda dan seterusnya ke peringkat lebih tinggi di UMT,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Pelancaran Karnival Jom Masuk U Zon Timur yang berlangsung di Dewan Sultan Mizan UMT pada 4 dan 5 Jun lalu.

Tambah Dr. Mazlan, universiti itu telah menawarkan beberapa program ‘dual degree’ melalui inisiatif pengantarabangsaan program akademik.

“Setakat ini, UMT telah mempunyai ‘Joint PhD’ bersama Ghent University, Belgium dan kini kerja-kerja pelarasan di peringkat akhir bagi pelaksanaan ‘dual degree’ program bersama-sama Solent University, United Kingdom”, ujarnya.

UMT yang ditubuhkan sebagai Pusat Perikanan pada 1979 telah melalui pelbagai peringkat evolusi berjaya menempa nama di pelbagai peringkat menerusi pencapaian akademik, penyelidikan dan inovasi serta pembangunan mahasiswa.

Antara pencapaian dan pengiktirafan yang telah diperolehi UMT iaitu penarafan oleh Times Higher Education (World University Rankings), Times Higher Education (Impact Rankings), Times Higher Education (World University Rankings by Subject), QS World University Rankings, QS University Rankings (Asia), UI GreenMetric, MyMoheS, Malaysia Research Assessment (MyRA) dan SETARA. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.