Sudahlah positif, menipu pula ke? - Utusan Malaysia

Sudahlah positif, menipu pula ke?

poklip
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TERKEJUT Poklip bila mendengar perkhabaran ini. Macam susah nak percaya pula. Sebab bab Covid-19 ini jangan dibuat main. Ada yang sampai hari ini masih trauma, takut dan risau kalau dijangkiti.

Tetapi dakwaan ini benar-benar menongkah segala pemikiran. Ada sumber mendakwa, seorang penyanyi dikatakan ‘dipaksa’ untuk melakukan persembahan pentas walaupun dia disahkan positif!

Eh, biar betul? Takkan pihak produksi atau artis itu sendiri tidak ambil serius bab ini? Bukankah itu satu kesalahan besar dan boleh dikenakan hukuman undang-undang jika disabitkan?

Sebab itu, Poklip sukar untuk percaya dakwaan itu. Walaupun sumber itu bersungguh-sungguh menyampaikan dakwaan, tetapi
entahlah ragu-ragu juga kan?

Dakwa sumber itu juga, penyanyi berkenaan disahkan positif beberapa hari sebelum persembahan tetapi disebabkan persembahannya dikatakan ditunggu-tunggu oleh peminat maka, dia dikatakan ‘dipaksa’ untuk naik pentas.

Walaupun persembahannnya boleh dikatakan cukup mengagumkan namun, kalau benar dia positif maka itu satu perkara yang tidak boleh dibuat main. Mungkin persembahannya ditunggu-tunggu, tetapi salah tetap salah. Harapnya dakwaan ini hanya satu khabar angin.

Pihak produksi jangan ambil mudah ya. Tak mengapa kalau ditunda atau ‘dihilangkan’ sementara persembahan si polan itu, kalau benar dia positif. Kalau boleh tidak kira sesiapa pun, kita cuba sedaya upaya untuk memudahkan kerja dan kehidupan semua orang.

Jangan ambil mudah bab Covid-19 ini. Lebih-lebih sampai sanggup hendak menipu bagai. Eh, Poklip yang baru sahaja sembuh daripada Covid-19 ini pun masih ada sisanya tau! Risaulah, nak sorok sorok pula. Ingatini main nyorok-nyorok ke dik!

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.