Pencuci mulut terkenal Cheevit Cheeva daripada Thailand

Segarkan tekak dengan pencuci mulut terkenal Cheevit Cheeva

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIAPA sahaja yang tidak suka dengan makanan daripada Thailand terutama pencuci mulut berupa aiskrim pelbagai jenis dan perisa?

Saya antara golongan yang gemarkan makanan itu dan sebenarnya, anda tidak perlu pun menukar mata wang ringgit kepada baht untuk ke Thailand semata-mata menikmati juadahnya.

Ini kerana, Cheevit Cheeva merupakan kedai pencuci mulut terkenal dari Thailand baru membuka salah satu cawangannya di Sri Petaling dan saya berpeluang merasai hampir kesemua jenis pencuci mulut disediakan di sana.

Pencuci mulut paling menambat selera saya adalah Thai Tea Sang-Ka-Ya & Shokupan yang merupakan signature baharu Cheevit Cheeva.

Beberapa kepingan kecil roti yang dibakar dengan salutan syrup berperisa teh asli sebagai hiasan diletak di atas aiskrim bertekstur halus memberi rasa yang sempurna ketika dimakan.

Paparan visualnya juga menarik kerana tona warna teh aiskrim diletak di atas pinggan warna putih dengan potongan daun pandan menyerlahkan lagi keunggulannya sebagai signature baharu yang wajib cuba.

Belum sempat saya menghabiskan juadah berkenaan, Cheevit Cheeva menghidangkan saya lagi juadah utama Salty Egg Yolk Bua-Loi Bingsu.

Pencuci mulut ini amat unik kerana saya tidak pernah merasai aiskrim dengan curahan kuning telur masin dan santan.

Beberapa ketulan bebola diperbuat daripada tepung pulut turut diletak di atasnya sebagai hiasan.

Kombinasi antara bebola dengan tekstur aiskrim yang halus ternyata memberi rasa yang menyegarkan, lebih-lebih lagi ketika dimakan pada waktu tengahari dan petang.

Merasai kedua-dua juadah berkenaan sahaja sebenarnya belum cukup sempurna selagi anda tidak mencuba Toast Shokupan Sang-Ka-Kaya.
Ia menggunakan kepingan roti sedikit tebal yang dibakar rangup kemudian disalut syrup pandan dan aiskrim yang dibentuk bulat.

Walaupun dalam beberapa tempoh lama, tekstur pada roti tersebut kekal rangup dan enak dimakan.

Banyak lagi menu menarik di Cheevit Cheeva yang anda wajib cuba seperti Feel No Grey Bingsu, Royal Thai Tea Bingsu, Shokupan Sang-Ka-Ya Bingsu, Mango Cheesecake, Toast Mango & Coco, Toast Choco Nutella dan Mango Sticky Rice.

Harga yang ditetapkan juga berbaloi dengan kualiti dan keterampilannya sebagai kedai pencuci mulut terkenal dari negara seberang.
Jom datang ke Cheevit Cheeva! – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×