Set iftar ‘ala Arab’ beri kelainan - Utusan Malaysia

Set iftar ‘ala Arab’ beri kelainan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ADA masa-masa tertentu kita mahukan kelainan dan lari daripada tipikal ketika berbuka puasa.

Apatah lagi selepas lebih 12 jam menahan lapar dan dahaga.

Dengan keinginan segala macam menyebabkan pelbagai menu makanan bermain dalam fikiran untuk dijadikan juadah berbuka.

Justeru, ada baiknya sesekali anda mencuba menu Asia Barat di Restoran Aladdin yang terletak di Subang Jaya ini.

Antara menu yang wajib dicuba adalah daging kambing dengan nasi mandy dan hummus iaitu kacang kuda dimasak bersama tahini, minyak zaitun, jus perahan lemon, garam dan bawang putih.

Kelembutan daging kambing yang diperap pelbagai rempah dan dimasak bersama nasi tidak boleh disangkal.Terasa seperti berada di negara Asia Barat.

Menurut Chef Restoran Aladin, Ayman Ibrahim, semua resipi yang digunakan merupakan sentuhan dari negara kelahirannya iaitu Mesir.

Restoran Aladin
Masa operasi:
Pukul 6 petang-10 malam
Makanan wajib cuba: Nasi mandy daging kambing; ayam panggang Turkiye
dan hummus.

“Kami turut menghidangkan ayam panggang Turkiye, baklava, teh pudina dan salad fattoush serta minuman seperti teh pudina.

“Selain itu, kami juga menghidangkan menu seperti bubur lambuk dan kuih muih untuk pengunjung,” katanya kepada Mingguan Malaysia baru-baru ini.

Ayman berkata, set dengan pilihan untuk lima, 10 atau 15 orang itu ditawarkan bermula pada harga RM277 sepanjang Ramadan ini.

Selain itu, hidangan Restoran Aladin boleh didapatkan di bazar Ramadan sekitar Putrajaya dan Shah Alam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN