WALAUPUN hukum memandikan jenazah adalah fardu kifayah namun lebih afdal sekiranya keluarga terutama anak kepada si mati itu menyempurnakan sendiri bakti terakhir mereka itu. Belajarlah mengurus jenazah walaupun sekali dalam seumur hidup agar ilmu tersebut dapat dipraktikkan apabila berhadapan dengan kematian insan yang kita sayang suatu hari nanti. Demikian kata Ustazah Rokiah Idris, 82, seorang guru agama yang berpengalaman lebih 40 tahun dalam bidang pengurusan jenazah ketika mengingatkan bahawa perkara itu adalah salah satu bakti terakhir kita. “Memanglah fardu kifayah. Kalau orang lain buat jadi tak perlulah lagi kita buat.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya