Baru-baru ini, masyarakat dikejutkan dengan kejadian seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) diperlakukan secara kekerasan atau buli oleh sekumpulan lelaki di satu lokasi perniagaan. Imam Masjid Kampung Pagi, Ulu Tembeling, Jerantut, Ustaz Mi Hamidi Nipah, 54, berkata, perbuatan sekumpulan pembuli berkenaan meninggalkan pelbagai persoalan kenapa mereka bertindak sedemikian sedangkan orang Melayu sepatutnya mempunyai adab dan nilai kemanusian yang tinggi malahan yang lebih penting lagi mereka berpegang kepada ajaran Islam yang…