PENGUASAAN dan menghafal al-Quran penting bagi semua umat Islam menjadi pegangan kepada pengasas Pondok Al-Jaafar, Gopeng, Perak, Mohamad Tarudi Bahari. Namun, Mohamad Tarudi berpendapat, sebagai pelengkap, seorang Muslim bukan sahaja perlu menguasai ilmu al-Quran dan agama tetapi ilmu dunia khususnya kemahiran seperti Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) sebagai salah satu mekanisme bagi seseorang bersifat mandiri (berdikari). Lantaran itu, beliau menubuhkan Pondok Al-Jaafar pada 2006 dan selain penerapan ilmu…