RAKYAT Malaysia memang pemurah. Disebabkan sifat itu juga ada yang berani dan sanggup menunggang agama, menipu demi meraih keuntungan menerusi kutipan derma. Bersedekah yang menjadi amalan mulia dengan pelbagai ganjaran berganda dan amat dituntut dalam agama sekali gus menjadikan modus operandi si penunggang agama lebih mudah. Malah, ada juga yang berkolaborasi dengan pempengaruh semata-mata untuk meraih publisiti bagi meningkatkan tahap keyakinan penderma. Sebab itu, kita boleh melihat semakin banyak persatuan…