BERPUASA bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi merupakan pendidikan rohani yang mendalam. Ketaatan umat Islam menjalani ibadah puasa kerana Allah SWT sepanjang Ramadan menuntut kepasrahan hakiki terhadap perintah-Nya bagi menikmati hikmah dan kebaikan di sebaliknya. Berkongsi pandangan dengan Mingguan Malaysia, Pegawai Agama Pejabat Agama Jajahan Kota Bharu, Kelantan, Ustaz Mohd. Fadli Sulaiman berkata, Ramadan dan amalan-amalan yang dilaksanakan di dalamnya bagaikan ‘madrasah’ kehidupan yang membawa kesejahteraan dalam kehidupan manusia.…