Khidmat Azmin, Radzi dihentikan

Khidmat Azmin, Radzi dihentikan

MOHAMED Azmin Ali (kiri) dan Radzi Jidin dihentikan daripada jawatan mereka di dalam PN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Timbalan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Azmin Ali diberhentikan daripada jawatan tersebut berkuat kuasa serta merta.

Pengerusi PN Datuk Seri Dr.Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, selain itu khidmat Datuk Dr Radzi Jidin sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya turut dihentikan dan digantikan oleh Bendahari, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

Katanya, tindakan tersebut diambil sebagai ‘penstrukturan semula’ pentadbiran PN bagi tujuan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.

“Bagi mengisi kekosongan Bendahari PN, Ahmad Samsuri mengumumkan pelantikan S.Subramaniam dari Parti Rakyat India Malaysia (MIPP).

“Satu mesyuarat tergempar majlis tertinggi PN akan diadakan dalam masa terdekat bagi memperkukuh organisasi PN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN