Jauhi mantera, ritual berunsurkan syirik - Utusan Malaysia

Jauhi mantera, ritual berunsurkan syirik

Ustaz Mohd. Hamim Semaon
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

APABILA wujudnya pelbagai teknologi, ia membuka mata banyak pihak tentang adat masyarakat Melayu yang masih kekal diamalkan sehingga kini. Ada sebahagian adat dijadikan sebagai salah satu kaedah perubatan dan rawatan tradisional, sebagaimana diamalkan secara meluas masyarakat Melayu pada masa lampau.
Dan mungkin ada yang masih mengamalkannya sehingga kini termasuk dijadikan sebahagian daripada persembahan kebudayaan.
Keadaan ini semestinya menimbulkan pelbagai persoalan sama ada ia menepati hukum syarak dan bebas daripada sebarang unsur syirik atau sebaliknya.
Bagi Ustaz Mohd. Hamim Semaon, terdapat beberapa perkara yang perlu dinilai semula dan difahami secara menyeluruh walaupun ritual sudah diubah dan dijadikan sebagai sebahagian produk kebudayaan.
“Secara peribadi saya berpandangan, walaupun persembahan tersebut kelihatannya sudah berubah menjadi sebahagian daripada produk kebudayaan dan bukan lagi berfungsi sebagai kaedah perawatan, namun aspek bacaan mantera atau istiadat pemujaan masih menjadi kemestian ketika persembahan dimulakan.
“Kalau ini berlaku, ia menggambarkan persembahan seumpama itu masih belum terpisah sepenuhnya daripada cara dan fungsi asal ia diperkenalkan. Justeru adalah lebih baik umat Islam menjauhi hal-hal yang mempunyai unsur syubhat dan kesamaran bagi memastikan mereka tidak melanggar batas-batas akidah yang ditegah oleh syarak,” katanya kepada Mingguan Malaysia baru-baru ini.
Dalam pada itu, Mohd. Hamim ketika diminta mengulas mengenai penggunaan nama Allah SWT dan Rasulullah SAW sejurus mantera yang dibacakan dalam persembahan berkata, penilaian perlu dibuat secara keseluruhan proses persembahan.
“Imam Abu Sulaiman Al-Khattabi menjelaskan, di antara mantera yang ditegah oleh syarak adalah mantera yang tidak difahami maksudnya, kerana ia barangkali mempunyai unsur pemujaan, syirik atau sihir.
“Justeru, penilaian benar atau salahnya sesuatu jampi serapah perlu dilihat pada keseluruhan prosesnya, adakah ada unsur khurafat dan tahyul, adakah semua manteranya menggunakan ayat-ayat al-Quran dan doa kepada Allah, atau ada mantera-mantera yang tidak difahami maksudnya yang mempunyai anasir-anasir sihir dan kesyirikan.
“ Malah syahadah (penyaksian) terhadap keesaan Allah dan kerasulan Nabi Muhammad SAW sepatutnya menuntut kita menjauhi jampi serapah yang melibatkan mantera-mantera yang tidak difahami maksudnya, sebagai langkah berhati-hati dalam menjaga nilai tauhid di dalam diri,” terangnya.

Mohd. Hamim Semaon
» Usia: 42
» Pekerjaan: Penyelidik Syariah
» Pendidikan: Sarjana Muda Syariah, Universiti Al-Azhar.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya