fbpx

Boleh bertegas tapi jangan keterlaluan – Mas Idayu

KUALA LUMPRU: Penyanyi, Mas Idayu yang banyak terlibat sebagai juri program realiti berpendapat, ketegasan ketika menyampaikan pandangan perlu, asalkan tidak keterlaluan.

Namun katanya, program realiti di negara ini tidak perlu terikut-ikut dengan acuan Barat yang lebih terbuka melontarkan komen tanpa mengambil kira air muka seseorang peserta.

“Bagi saya, kritikan juri bergantung pada sesebuah program. Sekiranya melibatkan program yang menawarkan hadiah lumayan, komen pedas perlu untuk memastikan prestasi peserta berada pada tahap terbaik.

“Kalau program seperti masakan, tidak perlu komen sehinga menjatuhkan semangat peserta. Mereka hanya mahukan komen membina untuk memperbaiki kualiti sajian,” katanya.

Sebagai contoh, Mas Idayu berkata, program masakan dari luar negara seperti Hell’s Kitchen yang menampilkan juri popular, Gordon Ramsay memang dikenali dengan kelantangannya.

Namun, situasi itu jauh berbeza dengan negara ini yang utuh menjunjung adab Timur yang penuh santun.

“Saya tidak suka terikut-ikut dengan cara orang lain. Kalau program masakan, kita perlu menitikberatkan kelembutan dalam memberikan komen.

“Bagi saya, menegur perlu berhemah dan bukan biadab,” jelasnya.

Ditebak adakah yang dipaparkan itu sekadar gimik bagi membuatkan rancangan tersebut tular, Mas Idayu berkata, jika pendekatan seperti itu diambil, ia adalah kesilapan.

“Kalau kita sekadar mengikut acuan program luar, pendekatan seperti itu tidak akan menjadi. Viral bukan sesuatu yang boleh dirancang atau dibuat-buat, sebaliknya ia terjadi sendiri,” katanya

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN