Artis wanita itu suka bawa mulut, sailang ‘job’ - Utusan Malaysia

Artis wanita itu suka bawa mulut, sailang ‘job’

one couple man and woman whispering at ear in studio silhouette isolated on white background
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sebelum ini, pernah saja Cik Bunga dengar mengenai pelakon wanita ini yang dikatakan suka membawa mulut mengenai artis lain.

Tetapi, ketika itu, Cik Bunga buat tidak layan saja sebab merasakan perkara itu macam tidak logik. Sebab Cik Bunga tengok pada penampilannya, percakapannya macam tidak signifikan dengan apa yang orang sampaikan itu.

Tambahan pula, orangnya lemah lembut. Dalam hati Cik Bunga terdetik, ‘mana mungkin pelakon itu bermulut jahat. Kita tengok okey saja’.

Tiba-tiba, ada beberapa orang belakang tabir sebuah stesen televisyen bercerita benda yang serupa kepada Cik Bunga.

Kata mereka, pelakon wanita itu memang bahaya, tak usahlah terpedaya dengan kata-kata lembut konon sopan itu kerana hakikatnya, dialah yang berhati busuk.

Dengarnya, sudah beberapa orang pelakon lain terkena dan hilang ‘job’ disebabkan mulut pelakon wanita itu mencanang perkara tidak betul, fitnah. Hujung-hujung, dia buat begitu kerana mahu penerbit atau orang stesen televisyen itu ambil dia dan buang pelakon asal.

Mana tak terkejutnya Cik Bunga bila dengar? Tidak baiklah buat orang begitu. Kalau iya pun mahu ‘job’, mahu naikkan nama, mahu dilihat dan dikenali ramai, bukan itu caranya adik.

Namun, cerita begini menyebabkan Cik Bunga jadi teringat dengan kata-kata orang. Tidak semestinya orang yang kita rasa percakapan sopan, lemah lembut, itu juga mencerminkan hatinya baik ya.

Hasad dengki orang kita tidak nampak. Malahan, ia dapat dikaburi dengan ‘lakonan’ baik seperti itu dan orang seperti ini biasanya ada sasaran tertentu dalam mencapai keinginannya.

Cik Bunga tahulah sebab pernah terkena dengan orang macam ini. Malah, masih terpaksa berdepan dengan orang macam ini sampai naik ‘fed up’ sudah.

Hasil kerja kita akan menjadi ukuran kecemerlangan kita. Tidak perlu hendak sabotaj orang kalau betul awak berbakat. Nasihat Cik Bunga, artis lain, berhati-hatilah dengan pelakon wanita ini. Kalau boleh elak, elak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya