Apa itu pelakon method? - Jay Iswazir

Apa itu pelakon method? – Jay Iswazir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KALAU sebut nama Jay Iswazir, pasti ada segelintir kita terus membayangkan dia sebagai seorang pelakon berjiwa method, naskhah berat dan watak-watak yang mencabar akal serta fizikal.

Sehingga dia sendiri mendedahkan, ada penerbit yang ‘cuak’ dan enggan menawarkan watak-watak ringan yang mungkin tidak sebesar karakter atau naskhah yang pernah dibawakan sebelum ini.

Hakikatnya aktor berusia 41 itu sendiri tertanya-tanya, apakah yang dimaksudkan dengan pelakon method? Apakah kriteria yang mengangkat seseorang pelakon itu sebagai seorang yang berjiwa deep?

Apa yang membuatkan segelintir penerbit takut mendekatinya? Apakah dia terlihat sebagai pelakon yang akan menolak watak-watak romantis yang mungkin dianggap menggelikan bagi segelintir aktor?

Jawablah mendapatkan pelakon Akulah Nazmi itu!

J: Ada dakwaan mengatakan Jay sekarang sudah mula memilih watak?

J: Saya belum sampai tahap hendak memilih, ‘select’ dan demand. Apa-apa pun, kena tengok dan baca skrip dahulu. Tetapi saya seorang pelakon yang menerima apa sahaja watak yang bersesuaian.

Memang ada segelintir pemain industri perfileman khususnya yang menganggap saya sebagai seorang yang memilih. Oh kalau nama Jay Iswazir sahaja, mesti nak cerita-cerita berat. Dia kan pelakon method.

Banyak kali saya dengar dakwaan tersebut, Tidak sama sekali. Saya terima watak apa pun sebab tak kira apa sahaja genre, ada ‘kerja rumah’ yang saya kena buat. Setiap watak, jiwanya berbeza.

J: Alang-alang menyebut pasal method itu kan, bagaimana Jay melihat persepsi yang ada pada segelintir pemain industri seni melihat Jay sebagai pelakon naskhah berat, method?

J: Sebelum sembang pasal method apa semua ini, saya hendak tanya kepada yang ada persepsi itu. Apa definisi pelakon method itu? Bagaimana kita menilai dan menkategorikan pelakon itu sebagai method?

Tak semestinya naskhah berat itu kita anggap perlu ada method. Kalau komedi pun ada cara dan method dia. Itu bagi saya. Tetapi lain orang, lain persepsi. Ada yang anggap method itu kena serius, watak berat-berat.

Saya tak mahu orang salah anggap. Macam saya selalu bawa watak gangster, bila diberi karakter ustaz walaupun naskhah komedi, perlu ada kajian dan identiti sendiri. Itu bukan satu kerja berat juga kah?

J: Mungkin sebab itu juga, ada pihak yang takut hendak tawar watak-watak yang mungkin dianggap tidak cukup berat atau besar untuk Jay?

J: Memang ada yang anggap begitu. Saya tak ada sikap memilih, demand semua ini. Kalau setuju, saya buat. Kalau tidak, saya bagitahu. Kalau saya mula bersikap memilih, nanti bila tak dapat buat yang terbaik, orang akan tunding jari cari salah.

Saya sudah lebih sedekad dalam industri, saya sudah tidak mahu fikir kenapa orang tak nak ambil atau beri tawaran. Saya cuma tahu, setiap watak itu saya beri yang terbaik. Saya percaya kepada rezeki.

Sebab itu saya terfkir, komedi bukan naskhah method ke? Mr. Bean sebagai contoh, itu satu naskhah berat yang mungkin dilihat ‘ringan’ di mata segelintir pihak.

J: Mungkin Jay ada watak atau karakter yang masih diidamkan selepas lebih sedekad dalam industri seni?

J: Susah nak jawab sebab saya ini terima sahaja apa tawaran yang bersesuaian. Cuma saya ini hatinya lembut. Jauh di sudut hati, saya menantikan naskhah ibu-anak atau adik-abang. Kasih sayang.

Sebab itu saya buat drama Akulah Nazmi. Satu sisi berbeza. Sama macam filem Tan-Ti-Ana yang sudah ditayangkan Khamis lalu. Watak romantis. Berbeza kan? Saya sendiri teruja bila dapat tawaran itu.

J: Apa projek selepas ini? Atau berehat sepanjang Ramadan?

J: Saya ketika ini sedang dalam penggambaran filem baharu, Strike. Filem aksi. Dijangka tamat penggambaran 3 Mac depan. 70 peratus babak aksi, berlawan. Saya bawa watak seorang bapa ayam. Selain itu, ada beberapa tawaran sedang dipertimbangkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN